You are on page 1of 20

PANDUAN

PENDESKRIPSIAN
BAHAN ARKIB
* SEKSYEN PANDUCARI & PENERBITAN 2015*

1
Panduan Penyediaan Deskripsi Bahan
(*Rujuk surat ANM.700-8/1/1/1/1)

Pengenalan.
Pendeskripsian dibuat untuk mengenalpasti dan menerangkan ’context’ dan ’content’
(konteks dan isikandungan) sesuatu bahan. Pendeskripsian yang berkesan akan dapat
membantu kita membuat kawalan fizikal dan intelektual terhadap sesuatu bahan. Ini
seterusnya akan memudahkan akses kepada bahan tersebut.
Panduan penyediaan deskripsi bahan arkib yang disediakan adalah berdasarkan
standard antarabangsa iaitu General International Standard Archival Description atau
ISAD(G) Edisi Kedua, Ottawa 2000 yang di keluarkan oleh International Council On
Archives (Majlis Arkib Antarabangsa).

Kaedah Kemasukan Maklumat Deskripsi Bahan Fail.


Kemasukan maklumat deskripsi boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas proses
muat naik data fail ke COMPASS:

A. Bagi tujuan kemasukan maklumat deskripsi sebelum proses muat naik data fail ke
COMPASS, maklumat deskripsi boleh di isi melalui skrin di bawah. (Skrin Kemaskini
Maklumat Rekod : CSBA08)

2
B. Bagi mengisi maklumat deskripsi selepas proses muat naik data, pengguna
COMPASS perlu mengikut langkah-lngkah berikut:

1. Masukkan ID dan Katalaluan.

2. Pilih Bahan Arkib > Fail > Maklumat Terperinci.

3
3. Masukkan Nombor Penerimaan (Skrin Maklumat Terperinci Fail CSBA10) > Klik
butang Cari.

4. Masukkan deskripsi di ruangan Deskripsi Bahan (Skrin Maklumat Terperinci Fail


CSBA11) > Klik Kemaskini.

4
TATACARA PENDESKRIPSIAN BAHAN FAIL
Elemen penting yang perlu dicatatkan semasa penyediaan deskripsi adalah seperti
berikut:

Para 1
Kandungan
 Apakah perkara/ subjek/ peristiwa penting yang terlibat/ berlaku?
(Ringkasan kandungan/ Keputusan/ Tindakan Akhir)
Contoh: Kelulusan penerbitan, Rayuan untuk bantuan, Perlantikan
Jawatankuasa.

 Siapa yang terlibat?


(Tokoh, Individu, Jabatan atau Pertubuhan)

 Bila berlaku?
(Tarikh/ Tahun/ Era)
Contoh: 31 Ogos 1957, 1947, 1980an, Perang Dunia Kedua.

 Dimana peristiwa berlaku?


(Lokasi, Bandar atau Negeri)

Para 2
Bahasa dan Bentuk Tulisan/ Language
Jenis bahasa dan bentuk tulisan yang digunakan di dalam kandungan bahan.
Contoh: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Tulisan Jawi, Tulisan Cina.

Para 3
Bentuk Lampiran/ Enclosure (Bahan Fail)
Ringkasan fizikal bahan atau bentuk lampiran yang terdapat pada bahan fail.
Contoh: Surat, Memo, Pekeliling, Laporan, Kertas Kerja.

Para 4
Kata Kunci/ Keyword or Keyphrase
o Nama Institusi/ Pertubuhan/ Persatuan
Contoh: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Public Work Department (P.W.D)

o Nama Tokoh/ Orang Perseorangan


Contoh: Tunku Dia Oodin (Dziauddin), Mahathir (Che Det)

o Nama Tempat/ Negeri/ Lokasi


Contoh: Lookot (Lukut); Linggi (Linge); Perak; Melaka

o Perkataan ringkas yang menggambarkan kandungan/ subjek.


Contoh: British Administration in Malaya, Malayan Union Merdeka, Komunis,
Darurat, Ekonomi, Agama.

o Perkataan sinonim

5
NOTA:
1. Deskripsi bahan perlulah ringkas dan padat (lebih kurang 2-3 baris ayat).

2. Tajuk mestilah tidak diulangi semula dalam bahagian deskripsi kandungan.

3. Deskripsi bahan mestilah diterjemahkan ke bahasa standard yang digunakan.

4. Maklumat ‘perkara atau subjek’ yang perlu diisi pada Perenggan Pertama adalah
mandatori dan wajib diisi manakala maklumat lain seperti siapa yang terlibat,
bila dan di mana berlaku adalah diperlukan bagi mengukuhkan lagi maklumat
yang hendak disampaikan.

5. Kata kunci yang dimaksudkan tidak terhad kepada satu patah perkataan sahaja.

Contoh Deskripsi 1

No. Penerimaan : 1957/0000001


No. Fail : 2/75
Tajuk : Request Shaik Muhammed Taib Ahmad to send
Raja Leging to Pankallan Batu to enquire into the
charge against him by traders.

Deskripsi : Aduan tentang salahlaku Raja Leging dan


Permintaan untuk dibawa ke pengadilan di
Pengkalan Batu.

Bahasa Inggeris.

Surat.

Shaikh Muhammad

Contoh Deskripsi 2

No. Penerimaan : 1957/0000002


No. Fail : 3/75
Tajuk : Re - Appointment of Mr. Davidson as H.M.S
Resident Selangor

Deskripsi : Lantikan Mr. J.G Davidson sebagai Resident


Selangor oleh Gabenor dan tugas-tugas yang perlu
dijalankan sebagai Residen British di Klang yang
beribu pejabat di Colonial Secretary's Office,
Singapore.

6
Bahasa Inggeris.

Surat.

Tunku Dia Oodin (Dziauddin), Lookot (Lukut); Linggi


(Linge); Perak; Melaka.

Contoh Deskripsi 3

No. Penerimaan : 1957/0000003


No. Fail : 4/75
Tajuk : Re case of Penghulu Puteh of Jeru

Deskripsi : Makluman tentang kes Penghulu Puteh dari Jeru


yang tidak dapat dibicarakan kerana kurang
bukti.Kes ini perlukan saksi dan maklumat lengkap.

Bahasa Inggeris.

Surat.

Tunku Dia Oodin (Dziauddin), Selangor, Jerom


(Jeram) Klang, Perbicaraan.

Contoh Deskripsi 4

No. Penerimaan : 1999/0023100


Tajuk ` : MAJLIS KEBANGSAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
WANITA MALAYSIA – LAPORAN

Deskripsi : Mengandungi kegiatan-kegiatan dan kejayaan


pertubuhan sekitar 1979 terhadap
pembangunan kanak-kanak, undang-undang
wanita, masyarakat dan negara dalam usaha
membasmi kemiskinan rakyat, membasmi penyakit
ketagihan dadah dan kenaikan harga keperluan
makanan, latihan kepimpinan bagi wanita luar
bandar dalam pembangunan sosio ekonomi dan
usahasama Bengkel Penjagaan Kesihatan dengan
Republik Korea.

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.

Penyata, Ucapan, Memorandum, Laporan, Surat.


National Council of Women's Organisations Malaysia
(NCWO)

7
2. Kaedah Kemasukan Maklumat Deskripsi Bahan Bukan Fail.
Bagi mengisi maklumat deskripsi selepas proses muat naik data, pengguna
COMPASS perlu mengikut langkah-lngkah berikut:

1. Pilih Bahan Arkib > Bukan Fail > Maklumat Terperinci.

2. Masukkan Nombor Penerimaan (Skrin Maklumat Terperinci CSBA20)> Klik butang Cari.

8
3. Masukkan deskripsi di ruangan Deskripsi Bahan (Skrin Maklumat Terperinci CSBA20)>
Klik Kemaskini.

A. TATACARA PENDESKRIPSIAN BAHAN BUKAN FAIL (Selain bahan Audiovisual)


Elemen penting yang perlu dicatatkan semasa penyediaan deskripsi adalah seperti
berikut:

Para 1
Kandungan
 Apakah perkara/ subjek/ peristiwa penting yang terlibat/ berlaku?
(Ringkasan kandungan/ Keputusan/ Tindakan Akhir)
Contoh: Kelulusan penerbitan, Rayuan untuk bantuan, Perlantikan
Jawatankuasa.

 Siapa yang terlibat?


(Tokoh, Individu, Jabatan atau Pertubuhan)

 Bila berlaku?
(Tarikh/ Tahun/ Era)
Contoh: 31 Ogos 1957, 1947, 1980an, Perang Dunia Kedua.

 Dimana peristiwa berlaku?


(Lokasi, Bandar atau Negeri)

Para 2
Bahasa dan Bentuk Tulisan/ Language
Jenis bahasa dan bentuk tulisan yang digunakan di dalam kandungan bahan.
Contoh: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Tulisan Jawi, Tulisan Cina.
9
Para 3
Kata Kunci/ Keyword or Keyphrase
o Nama Institusi/ Pertubuhan/ Persatuan
Contoh: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Public Work Department (P.W.D)

o Nama Tokoh/ Orang Perseorangan


Contoh: Tunku Dia Oodin (Dziauddin), Mahathir (Che Det)

o Nama Tempat/ Negeri/ Lokasi


Contoh: Lookot (Lukut); Linggi (Linge); Perak; Melaka

o Perkataan ringkas yang menggambarkan kandungan/ subjek.


Contoh: British Administration in Malaya, Malayan Union Merdeka, Komunis,
Darurat, Ekonomi, Agama.

o Perkataan sinonim

Contoh Deskripsi 1

No. Penerimaan : 2010/0014226


Jenis Rekod : Surat Khabar
Tajuk : Utusan Malaysia, 4 Ogos 2010

Deskripsi : Mengandungi pelbagai artikel antaranya Pengerusi


Gagasan Badan Ekonomi Melayu, Sabah,Datuk
Hamidah Yusof meninggal dunia kerana kanser
pangkal rahim, qari Mesir dan qariah Pakistan
muncul johan kategori qari dan qariah pada Majlis
Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 di
Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) dan lain-lain.

Bahasa Melayu

GABEM

Contoh Deskripsi 2

No. Penerimaan : 2010/0000793


Jenis Rekod : Buku Cenderamata
Tajuk : Batu Pahat Sa-Lepas 10 Tahun Merdeka

Deskripsi : Bahan ini diterbitkan pada Februari 1968 oleh


Penerbitan BudayaBatu Pahat,Johor. Mengenai
sejarah Batu Pahat sejak kurun ke -15 , senarai

10
nama DUN Negeri Johor yang dipilih dari daerah
Batu Pahat dari tahun 1955-1969, senarai nama
Pegawai Daerah Batu Pahat dari tahun 1895-1967
serta kemajuan yang dicapai. Terdapat juga
sambutan dan keramaian yang diadakan seperti
Pesta Bahasa, perarakan kerata berhias,
pertunjukan sukan laut dan pertunjukan
kebudayaan. Diselitkan juga dengan gambar
bangunan bersejarah di Batu Pahat ketika itu.

Bahasa Melayu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Contoh Deskripsi 3

No. Penerimaan : 2005/0008827


Jenis Rekod : Manuskrip
Tajuk : MANUSKRIP TAN SRI FATIMAH BINTI HASHIM

Deskripsi : Manuskrip tulisan tangan Tan Sri Fatimah binti


Hashim mengenai pengalaman beliau semasa
mengikuti suaminya Tan Sri Abd Kadir bin Yusof
belajar undang-undang di London, 1953.

Bahasa Inggeris.

Contoh Deskripsi 4

No. Penerimaan : 2005/0004729

Jenis Rekod : PAMPLET


Tajuk : ARKIB DAN PUSTAKA TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA, NOVEMBER 1985

Deskripsi : Maklumat berkaitan bangunan pejabat lama YTM


Tunku yang berada di perkarangan Pusat Rekod
Arkib Negara di Petaling Jaya, koleksi hadiah
harijadi YTM Tunku dalam tahun 1971, Koleksi
cenderamata yang dihadiahkan oleh Duta Republik
Korea dan sebagainya.

Bahasa Melayu

Arkib Negara Malaysia

11
Contoh Deskripsi 5

No. Penerimaan : 2007/0031581


Jenis Rekod : PELAN
Tajuk : Pelan Du Palais Des Nations Geneve, 1991.

Deskripsi : Maklumat berkaitan pelan lokasi istana negara


Geneva yang telah dicetak oleh United Nation pada
Julai 1991.

Bahasa Perancis

Contoh Deskripsi 6

No. Penerimaan : 2005/0031475


Jenis Rekod : MIKROFIS
Tajuk : An Example Of The Use Of Archival Sourses In, 6 - 8
November 1991

Deskripsi : Maklumat berkaitan kertas kerja yang ditulis oleh


Kevin Lee Sarring yang dibentangkan sempena
Seminar SARBICA di Singapura.

Bahasa Inggeris.

Southeast Asia Regional Branch.

Contoh Deskripsi 7

No. Penerimaan : 2007/0031292


Jenis Rekod : BUKU CENDERAMATA
Tajuk : Di Bawah Naugan Duli Yang Maha Mulia Raja
Perempuan Kelantan, Cenderamata Sempena
Malam Amal Yayasan Ihsan Kelantan Pada - 4 Mac
1990.

Deskripsi : Maklumat berkaitan Yayasan Ihsan, Kelantan yang


merupakan pusat kebajikan yang berperanan
meningkatkan dan membiaya penyelidikan dalam
bidang kebajikan masyarakat. Selain itu, terdapat
juga aturcara majlis dan ahli-ahli jawatankuasa
malam amal Kelantan.

Bahasa Melayu.

Cheras, Petaling Jaya, Ulu Klang


12
Contoh Deskripsi 8
No. Penerimaan : 2007/0031857
Jenis Rekod : PETA
Tajuk : Map Of Singapore.

Deskripsi : Maklumat mengenai laluan ke destinasi menarik


untuk dikunjungi di Singapura serta perkhidmatan
awam yang disediakan iaitu Mass Rapid Transit
yang bermula dari jam 6 pagi hingga lewat malam.

Bahasa Inggeris

Contoh Deskripsi 9
No. Penerimaan : 2007/0031662
Jenis Rekod : POSTER
Tajuk : 2nd Asean Film Week

Deskripsi : Hebahan Persidangan Minggu Filem Asia kali ke-2


yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 11- 17th
Mac 1990

Bahasa Inggeris

Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura,


Thailand.

Contoh Deskripsi 10
Jenis Rekod : LAPORAN TAHUNAN
Tajuk : LAPORAN TAHUNAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
2008
Deskripsi :
Maklumat berkaitan pencapaian dan pelaksanaan
program dan aktiviti Jabatan Arkib Negara Malaysia
sepanjang tahun 2008 dan antaranya termasuk
kejayaan menganjurkan Kongres Majlis Arkib
Antarabangsa (ICA) ke 16 , perlaksanaan
sepenuhnya Sistem Pengurusan Rekod Elektronik
(ERMS) dalam jabatan, penerimaan rekod dan
bahan arkib bagi tahun 2008 serta Penyerahan
Galeri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit, Melaka.

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

International Congress of Archive, Electronic Record


Management System, Ulang tahun SARBICA ke 40,
Memory of The World, Pensijilan MS ISO.

13
B. TATACARA PENYEDIAAN DESKRIPSI BAHAN AUDIOVISUAL
Elemen penting yang perlu dicatatkan semasa penyediaan deskripsi adalah seperti
berikut:

Nota:
1. Bagi bahan filem dan video serta audio, penyedia deskripsi hendaklah
menonton/mendengar kandungan bahan dari awal sehingga akhir
rakaman.

2. Deskripsi yang disediakan hendaklah ringkas dan padat.

3. Tidak digalakkan menggunakan singkatan perkataan dan akronim kecuali


dalam kurungan dan penggunaan pada kali kedua serta simbol. Contoh:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jangan (jgn.), simbol dan (&).

4. Deskripsi hendaklah disediakan dalam bahasa standard walaupun bahasa


yang digunakan adalah bahasa pasar/loghat daerah.

5. Sekiranya bahan rakaman mempunyai lebih daripada satu pita/unit,


deskripsi bagi setiap pita/unit hendaklah disediakan.

6. Bagi bahan gambar, kapsyen/deskripsi yang disediakan hendaklah


menerangkan dengan jelas mengenai sesuatu gambar, iaitu menjawab
persoalan siapa?, apa?, di mana? dan bila?.

1. Bahan Filem dan Video (VHS, DVD/VCD, Mini DV, dll)

1.1. Bahan rakaman majlis seperti majlis pelancaran, pengkisahan sejarah,


polemik sejarah, seminar, dll.

(i) Para 1 - Tarikh dan Tempat


(Tarikh rakaman/peristiwa berlaku dan tempat ia berlaku)
Contoh: 30/1/2012; Auditorium Arkib Negara Malaysia, Jalan
Duta, Kuala Lumpur)

(ii) Para 2 - Tokoh/individu yang terlibat


(Nama tokoh, individu)
Contoh: Nama perasmi dan jawatannya; nama tokoh pengkisah;
nama pengerusi, nama pembentang kertas kerja, dll.

(iii) Para 3 - Perkara/subjek/peristiwa penting yang dipaparkan


(Ringkasan kandungan rakaman/perkara-perkara yang
diceritakan oleh tokoh)

14
Contoh: Latar belakang diri dan keluarga, upacara perasmian,
pengkisahan oleh tokoh, dll)

Contoh Deskripsi

Jenis Rekod : Mini DV


Tajuk : Majlis Bicara Lagu: Irama Melayu Mewadah
Warisan Bangsa

Deskripsi Bahan : Berlangsung pada 4 Mei 2010 di Auditorium


Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan
Audiovisual Negara, Arkib Negara Malaysia, Jalan
Duta, Kuala Lumpur.

Perasmi: Dato’ Haji Sidek Bin Haji Jamil, Ketua


Pengarah Arkib Negara Malaysia; Tokoh pembicara:
SN Datuk (Dr.) Ahmad Nawab, Dato’ A. Rahman
Hassan dan Dato’ Yusni Hamid; Pengerusi: Prof.
Madya Dr. Hassan Hasbullah.

Mengandungi bacaan doa; ucapan perasmian;


pengkisahan oleh tokoh-tokoh pengkisah mengenai
pengalaman mereka dalam bidang penciptaan lagu
dan nyanyian, sejarah dan perkembangan lagu-lagu
Melayu, peranan lagu dalam mempengaruhi
pembentukan dan perkembangan sosiobudaya
masyarakat Malaysia; sesi soal jawab; acara
penyampaian cenderamata.

1.2. Bahan dokumentari/klip video/treler/drama, dll

(i) Perkara/ subjek/ peristiwa yang dipaparkan


(Ringkasan kandungan bahan rakaman/paparan)
Contoh: Latar belakang diri dan keluarga, upacara perasmian,
pengkisahan oleh tokoh, dll)

Contoh Deskripsi 1

Jenis Rekod : Pita VHS


Tajuk : Dokumentari: Ghafar Sebuah Memori Luka

Deskripsi Bahan : Mengandungi kisah hidup Tun Ghafar Baba


bermula daripada latar belakang diri dan keluarga;
pendapat tokoh-tokoh politik serta sahabat

15
mengenai sifat peribadi; gambar-gambar kenangan
Tun Ghafar; karier politik dan sumbangan beliau
terhadap pembangunan negara.

Contoh Deskripsi 2

Jenis Rekod : DVD


Tajuk : Treler Pelbagai Tajuk Siri 1/2012

Deskripsi Bahan : Treler filem. 1. Hari Kebangsaan ke-52, 2.


Hari ASEAN 2009, 3. 1 Malaysia, 4. Jalur Gemilang
(Video Klip), 5. Kibarkan Jalur Gemilang, 6.
Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, 7. Tanggal 31, 8.
Semarak Dataran Budaya, 9. Kejayaan &
Pencapaian, 10. Tahukah Anda? "Mengenai Jalur
Gemilang", 11. 1 Malaysia, 12. Tahukah Anda?
(Sambutan Hari Kebangsaan Lokasi Berbeza), 13.
Tahukah Anda (Logo dan Tema Hari Kebangsaan),
14. Tahukah Anda? (Stadium Nasional Bukit Jalil),
15. Senyum (Versi Pendek), 16. Pilihanraya Kecil
Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 17.
Tahukah Anda? (Parlimen Malaysia), 18. Sambutan
Kemerdekaan Dataran Parlimen, 19. Tahukah
Anda? (Jalur Gemilang), 20. Hari Keputeraan Agong
(6 Jun 2009), 21. 50 Tahun Parlimen 1, 22. 50
Tahun Parlimen 2, 23. Jubli Emas PArlimen
Malaysia 1, 24. Jubli Emas Parlimen Malaysia 2.

2. Bahan Audio (Kaset, Open Reel, CD, dll)

2.1. Wawancara Sejarah Lisan

(i) Para 1 - Tarikh dan tempat rakaman


(Tarikh dan tempat rakaman dilakukan)
Contoh: 1/1/2012; Studio Rakaman Sejarah Lisan, Pusat
Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara, Arkib
Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur)

(ii) Para 2 - Bidang ketokohan tokoh


Contoh: Tokoh politik; tokoh pentadbiran; tokoh pendidikan, dll)

(iii) Para 3 - Isi kandungan


(Perkara-perkara yang diceritakan oleh tokoh)
Contoh: Latar belakang diri dan keluarga, pengalaman kerja, dll.

16
Contoh Deskripsi:

Jenis Rekod : Kaset


Tajuk : Wawancara Sejarah Lisan: Mohamed b. Yaakob,
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji

Deskripsi Bahan : Dirakamkan 26/09/1996; di kediaman beliau.

Tokoh politik.

Mengandungi latar belakang diri dan keluarga;


pengalaman berkhidmat sebagai jurubahasa di
Syarikat Jepun hingga tamat pemerintahan Jepun
di Malaya; pengalaman sebagai kerani di Pejabat
Pos Kota Bharu, Penolong Pegawai Jajahan Pasir
Mas dan Tanah Merah; ancaman komunis terhadap
orang-orang kampung; Setiausaha Sulit Sultan
Kelantan, Sultan Ibrahim; memohon biasiswa untuk
melanjutkan pelaran undang-undang di Lincoln Inn
pada 1954; menjadi Ketua Jajahan dan seterusnya
dilantik menjadi Majestrate.

2.2. Bahan rakaman majlis seperti majlis pelancaran, pengkisahan sejarah,


polemik sejarah, seminar, dll.

(i) Tarikh dan tempat rakaman


(Tarikh rakaman dan tempat majlis berlangsung)
Contoh: 30/01/2012; Auditorium Arkib Negara Malaysia, Jalan
Duta, Kuala Lumpur.)

(ii) Isi kandungan


(Ringkasan kandungan rakaman/perkara-perkara yang
diceritakan oleh tokoh/ perkara/ subjek/ peristiwa penting yang
berlaku)
Contoh: Latar belakang diri dan keluarga, upacara perasmian,
pengkisahan oleh tokoh, dll)

17
Contoh Deskripsi
Jenis Rekod : Kaset
Tajuk : Majlis Pengkisahan Sejarah Sheikh Muhamad
Idris Al-Marbawi

Deskripsi Bahan : Berlangsung pada 5 Mei 2009 di Dewan Serbaguna


Institut Tadbiran Islam Perak.

Kaset 1, Side A: Bacaan doa oleh Ustaz Mohd


Nasir bin Hassan. Ucapan Dr. Shamsiah Mohamad,
Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
Ucapan perasmian dan bacaan ayat-ayat Al Qur'an
oleh Ustaz Najimuddin Al Hafiz.

Kaset 1, Side B: Tokoh pengkisah yang pertama,


Prof. Mohd Redzuan Osman menceritakan riwayat
hidup ketokohan Sheikh Idris Al Marbawi bermula
dengan pendidikan yang diterima oleh tokoh
tersebut serta karier awalnya sebagai guru dan
sumbangannya kepada agama dan bangsa di
negara ini.

Kaset 2, Side A: Tokoh pengkisah, Dato' Sheikh


Mohd Ghazali Abdul Wahid menjelaskan Sheikh
Idris Al Marbawi bukan berasal daripada Indonesia
seperti didakwa oleh sesetengah pihak di Mesir
dan menceritakan mengenai kamus Al Marbawi
yang diterbitkan dan dikarang oleh Sheikh Idris Al
Marbawi sendiri.

Kaset 2, Side B: Maklumat berkaitan kitab-kitab lain


yang ditulis oleh Sheikh Idris Al Marbawi; Sheikh
Idris Al Marbawi meninggal dunia di Hospital Ipoh
dan dikebumikan di Kuala Kangsar, Perak. Tokoh
pengkisah ketiga, Pn. Mahani Mokhtar seorang
guru menceritakan mengenai Sheikh Idris dalam
bidang penulisan dan sumbangan dalam
penerbitan akhbar Seruan Azhar yang diterbitkan di
Mesir.

Kaset 3, Side A: Maklumat berkaitan kitab Bahrul


Mahzi dan kitab Mukjam Al Mulkaihat. Maklumat
tambahan oleh ketiga-tiga tokoh untuk
melengkapkan lagi pengkisahan beliau.

Kaset 3, Side B: Sesi soal jawab dengan penonton.


Acara penyampaian cenderamata.

18
3. Bahan Audio (Piring Hitam)
Nyatakan nama lagu/penyanyi/pencipta/penulis lirik/penerbit, dll maklumat
yang terdapat pada/terkandung dalam piring hitam tersebut.

Contoh Deskripsi 1

Jenis Rekod : Piring Hitam


Tajuk : RTM LPM 108 - Senandung Malaysia

Deskripsi Bahan : Mengandungi lagu-lagu era 1970an.

Muka A: Jembatan, pencipta: Ahmad Dassilah,


penyanyi: Suhaimi Hamid; Kasih Di Jembatan Kota,
pencipta: Ibrahim Bachik, penyanyi: Taufik Haji Ali;
Pasir Mas, pencipta: Ibrahim Bachik, penyanyi:
Suhaimi Hamid; Kenangan Di Kuala Selangor,
pencipta: Ahmad Dassilah, penyanyi: Taufik Haji Ali;
Dusun Tua, pencipta: Ibrahim Bachik, penyanyi: S.
Ahmad.

Muka B: Pantai Morib, pencipta: Ahmad


Dassilah, penyanyi: S. Ahmad; Main Gasing,
pencipta: Daud Hamzah, penyanyi: Yahya Md Noor;
Sungai Buluh, pencipta: Ibrahim Bachik, penyanyi:
Ibrahim Bachik; Pasir Puteh, pencipta: Ibrahim
Bachik, penyanyi: Suhaimi Hamid; Kisah Di Gua
Musang, pencipta: Ibrahim Bachik, penyanyi: Yahya
Md Noor.

Contoh Deskripsi 2

Jenis Rekod : Piring Hitam


Tajuk : Iklan Ovaltine

Deskripsi Bahan : Promosi minuman ovaltine yang


dikeluarkan Oleh A.Wonder dan disiarkan di
Radio Malaysia; berbahasa Hokkien;
21/06/1966.

19
4. Bahan Gambar

Kenal pasti tokoh yang terlibat, tempat dan tarikh peristiwa. Catatkan nombor
negatif gambar sekiranya ada (Contoh: G.0001) dan jumlah imej digital sekiranya
gambar tersebut dalam format CD.

Contoh Deskripsi 1

Tajuk Bahan : Perasmian Pameran Pelancaran Buku Dan Pengkisahan


Sejarah Sempena Sambutan Hari Wanita 1992

Deskripsi : Y.B. Dato' Napsiah Omar diiringi oleh Dato' Zakiah Hanum
Binti Abdul Hamid setibanya di Auditorium Arkib Negara
Malaysia, Kuala Lumpur; 24.08.1992.

G.26050

Contoh Deskripsi 2

Tajuk Bahan : Majlis Pengkisahan Sejarah Jalan Tuanku Abdul Rahman


(Batu Road) Kuala Lumpur

Deskripsi : Y.Bhg. Dato' Indera Pura G.S. Gill semasa mengisahkan


pengalaman beliau berniaga di tempat tersebut; 27 Ogos
2001 di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur.

Contoh Deskripsi 3

Tajuk Bahan : Majlis Pengkisahan Sejarah Darurat 'Peristiwa Gubir:


Pengalaman Anggota TUDM Menentang Pengganas
Komunis'

Deskripsi : Gambar-gambar mengenai Majlis Pengkisahan Sejarah


Darurat 'Peristiwa Gubir: Pengalaman Anggota TUDM
Menentang Pengganas Komunis' bertempat di Auditorium
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur; 13 Mac 2012 (20 imej digital).

(Setiap keping gambar/imej perlu mempunyai


keterangan tersendiri

Seksyen Panducari 2012


20

You might also like