You are on page 1of 2

2.

1 MENERAJUI KEPIMPINAN

TOOLKIT 2.1.2

JURNAL REFLEKTIF
NAMA : WONG JI CUAN
SEKOLAH : SJKC LOK YU 6
JAWATAN : GPK PENTADBIRAN

RINGKASAN PEMBELAJARAN YANG TELAH DILALUI.


Sepanjang mengikuti kursus Modul 2 TS25 Kohort 7 ini saya telah mempelajari
tentang kepentingan pengupayaan pemimpin pertengahan (MLT) dan fungsi PInTaS
dalam membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam aspek akademik dan
pengurusan kurikulum. Kursus ini juga mendedahkan bagaimana pemimpin
(Champion) melihat status pencapaian sekolah melalui data yang dipersembahkan
dalam bentuk OPPM.
 

PEMBELAJARAN BAHARU
 Apakah yang telah dipelajari?

Pengetahuan baharu yang telah diperoleh melalui pembelajaran bermakna ini juga
adalah seperti huraian lanjutan kerangka TS25 yang memperincikan tentang hala
tuju sekolah dan bagaimana pemimpin sekolah perlu mengumpul maklumat,
menginterpretasi dan seterusnya bertindak berdasarkan kepada bidang fokus yang
dipilih untuk dijadikan indikator utama dalam kerangka PInTaS.

REAKSI PERIBADI 
Daripada pembelajaran hari ini,manakah aktiviti pembelajaran yang mencabar
kemampuan untuk dilaksanakan? Kenapa? 

Sepanjang tempoh melengkapkan toolkit dan tugasan yang diberikan, sudah tentu
wujudnya kemusykilan dan kekeliruan berhubung dengan kegunaan OPPM dan
PInTaS dalam membantu sekolah mencapai visi dan misi sekolah. Namun atas
khidmat nasihat, mentoring dan coaching daripada Rakan Elit yang tidak pernah
jemu membimbing dan memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran maka
tugasan dan toolkit ini telah dapat disediakan dengan jayanya.

TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN  


Adakah sebarang tindakan perlu diambil hasil daripada pembelajaran yang telah
diikuti?
Adakah perlu jurang pengetahuan sedia ada dirapatkan? Kenapa? Bagaimana?
 
Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir setelah mengikuti kursus Modul 2
ialah saya sebagai pentadbir perlu menguasai cara untuk mencari intervensi
dalam menyelesaikan isu kritikal yang boleh diselesaikan dengan menggunakan
kerangka PinTaS dan OPPM. Pengetahuan pentadbir juga perlu ditingkatkan dari
masa ke masa dengan merujuk modul TS25 agar semua langkah dan cara yang
diberikan dapat digunakan dalam membantu sekolah mencapai misi dan visi melalui
program transformasi sekolah yang berterusan.

You might also like