You are on page 1of 1

Turki 

(Jawi: ‫ )توركي‬juga disebut Turkiye (Turki: Türkiye) atau nama rasminya dikenali Republik


Turki atau Republik Türkiye (Bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) ialah sebuah
negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian
besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak
dalam kawasan Balkan barat laut benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara
iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di
timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut
Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga menempatkan Laut Marmara yang
dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan antara Eropah dan Asia lalu
menjadikan Turki suatu negara rentas benua.[1]
Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban
utama, termasuk Empayar Byzantium dan Empayar Uthmaniyah dua-duanya berpusat di
kota Kustantiniyah mendului Istanbul moden. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di
persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang
unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan
kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki
telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh.[2][3]
Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem
politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas
kejatuhan Empayar Uthmaniyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur
bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah
salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[4] Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC),[5] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan,[6] dan Pertubuhan
Keselamatan dan Kerjasama di Eropah,[7] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949,
[8]
 dan NATO sejak tahun 1952.[9] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam
pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak
tahun 1963.[10] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20
buah ekonomi yang terbesar di dunia.

Penamaan[sunting | sunting sumber]
Nama negara ini dalam bahasa Turki iaitu Türkiye (ejaan Uthmaniyah: ‫)تركیه‬
hasil penasaban etnonim Türk menggunakan akhiran abstrak –iye yang bermaksud "pemilik",
"tanah" atau "perihal" (meminjam –iyya bahasa Arab serupa dengan akhiran –ia dalam bahasa-
bahasa Yunani dan Latin). Catatan terawal istilah "Türk" atau "Türük"
sebagai autonim terkandung dalam catatan tulisan-tulisan Orkhon oleh kaum Göktürk (Turki
Samawi) dari Asia Tengah (c. abad ke-8 M). Tu–kin dijadikan bukti seawal tahun 177 SM
sebagai nama berian orang Cina kepada penduduk kawasan selatan Pergunungan Altai di Asia
Tengah. Nama Melayu "Turki" berasal dari bahasa Latin Pertengahan iaitu Turchia (s. 1369)
melalui bahasa Inggeris.[11][tiada dalam ayat yang diberikan] Nama ini ada kata seasal dalam bahasa Yunani,
iaitu Tourkia yang asalnya digunakan oleh bangsa Byzantium untuk memperihalkan Hungary
pada zaman pertengahan[12][13] (kerana orang Hungary dan Turki mempunyai persamaan leluhur)
tetapi kemudian, mereka mula menggunakan nama ini untuk memaksudkan kawasan taklukan
Seljuk di Anatolia pada ratusan tahun selepas Pertempuran Manzikert pada tahun 1071.

You might also like