You are on page 1of 9

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam


Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif
(Challenges Faced By Mainstream Teachers In Implementing
Inclusive Education Programs)
Norramlah Ali1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p105500@siswa.ukm.edu.my / nurfaradilla@ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan berkaitan dengan faktor-
faktor halangan yang dihadapi dalam melaksanakan program pendidikan inklusif oleh guru
aliran perdana. Program pendidikan inklusif telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas bagi
mendapakan akses kepada pendidikan di kelas aliran perdana serta memupuk keyakinan dan
jati diri yang tinggi. Berdasarkan kepada laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia
komited untuk menambah murid berkeperluan khas dalam model program pendidikan inklusif.
Dalam menjalankan PPI, guru aliran perdana merupakan penggerak utama yang
bertanggungjawab secara sepenuh bagi memastikan program pendidikan inklusif mencapai
kejayaan, namun terdapat halangan dan permasalahan yang timbul bagi melaksanakan PPI
telah dikenalpasti yang mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Antara salah satu faktor yang menghalang yang telah dikenal pasti ialah guru tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan latihan yang sewajarnya mengenai pendidikan
khas serta mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang sama antara MBK dan murid
yang normal. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh guru aliran perdana, penulis
mencadangkan agar bengkel secara bersama antara guru aliran perdana dan guru pendidikan
khas diadakan secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru aliran
perdana dalam mengendalikan MBK. Diharap dengan kerjasama dan sokongan antara guru
aliran perdana dan guru pendidikan khas akan dapat memperbaiki faktor-faktor yang menjadi
halangan dan meningkatkan keberkesanan program pendidikan inklusif serta dapat mencapai
objektif yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata kunci: Halangan Guru Aliran Perdana, Program Pendidikan Inklusif

Abstract: This article is a concept paper about the challenges that mainstream teachers
experience when adopting inclusive education initiatives. The Ministry of Education Malaysia
(MOE) has implemented an inclusive education programme to allow students with special
needs to participate in normal classes while also developing high levels of confidence and self-
esteem. The Ministry of Education Malaysia is dedicated to including children with special
needs in the model of inclusive education programmes, according to the inaugural report of
the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. Mainstream teachers are the
main movers in conducting PPIs, and they are fully responsible for ensuring the success of
inclusive education programmes. However, obstacles and problems that arise when
implementing PPIs have been identified, and they have an impact on the learning and teaching
process in the classroom. Teachers lacking basic knowledge and suitable training in special

74
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

education, as well as using the same teaching methods and strategies with MBK and regular
pupils, are among the barriers identified. Based on the issues that mainstream teachers
confront, the authors propose that frequent combined workshops between mainstream and
special education instructors be arranged to improve mainstream teachers' knowledge and
skills in dealing with MBK. It is intended that through collaborating and supporting
mainstream and special education instructors, they will be able to reduce barriers and improve
the effectiveness of inclusive education programmes, thereby achieving the Ministry of
Education Malaysia's goals.
.
Keywords: Mainstream Teacher Challenges, Inclusive Education Program
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pendidikan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang individu untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dan berkualiti. Sistem pendidikan negara sentiasa dipertingkatkan
dari masa ke semasa, ini bertujuan untuk mengembangkan potensi diri seseorang murid untuk
meneroka dan mempelajari tentang sesuatu perkara yang baharu. Setiap murid wajib untuk
mendapatkan pendidikan secara formal, begitu juga dengan murid berkeperluan khas (MBK)
bagi mendapatkan prospek pendidikan yang setara seperti murid normal di aliran perdana bagi
menyerlahkan potensi diri mereka dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan peluang untuk murid
berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan pada peringkat awal usia (Anizam Mohd Yusof
& etl, 2020).

Lantaran itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Khas telah
bertanggungjawab untuk merangka program khas iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) agar murid berkeperluan khas dapat belajar di dalam kelas pendidikan khas secara
intergrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan dan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) iaitu MBK dapat belajar bersama murid normal di aliran perdana di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. PPI dilaksanakan bagi memastikan MBK untuk
mendapat pendidikan yang lebih sempurna tanpa di diskriminasikan oleh mana-mana pihak
sama seperti murid di aliran perdana. Selain itu, kekurangan murid berkeperluan khas dari
aspek fizikal dan mental bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan
pendidikan yang sama rata seperti murid normal yang lain di arus perdana malah membantu
untuk mengembangkan potensi diri mereka dan berjaya mencapai impian dan membina masa
depan yang cerah. Program pendidikan inklusif telah mewujudkan peluang yang sama rata
kepada semua murid keperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kekurangan mereka.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 “Kementerian beriltizam
menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan
kualiti penyediaanya secara keseluruhan” dan “Menganjak kepada Pendidikan Inklusif”.
Program pendidikan inklusif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah dan lepasan sekolah menengah yang bermatlamat untuk meningkatkan penyertaan
dan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti program pengajaran dan
pembelajaran bersama-sama murid di aliran perdana. Manakala objektif program inklusif
adalah bagi memastikan MBK untuk mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar dalam
persekitaran dalam suasana yang kondusif tanpa halangan, membantu membina keyakinan dari
murid berkeperluan khas bagi mencapai potensi yang optimum. Pelaksanaan PPI juga adalah

75
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sejajar dengan hasrat KPM, sekolah aliran perdana dapat mengintegrasikan satu hingga lima
murid berkeperluan khas ke dalam kelas aliran perdana.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah baik sistem pendidikan negara
secara khas agar dapat mengembangkan dan implimentasikan program pendidikan inklusif
terhadap MBK. Selain itu juga, MBK akan dapat meningkatkan potensi diri mereka dan
menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Berdasarkan Kementerian Pendidikan
Malaysia (2019), mendefinasikan konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras
dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, “Program
Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan
khas yang dihadiri oleh murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan. Program pendidikan inklusif dapat diperkembangkan daripada amalan
pendidikan intergrasi bagi membolehkan murid normal dan MBK belajar di persekitaran yang
selaras di sekolah.

2. Program Pendidikan Inklusif

Murid berkeperluan khas telah mendapat sinar baharu untuk mengikuti sesi pembelajaran di
sekolah aliran perdana melalui program pendidikan inklusif yang dirangka khas untuk mereka.
Perubahan ini akan memberi pengalaman kepada MBK untuk merasai corak suasana
pembelajaran di bilik darjah biasa, bergaul dengan rakan-rakan tanpa merasakan perbezaan
dengan murid biasa serta dapat membantu membina jaringan sosial yang lebih baik serta
menjadi individu yang matang dan mampu berdikari. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2018), dasar PPI adalah bagi memastikan MBK mendapat yang sama seperti murid
yang lain untuk belajar dengan persekitaran tanpa halangan dan dapat menyesuaian diri dengan
murid aliran perdana agar dapat meningkatkan kemahiran mereka iaitu membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi yang optimum dan seterunya meningkatkan kesediaan dan
penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagai keupayaan MBK.
.
Seterusnya, murid-murid keperluan khas adalah mereka yang terdiri daripada murid yang
mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran adalah yang
terlibat di dalam PPI. Terdapat dua kategori PPI yang dijalankan di sekolah yang merangkumi
MBK yang ditempatkan di dalam bilik darjah secara pembelajaran inklusif penuh dan inklusif
secara separa. Pendidikan Inklusif secara sepenuhnya dilaksanakan di semua sekolah kerajaan
dan di sekolah bantuan kerajaan, murid berkeperluan khas akan di tempatkan bersama-sama
dengan murid aliran perdana untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua
matapelajaran kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang di ubah suai dengan
bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Berdasarkan Surat Persekeliling Ikhtisas,
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), KSSM dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
seperti yang diperuntukan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
adalah merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah.

Manakala inklusif separa pula dilaksanakan di sekolah-sekolah yang menjalankan Program


Pendidikan Khas Intergrasi, MBI yang terpilih akan ditempatkan secara bersama-sama dengan
murid aliran perdana bagi satu atau beberapa mata pelajaran atau mengikuti kegiatan
kokurikulum bersama-sama murid aliran perdana juga di anggap sebagai pendidikan inklusif
separa. Murid keperluan khas yang ditempatkan di pendidikan inklusif adalah bergantung
sepenuhnya kepada keadaan murid tersebut dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Pendidikan Khas bertanggungjawab bagi menilai
MBK samada layak untuk belajar bersama-sama murid di kelas aliran perdana.

76
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Berdasarkan rajah 1 yang menunjukkan konsep PPI di Malaysia, rajah ini juga menunjukkan
MBK samada secara inklusif penuh atau separa inklusif memerlukan sokongan daripada
pelbagai pihak untuk mencapai kejayaan ketika belajar di aliran perdana, terutamanya
hubungan interaksi sosial antara murid aliran perdana dengan MBK penting bagi membina
keyakinan diri MBK untuk belajar dalam keadaan yang selesa bersama mereka di bilik darjah
di samping sokongan warga sekolah dan sokongan pelbagai pihak. Menerusi sokongan
sekolah, terutamanya guru aliran perdana yang mengajar kelas pendidikan inklusif memainkan
peranan penting bagi memastikan kejayaan MBK iaitu dengan memahami dan
mengaplikasikan teknik pembelajaran yang berkesan bagi membantu MBK untuk
meningkatkan prestasi akademik diri mereka. Menurut Lee Keok Cheong & Sailajah Nair
Sukumaran, 2018), sepatutnya guru aliran perdana perlu memilih strategi pembelajaran dan
pemudahcaraan yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas dan murid aliran perdana
bagi melaksanakan pembelajaran dan pemudacaraan dengan lebih efektif semasa PdPC yang
dijalankan.

Rajah 1: Konsep Program Pendidikan Inklusif di Malaysia


(Sumber: Bahagian Pendidikan Khas, KPM 2013)

Terdapat kriteria yang perlu dilepasi oleh MBK bagi mengikuti pendidikan inklusif, kriteria
yang pertama MBK perlu mengikuti penilaian yang dilaksanakan oleh guru pendidikan khas
dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kriteria kedua umur murid berkeperluan khas adalah berdasarkan kepada kohort umur murid
di aliran perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid aliran perdana.
Seterusnya, ahli jawatankuasa PPKI di sekolah juga perlu meluluskan dan memperakui MBK
yang layak mengikuti PPI berdasarkan syarat-syarat pemilihan yang ditetapkan oleh KPM.
MBK yang menduduki aliran perdana perlu ditempatkan di kelas mengikut tahap pencapaian
murid tersebut dan menjalani tempoh percubaan minimum selama tiga bulan sekurang-
kurangnya. Setelah tamat tempoh percubaan yang ditetapkan kepada MBK dan jika MBK tidak
bersesuaian untuk menduduki kelas aliran perdana perlu ditempatkan semula di kelas PPKI.
MBK yang berjaya dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia akan dibenarkan menyertai kelas PPI di aliran perdana.

Selain kriteria dalam memilih MBK, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian
antaranya ialah murid arus perdana di bilik darjah perlu mempunyai jumlah murid yang tidak
lebih daripada tiga puluh lima orang murid, bilik darjah bagi menempatkan MBK perlu

77
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

diletakkan di bangunan aras bawah kerana memberi kemudahan kepada MBK yang
menggunakan kerusi roda. Penempatan murid berkeperluan khas di aliran perdana perlu
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak ibu bapa atau penjaga. Guru aliran
perdana yang mengajar MBK perlu mendapatkan latihan dalam mengendalikan MBK. Namun
sedemikian secara realitinya, guru aliran perdana menghadapi cabaran untuk mengajar murid
berkeperluan khas kerana tidak mempunyai latihan yang secukupnya dalam mengendalikan
MBK di bilik darjah bersama murid aliran perdana. Menurut Lee Keok Cheong & Sailajah Nair
Sukumaran (2018a), latihan tenaga kerja pada setiap peringkat selalunya tidak mencukupi
dalam pendidikan inklusif, latihan yang diberi selalunya tiada kesinambungan, tidak
dikoordinasikan dengan betul dan tidak mencukupi.

3. Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program
Pendidikan Inklusif

Program pendidikan inklusif merupakan satu program yang memberi penekanan kepada
penglibatan murid berkeperluan khas, murid aliran perdana, guru aliran perdana dan guru
pendidikan khas. Pelaksanaan pendidikan inklusif telah dijalankan sepenuhnya oleh guru aliran
perdana di sekolah berdasarkan arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam melaksanakan
pendidikan terdapat beberapa faktor halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru arus
perdana dikenalpasti. Antara halangan yang dihadapi dalam melaksanakan PPI di sekolah oleh
guru aliran adalah seperti yang berikut:

3.1 Kekurangan pengetahuan dan latihan


Guru aliran perdana mempunyai berperanan penting dalam melaksanakan PPI apabila MBK
ditempatkan di dalam bilik darjah bersama murid yang normal yang lain. Namun begitu, guru
aliran perdana menghadapi halangan dalam melaksanakan PPI iaitu kekurangan pengetahuan
dan latihan yang tidak mencukupi dalam mengendalikan murid berkeperluan khas. Ini
berikutan guru aliran perdana tidak diberi pendedahan awal mahupun latihan asas berkaitan
dengan ilmu pendidikan khas seperti mana guru pendidikan khas yang diberi latihan
sepenuhnya dalam mengendalikan MBK. Perkara ini turut disokong oleh Manimeegalai
Govindasamy (2018) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru aliran perdana
berkelulusan subjek-subjek teras sahaja. Oleh itu, ternyata mereka tidak mempunyai
pendedahan di dalam bidang pendidikan khas untuk mengendalikan MBK. Di samping itu,
guru aliran perdana hanya mengendalikan MBK berdasarkan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka dan memikul tanggungjawab berat untuk mengajar MBK kerana perlu memahami
keperluan dan kekurangan MBK untuk mengajar mereka mengikut keupayaan murid tersebut
serta turut perlu mengajar murid yang lain semasa sesi pembelajaran yang sama.

3.2 Pengunaan teknik dan kaedah pengajaran yang sama


Seterusnya, masalah guru aliran perdana ialah tidak mengaplikasikan teknik dan kaedah
pengajaran yang berbeza untuk mengajar MBK dan murid normal di aliran perdana. Guru tidak
melihat perbezaan antara MBK dan murid aliran perdana semasa melaksanakan pembelajaran
dan pengajaran adalah menggunakan kaedah dan teknik yang sama untuk mengajar, MBK yang
lemah akan menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran yang akan memberi kesan ke
atas pembelajaran mereka. Perkara ini juga akan menyebabkan MBK sukar untuk mencapai isi
kandungan dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru.

Sewajarnya guru aliran perdana perlu menilai terlebih dahulu tahap pencapaian akademik
MBK dan memberi aktiviti atau tugasan yang berlainan dari murid aliran perdana jika mereka

78
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

masih lemah untuk mengikuti sesi pembelajaran dan perlu memberi tugasan berdasarkan
pencapaian akademik MBK. Berdasarkan kajian yang dilakukan Norliah & Mohd Hanafi 2016,
dalam Hazlin Hariz & Khairul Farhah (2021), mendapati 60% guru aliran perdana masih
menggunakan teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sama untuk semua murid
di kelas dan tidak memperoleh pengetahuan mengenai pedagogi inklusif. Pengunaan teknik
dan kaedah yang sama akan memberi kesan ke atas perkembangan akademik MBK.

3.3 Sikap negatif guru aliran perdana


Selain itu, sikap negatif yang ditunjukkan oleh guru aliran perdana merupakan permasalahan
yang dihadapi dalam melaksanakan pendidikan inklusif terhadap murid berkeperluan khas
yang ditempatkan di aliran perdana. Guru aliran perdana tidak dapat memberi perhatian dan
menerima kehadiran MBK di bilik darjah secara berlapang dada. Perkara ini turut diperakui
oleh Saiful Azam (2017) dalam kajiannya menyatakan antara permasalahan yang selalu timbul
berkaitan dengan pendidikan inklusif ialah sikap seseorang guru di aliran perdana yang tidak
dapat menerima MBK di dalam kelas mereka. Guru aliran perdana tidak bersikap terbuka
dengan melakukan persediaan khas bagi menerima MBK akan mengurangkan potensi MBK
untuk menerima pembelajaran yang memuaskan seperti murid normal yang di arus perdana.

3.4 Tidak persediaan dalam kalangan guru aliran perdana


Masalah yang seterusnya dalam melaksanakan pendidikan inklusif ialah guru aliran perdana
tidak bersedia untuk mengajar MBK yang memerlukan perhatian khas semasa sesi
pembelajaran. MBK mempunyai tahap pencapaiaan yang berbeza berbanding murid normal di
dalam bilik darjah, ini menyebabkan guru perlu perlu lebih bersedia untuk menerima kehadiran
mereka. Menurut Siti Fatimah (2018) dalam Siti Rubiyani & Abd Aziz Sulaiman (2018),
kesediaan guru arus perdana untuk menyesuaikan sesi pengajaran untuk memenuhi pelajar
dengan keperluan murid pendidikan inklusif adalah merupakan satu cabaran utama. Guru aliran
perdana tidak bersedia untuk menerima kehadiran MBK di bilik darjah kerana mereka juga
mempunyai tanggapan yang negatif terhadap MBK.

Kehadiran MBK memerlukan guru aliran perdana untuk lebih berusaha gigih mengajar MBK
untuk menguasai isi kandungan pembelajaran yang diajar serta perlu memastikan mereka lulus
dalam peperiksaan penilaian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mahupun Kementerian
Pendidikan Malaysia. Menurut Zalizan Mohd Jelas (2012) juga mengatakan bahawa salah satu
sebab utama halangan ke arah pendidikan inklusif ialah penerimaan guru di sekolah aliran
perdana bahawa realitinya semua kanak-kanak berkeupayaan untuk belajar. Guru-guru aliran
perdana perlu menerima perbezaan tahap pencapaian antara MBK dan murid normal yang lain
secara lebih terbuka.

3.5 Bilik darjah dan infrastruktur yang tidak kondusif


Di samping itu, faktor halangan juga ialah masalah bilik darjah yang tidak kondusif iaitu bilik
darjah yang tidak diubahsuai untuk menempatkan mengikut keperluan MBK merupakan
halangan untuk guru aliran perdana melaksanakan PPI. Ini kerana bilik darjah yang tidak
kondusif akan menyukarkan guru aliran perdana untuk mengendalikan dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan malahan ia juga turut memberi kesan kepada
murid keperluan khas itu sendiri. Menurut Kamaliah (2011) dalam Siti Fatimah Salleh &
Mustafa Che Omar (2018), mendapati tidak terdapat perubahan atau penyesuaian fizikal yang
dilakukan oleh pihak yang terlibat terhadap sumber bantuan pembelajaran untuk murid
austistik di dalam kelas PPI. Penyusunan meja dan kerusi serta peralatan bilik darjah yang tidak
konsisten seperti perabot atau alatan mungkin akan menghalang dan membahayakan

79
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pergerakkan MBK yang turut akan mengurangkan penglibatan aktif mereka dalam proses
pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

3.6 Permasalah jumlah murid dalam kelas pendidikan inklusif


Faktor halangan yang terakhir ialah keadaan kelas yang mempunyai jumlah murid yang ramai
juga memberi cabaran kepada guru untuk mengajar di kelas pendidikan inklusif, ini berikutan
guru perlu memberi tumpuan kepada murid aliran perdana yang ramai dan MBK pada satu
masa yang sama. Jumlah murid yang ramai akan menyebabkan guru tidak dapat memberi
perhatian kepada MBK secara individual dengan tempoh masa yang lebih lama mahupun untuk
mengajar dengan menggunakan teknik pembelajaran tertentu atau khas bagi membimbing
MBK. Menurut Torombe (2013) dalam Fathmath Nishan (2018) menyatakan bahawa kelas
yang saiz besar iatu jumlah murid yang ramai akan menimbulkan kesukaran dan membebankan
guru untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas secara individu. Oleh itu, jumlah
murid di dalam bilik darjah aliran perdana perlu diperhatian sebelum menempatkan MBK.

4. Cadangan Pada Masa Hadapan

Langkah untuk mengatasi halangan yang dihadapi oleh guru aliran perdana adalah sangat
penting bagi memastikan permasalahan ini dapat diatasi pada masa hadapan. Antara langkah
yang dicadangkan bagi mengatasi permasalahan ini seperti berikut:

Keberkesanan dalam melaksanakan PPI bukan sahaja tanggungjawab guru aliran perdana
sahaja malah pihak PPKI di sekolah juga turut berperanan penting dalam meningkatkan
kejayaan akademik MBK apabila mereka ditempatkan di aliran perdana. Pihak PPKI perlu
mengadakan bengkel secara berkala untuk mendedahkan guru-guru aliran perdana berkaitan
dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pendidikan khas. Bengkel yang diadakan
akan membantu para guru untuk lebih bersedia dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
mengendalikan MBK di aliran perdana

Selain itu, dalam bengkel yang dilaksanakan akan memudahkan guru aliran perdana dan guru
pendidikan khas untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat yang menghadapi murid
berkeperluan khas serta perkongsian bahan dan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan
MBK. Menurut Siti Fatimah & Mustafa (2018) dalam kajiannya menyatakan di negara Barat,
terdapat banyak kajian yang dijalankan menunjukkan guru aliran perdana sanggup untuk
berkolaborasi atau berkerjasama dengan guru pendidikan khas untuk kejayaan pendidikan
inklusif. Oleh itu, pihak PPKI juga perlu melaksanakan bimbingan dan pemantauan ke atas
guru aliran perdana untuk sama-sama meningkatkan keberkesanan pendidikan inklusif serta
melakukan perbincangan dalam meningkatkan pertimbangan professional terhadap murid
berkeperluan khas.

Langkah yang seterusnya bagi membantu guru aliran dalam melaksanakan PPI ialah pihak
sekolah juga perlu menganjurkan PLC bagi membantu memberi motivasi kepada guru untuk
melaksanakan tugas mereka. Di dalam aktiviti PLC, perlu dilaksanakan aktiviti Peer Coaching
and Mentoring antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana yang mengajar PPI. Guru-
guru ini juga membentuk kumpulan sokongan kecil untuk berkongsi masalah dan perbincangan
dalam melaksanakan program pendidikan inklusif. Bimbingan dan dorongan dari guru
pendidikan khas akan membantu guru aliran perdana yang mengajar PPI untuk lebih bersedia
dan menerima kehadiran murid berkeperluan khas serta ia juga dapat meningakatkan kualiti
guru semasa pembelajaran dan pembelajaran di jalankan. Berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh Bull-Holmberg dan Jeyaprathaban (2016) dalam Manimeegalai (2018b) menyatakan

80
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sokongan yang padu antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas penting dan ia
merupakan satu kaedah yang hoslistik kerana memberi pengajaran yang berkesan dalam
konteks keselesaan.

Cadangan yang seterusnya ialah kemudahan bilik darjah dan infrastruktur perlu disediakan
dengan lebih sistematik oleh pihak sekolah sebelum menerima kehadiran MBK di aliran
perdana. Persediaan ini adalah penting bagi membantu guru melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih lancar. Kemudahan seperti susun atur perabot dan
bilik darjah yang di ubah suai dan penyediaan susur landau atau ramp serta susur tangga atau
railing bagi yang MBK yang berkerusi roda dapat membantu mereka menyesuaikan diri di
sekolah aliran perdana dengan lebih mudah. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(2013), bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan PPI kemudahan prasarana yang lengkap
adalah penting di sekolah. Oleh itu, aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan
menyokong pembelajaran MBK.

5. Kesimpulan

Secara konklusinya, program pendidikan inklusif merupakan satu medium yang dapat
membantu melonjakkan prestasi akademik dan kokurikulum murid berkeperluan untuk agar
mereka dapat membina masa depan yang lebih baik dan tidak ketinggalan dalam arus
perkembangan sistem pembelajaran negara. Selain itu, warga pendidik perlu lebih bersiap sedia
untuk menerima perubahan dan cabaran di dalam sistem pendidikan yang sentiasa berkembang
dari masa ke semasa, ini kerana melalui PPI murid keperluan khas akan lebih berpeluang untuk
mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan meningkatkan tahap kemampuan mereka. Pihak
sekolah dan guru-guru perlu lebih peka dan sedar untuk membantu menjayakan program yang
diimplimentasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

Rujukan

Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali & Norhayati Mohd Noor. (2020).
Penerapan KemahiranKebolehgajian Terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.
Journal Secara Talian Penyampaian TVET, 5 (1), 36-42.
Fathmath Nishan. (2018). Challenges Of Regular Teachers In Implementing Inclusive
Education In Schools Of Maldives. International Journal of Education, Psychology
and Counseling Vol 3 (10), 88-102.
Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi
Murid Berkeperluan khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, Vol 6 (2), 197-210.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019).
https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/ppi/konsep-program. 25. 5. 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional
Guru Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buku Panduan Pengoperasian Program
Pendidikan Khas Intergrasi. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Iklusif. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

81
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 74-82, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Manimeegalai Govindasamy. (2018). Persepsi Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI)


Oleh Guru Aliran Perdana Dan Guru Pendidikan Khas Di Daerah Seberang Perai
Tengah, Jurnal Paradigma. Vol (17), 172-89.

Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2015. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke
6.
Surat Persekeliling Ikhtisas, Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020.
Putrajaya: Jabatan Pendidikan Malaysia.
Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-
Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia. file:///C:/Users/user/Downloads/PPIbagiMBK-
saifulazam%20(3).pdf 21 Jun 2021.
Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru dalam
Program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Asian People Journal. Vol 1(2), 243-263.
Siti Rubiyani & Abd Aziz Sulaiman. (2018). Implementation of Inclusive Education
Programme for Special Education Need Students with Learning Disabilities in
Malaysia. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 1(14),
85-95.
Zalizan Mohd Jelas. (2012). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep &
Amalan, 109-138. Bangi: Universiti

82
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like