You are on page 1of 2

Nota Tajuk 1

Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin (2017) menyatakan
bahawa kreativiti merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap
bidang yang diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang
diberikan kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik.

Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin (2017) menyatakan bahawa kreativiti
merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap bidang yang
diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang diberikan
kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti ini dapat
mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam bidang
pendidikan, kreativiti amat dititikberatkan dan digalakkan kepada pelajar agar mereka
dapat berfikir di luar daripada kebiasaan atau berfikir di luar kotak. Kreativiti ini menjadi
fenomena jika sesuatu yang dihasilkan dapat menarik perhatian dan memberikan kesan
langsung kepada orang ramai.
Kebolehan semula jadi yang dianugerahkan ini merupakan kebolehan kreatif
yang mampu membawa seseorang kepada pencapaian yang lebih baik seterusnya
membezakan mereka dengan kebanyakan individu di sekeliling mereka. Menurut
Leonard M. S. Yong (1993), kreativiti ialah kebolehan kreatif secara semula jadi yang
membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu tersebut. Menurut
beliau lagi, kualiti inilah yang membezakan individu tersebut daripada kumpulan
manusia yang kurang kreatif. Menurut Hizairi Othman (2000), manusia yang
mempunyai kebolehan kreatif telah direkodkan sebagai manusia yang berbakat semula
jadi yang dapat meletakkan manusia pada suatu tahap yang berbeza daripada manusia
lain. Apa-apa sahaja bahan daripada proses kreatif yang terhasil dikatakan sebagai
kreativiti. Definisi kreativiti merujuk kepada kesanggupan mencipta atau kemampuan
untuk mewujudkan suatu kombinasi baharu.
Berdasarkan Kamus Dewan (2013), kreativiti bermaksud kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif. Kreativiti juga merujuk kepada proses kreatif yang
dilalui oleh individu kreatif untuk memperlihatkan sesuatu yang berlainan daripada
manusia biasa. Hal ini tidak bermaksud bahawa mereka mencuba melakukan sesuatu
perkara yang luar biasa kerana mereka juga manusia biasa. Dalam hal ini, individu yang
kreatif mempunyai cara tersendiri untuk memaparkan sesuatu yang dirasakan perlu
dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Walaupun insan kreatif mampu melahirkan
pelbagai kreativiti, namun mereka masih lagi berpegang kepada langkah-langkah
tertentu yang perlu dilalui. Proses tersebut perlu diikuti lantaran adanya sifat peka dan
prihatin terhadap sesuatu yang mempengaruhi diri mereka. Kepekaan dan keprihatinan
dalam diri individu kreatif ini didorong oleh sikap mereka yang ingin menyampaikan
sesuatu yang bersesuaian dan relevan untuk dikongsi dengan orang lain.

You might also like