You are on page 1of 11

1

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM


(BAHAGIAN DAGANG)
SAMAN PEMULA NO.:BA-24NCC-52-06/2022

Dalam perkara YAP HAI POH & SONS SDN


BERHAD (Syarikat No. 199501016157
(345359-V)

Dan

Dalam perkara Seksyen-Seksyen 58, 68, 197,


245, 248, 258, 257, 259, 267, 311, 314, 340,
dan 346 Akta Syarikat, 2016

Dan

Dalam perkara Aturan 7, 92 Kaedah 4


Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

ANTARA

1. YAP LIONG HAN


(No. K/P: 871019-10-5245)

2. NG SOH HOON
(No. K/P: 511217-10-5482) ... PLAINTIF-PLAINTIF

DAN

1. YAP LIONG BOON


(No. K/P: 620915-10-5175)

2. YAP LIONG SING


(No. K/P: 640308-10-5227)

3. YAP LIANG CHOK


(No. K/P: 651016-10-6627)

4. YAP LEONG KHOON


(No. K/P: 671216-10-5213)

5. TAN CHUN HONG @ TAN CHOON KIAW


(No. K/P: 430406-10-5268)
6. YAP HAI POH & SONS SDN. BERHAD
(Syarikat No. 199501016157 (345359-V)) ... DEFENDAN-DEFENDAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

HUJAHAN BERTULIS
PLAINTIF-PLAINTIF

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bertarikh pada 29hb Ogos 2022

Disediakan oleh:

Peguamcara Plaintif: Peguamcara Defendan:

T.C. CHONG & RAKAN RAKAN KC LIM & ASSOCIATES


Peguambela dan Peguamcara Peguambela dan Peguamcara
No. 23-2 & 23-3, Jalan Maharajalela 49-2-2, Jalan Medan Putra 6,
50150 Kuala Lumpur Medan Putra Business Centre,
Tel : 03-21418268 Fax : 03-21458268 Bandar Manjalara,
[Ruj : C/1081/21/JP/MALAR] 52200 Kuala Lumpur.
[Rej: Y028/LIT/22/YLB]
2

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF

Dengan izin Yang Arif,

A. PENDAHULUAN

1. Plaintif memfailkan Hujahan Bertulis Plaintif-Plaintif ini bagi menyokong Saman Pemula
bertarikh 07/06/2022 yang difailkan bersama Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Yap
Liong Han pada 03/06/2022.

B. KERTAS-KERTAS KAUSA

2. Plaintif-Plaintif memohon kebenaran Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada
dokumen-dokumen berikut:-

(a) Saman Pemula bertarikh 07/06/2022 (“Saman Pemula tersebut”);

(b) Afidavit Sokongan diikrarkan oleh Yap Liong Han pada 03/06/2022 (“Afidavit Sokongan
tersebut”);

(c) Afidavit Defendan-Defendan diikrarkan oleh Yap Liong Boon pada 25/07/2022 (“Afidavit
Defendan-Defendan tersebut”);

(d) Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif diikrarkan oleh Yap Liong Han pada 15/08/2022
(“Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif tersebut”);

Afidavit Defendan-Defendan Menunjukkan Pengakuan Kegagalan Defendan-Defendan


3. Terlebih dahulu, Plaintif-Plaintif ingin menyatakan bahawa jika dilihat kes ini secara
keseluruhannya dan setelah meneliti dan menganalisa Afidavit Defendan-Defendan tersebut
dan dokumen-dokumen yang dilampirkan oleh Defendan-Defendan tersebut, langsung tidak
menerangkan apa-apa tetapi sebaliknya adalah PENGAKUAN KEGAGALAN DEFENDAN-
DEFENDAN dan menimbulkan lagi lebih persoalan dan kekeliruan serta membuktikan Akaun
syarikat Defendan Keenam telah dikucar-kacirkan khususnya oleh Defendan Pertama (D1).
Afidavit Defendan-Defendan tersebut sebenarnya menyokong permohonan Plaintif-
Plaintif.
3

Defendan-Defendan Gagal Mengemaskini/Memfailkan Penyata Kewangan Tahunan


Beraudit Selama 13 Tahun
4. Pada semua masa yang material, kesemua hal ehwal urusan dan kewangan Defendan Keenam
diuruskan oleh D1 hingga D5 (sebagai pengarah-pengarah) bagi pihak syarikat Defendan
Keenam. Tidak dapat dinafikan bahawa D1 hingga D5 GAGAL mengemaskini dan/atau
memfailkan Penyata Kewangan Tahunan dan Penyata Kewangan beraudit Defendan
Keenam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) SELAMA 13 TAHUN bermula dari
tahun 2008 sehingga tahun 2021 tanpa sebarang alasan yang kukuh dan munasabah [Rujuk
Perenggan 16 Afidavit Sokongan tersebut].

Defendan-Defendan Gagal Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Defendan Keenam


Selama 13 Tahun
5. Fakta yang tidak boleh dinafikan lagi ialah D1 hingga D5 (sebagai pengarah-pengarah) bagi
pihak syarikat Defendan Keenam GAGAL untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
Defendan Keenam SELAMA 13 TAHUN iaitu bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2021.
Walaupun D1 hingga D5 sedar tentang kepentingan dan kewajipan mesyuarat tersebut, D1
hingga D5 tetap mengabaikan provisi-provisi Akta Syarikat 2016 untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan syarikat Defendan Keenam tanpa sebarang alasan yang kukuh dan
munasabah [Rujuk Perenggan 18 Afidavit Sokongan tersebut].

Semua Bayaran Dividen Masuk Ke Akaun Peribadi D1?


6. Exhibit-exhibit yang dilampirkan dalam Afidavit Defendan-Defendan tersebut menunjukkan
sumber dan punca bayaran yang dikatakan sebagai dividen oleh D1 ternyata diterima daripada
pelbagai pihak iaitu daripada Sam Shan Holdings Sdn Bhd, Sam Shan Properties Sdn Bhd, Yap
Hai Tin & Brother Estate, Green Land Oil Plantation (M) Sdn Bhd, Pontian Plantation (M) Sdn
Bhd, Ladang Yap dan juga Palm Hill Plantation (M) Sdn Bhd, DI MANA kesemua bayaran
iaitu elaun pengarah, fi pengurusan, saraan pengarah dan penjualan hartanah TERUS MASUK
kepada “YAP LIONG BOON” (Defendan Pertama) iaitu atas nama individu persendirian
sahaja TETAPI TIDAK dibayar ke dalam akaun SYARIKAT YAP HAI POH & SONS SDN
BERHAD. Semua ini adalah jelas satu pengakuan penyelewengan bukan jawapan!
4

7. Bayaran syarikat-syarikat berkenaan secara terang-terang diakui dimasukkan dalam


akaun peribadi D1. Sudah tentunya semakan atas akaun Syarikat Yap Hai Poh & Sons
Sdn Bhd adalah harus dibuat dan munasabah dalam keadaan sedemikian untuk
memastikan adakah benar wang/bayaran yang diterima oleh D1 itu BETUL-BETUL
ADA ATAU TIDAK dimasukkan dan terima oleh Syarikat Yap Hai Poh & Sons Sdn Bhd.
[Rujuk Salinan-Salinan baucer bayaran di Exhibit “D-5”(muka surat 89-115) Afidavit
Defendan-Defendan tersebut]

8. Memang jelas, syarikat Defendan Keenam iaitu syarikat Yap Hai Poh & Sons Sdn Bhd adalah
pemegang saham di syarikat Sam Shan Holdings Sdn Bhd dan Sam Shan Properties Sdn Bhd
[Perenggan 18 (a) Afidavit Defendan-Defendan]. AKAN TETAPI, kedua-dua syarikat tersebut
dikatakan oleh D1 sendiri telah membuat bayaran atas nama “YAP LIONG BOON” sahaja
(masuk Akaun Peribadi) dan bukannya atas nama syarikat Defendan Keenam, “YAP HAI POH
& SONS SDN BERHAD”. Teramat jelas sudah timbul banyak persoalaan oleh itu permohonan
untuk semakkan Akaun syarikat Yap Hai Poh & Sons Sdn Bhd adalah munasabah dan perlu
dan D1 tidak boleh lagi berselindung di belakang syarikat Yap Hai Poh & Sons Sdn Bhd untuk
kepentingan peribadinya.
[Rujuk Salinan-Salinan baucer bayaran di Exhibit “D-5”(muka surat 89-115) Afidavit
Defendan-Defendan tersebut]

D1 Sengaja Campur Adukkan Bayaran Pendapatan Untuk D5 dan Harta Pusaka Si Mati
9. Memang diakui oleh D1, Yap Liong Boon SENGAJA mencampur adukkan bayaran-bayaran
pendapatan yang diterima di bawah “YAP HAI POH & SONS SDN BERHAD” dan di bawah
Harta Pusaka YAP HAU CHU @ YAP HAI POH, Si Mati dan juga syarikat-syarikat lain
keluarga YAP (seperti syarikat Sam Shan). Exhibit-exhibit Defendan-Defendan tersebut jelas
menunjukkan pengakuan dan kekeliruan Defendan-Defendan sendiri.
[Rujuk Salinan-Salinan baucer bayaran di Exhibit “D-5”(muka surat 89-115) Afidavit
Defendan-Defendan tersebut dan Rujuk Sesalinan baucer bayaran tersebut di Exhibit “YLH-
11”, Afidavit Jawapan Plaintif tersebut.]

10. Perlakuan-Perlakuan D1 hingga D5 (sebagai pengarah-pengarah) bagi pihak syarikat Defendan


Keenam telah menjejaskan permohonan perlantikan P1 sebagai Pengarah Defendan Keenam
tidak dapat didaftarkan di SSM.
5

11. Permohonan Saman Pemula ini adalah bagi mengelakkan keadaan perbuatan Defendan-
Defendan khususnya D1 ini tersebut berterusan, campur tangan Mahkamah adalah dikehendaki
dalam pelantikan seorang juruaudit yang bertauliah untuk tujuan semakan, penelitian dan
pemeriksaan ke atas rekod-rekod perakaunan, rekod-rekod yang menjelaskan transaksi dan
operasi syarikat Defendan Keenam, kedudukan kewangan, akaun untung rugi dan kunci kira-
kira dengan betul dan tepat bagi syarikat Defendan Keenam dari tahun 2008 sehingga tahun
terkini.

12. Secara tidak langsung, ia akan menyelamatkan dan menyusun atur (regularize) pengurusan
akaun syarikat Defendan Keenam yang telah lama menjadi kucar-kacir serta dapat mengetahui
kapasiti syarikat Defendan Keenam dalam pembayaran Dividen.

Bayaran Yang Dibuat Dikatakan Sebagai Dividen?


14. P1 juga berhujah bahawa berdasarkan kepada kefahaman P1, dividen syarikat hanya boleh
dibayar kepada pemegang saham SELEPAS syarikat tersebut menjelaskan cukai kepada
Lembaga Hasil Dalam Negara (“LHDN”). Dividen hanya boleh dibayar selepas Cukai kepada
LHDN dibayar. Setelah meneliti berkali-kali dokumen-dokumen yang dilampirkan dalam
Afidavit Defendan-Defendan tersebut, timbulnya persoalan adakah kesemua bayaran yang
kononnya dikatakan sebagai “dividen” tersebut telah diagihkan selepas dibayar Cukai ataupun
tidak? Tidak diperjelaskan dalam Afidavit Defendan-Defendan tersebut. Macam mana Penyata
Akaun syarikat YAP HAI POH & SONS SDN BERHAD mencatitkan/merekodkan semua ini?

15. P1 sesungguhnya percaya bahawa, Yap Liong Boon SENGAJA mencampur adukkan bayaran-
bayaran pendapatan yang diterima di bawah “YAP HAI POH & SONS SDN BERHAD” dan di
bawah Harta Pusaka YAP HAU CHU @ YAP HAI POH, Si Mati dan juga syarikat-syarikat lain
keluarga YAP (seperti syarikat Sam Shan). Exhibit-exhibit Defendan-Defendan tersebut jelas
menunjukkan pengakuan dan kekeliruan Defendan-Defendan sendiri. Oleh demikian,
pelantikan seorang juruaudit yang bertauliah adalah perlu bagi menyediakan, mengemaskini
rekod-rekod operasi, perakaunan dan kedudukan kewangan dan kunci kira-kira dengan betul
dan tepat bagi Defendan Keenam dari tahun 2008 sehingga tahun terkini. Defendan Pertama
hingga Defendan Kelima (sebagai Pengarah-Pengarah) bagi pihak syarikat Defendan Keenam
mesti dengan telus SERAHKAN SEMUA dokumen rekod bayaran/pendapatan kepada
juruaudit untuk diaudit semak.
6

C. AUTORITI KES PLAINTIF-PLAINTIF

16. Plaintif-Plaintif memohon untuk merujuk kepada kes KHOR LYE HOCK & ANOR V.
MAKASSAR ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHD & ORS [2011] 8 CLJ 476
telah memutuskan berkenaan dengan “principle of oppression qua shareholder or member”
sebagaimana berikut:

“[10] It is a principle of the law relating to the grant of relief under s. 181 that
mismanagement in itself is not actionable. Disputes relating to policy or management
do not entitle a member to relief under the section. More significantly the oppression
in question must affect the petitioning member qua member. The acts complained of
must affect the member in his capacity as a member…”

17. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa dalam Syarikat Defendan Keenam (“D6”) iaitu syarikat di
mana Plaintif Pertama (“P1”) adalah Pemegang Saham minoriti yang berjumlah 4,000 unit
saham dan Plaintif Ke-2 (“P2”) adalah Pengarah semenjak 07/02/1996 dan Pemegang Saham
minoriti yang berjumlah 4,000 unit saham. Pada kesemua masa material, hal-ehwal syarikat
Defendan Keenam dikendalikan oleh Defendan-Defendan sahaja. Defendan-Defendan bermula
dari tahun 2008 hingga tahun terkini iaitu selama 13 tahun gagal mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan dan juga gagal mengemaskini dan/atau memfailkan Penyata Kewangan
Tahunan dan Penyata Kewangan beraudit Defendan Keenam di SSM selama 13 tahun. Akibat
ketiadaan Mesyuarat Agung Tahunan, Plaintif-Plaintif tidak mengetahui keadaan sebenar
dan/atau kedudukan kewangan syarikat Defendan Keenam selama 13 tahun ini.
AkibatnyaAkhirnya, Hak P1 untuk menjadi Pengarah terjejas atas alasam kegagalan Defendan-
Defendan memfailkan/mengemaskinikan Penyata Kewangan Tahunan dan Penyata Kewangan
Beraudit di SSM.

18. Selanjutnya, Plaintif-Plaintif memohon untuk merujuk kepada kes NG SIM KIM V. FUNDAQ
F & B SDN BHD & ANOR [2021] 1 LNS 1991 telah menyatakan seperti berikut:

“in Re Gee Hoe Chan Trading Co Pte Ltd [1991] 2 SLR(R) 114, Chao Hick Tin J, held,
“35 Does the fact that no dividends had been declared by the company in respect of
consecutive years 1984 to 1988 constitute “oppression’’ or”disregard” within the
meaning ofs 216(1)(a) of the Act? in appropriate circumstances I am of the view that
non- payment of dividends could amount to “oppression” or “disregard In the
circumstances of the present case I would say yes. It will be recalled that the last
dividends were declared in 1984 in respect of the year 1983. Only after the present
proceedings had commenced did the company declare dividends in 1990 in respect of
the year 1989 and that was also the year the company made a loss.

38 What I saw in this case was that for five years from 1984 to 1988 (and many years
before that) the respondents had lined their pockets with the profits of the company in
7

the form of either salaries and bonuses (for four of the five respondents) and/or
directors1 fees. Up to the AGM of 1988, Mdm Tan Ah Huan (fourth petitioner) was the
only petitioner who obtained any benefits from the company by way of directors’ fees.
The benefits which the respondents had obtained from the company were out of all
proportion to the benefits which the petitioners had gained. In fact, at the time of the
filing of this petition, the petitioners were getting nothing at all either in terms of
directors’ fees or dividends. In my judgment the respondents had acted in the affairs of
the company in their own interest rather than in the interest of the members as a whole,
if this was not “oppression’’ or “in disregard” of the interest of the petitioners, I did not
know what was.”

18. Autoriti di atas adalah ilustrasi yang baik dan jelas menunjukkan bahawa kegagalan
pembayaran dividen adalah salah satu perbuatan penyalahgunaan kuasa oleh Pengarah-
Pengarah syarikat. Dalam kes ini, D1 merupakan pemegang saham majoriti cuba
menyalahgunakan kuasa dengan mencampuradukkan bayaran-bayaran yang diterima daripada
pelbagai sumber (rujuk perenggan 4 Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif). Plaintif-Plaintif
berhujah bahawa D1 hingga D5 selama 13 tahun tidak mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan. Sekiranya mesyuarat tersebut diadakan, pemegang-pemegang saham ahli-ahli
syarikat yang lain termasuk P1 dan P2 dapat menanyakan sumber dan punca bayaran syarikat
Defendan Keenam.

19. Oleh demikian, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa kes Plaintif-Plaintif merupakan kes yang
patut diperbetulkan di bawah seksyen 346 seperti Saman Pemula yang difailkan oleh Plaintif-
Plaintif ini.

20. Plaintif-Plaintif merujuk kepada kes SOO KER SIK v KUPANG INDAH DEVELOPMENT
SDN BHD & Ors[2020] 1 LNS 1652 yang menyatakan seperti berikut:

“The right of a director to inspect the companies' accounts and other


document and to have them inspected by an auditor on his behalf under sub-
sections 167(3) & (6) Companies Act 1965,which is pari materia with sub-
sections 245(4) & (8) CA, was expounded by the Court of Appeal in Tan Kim
Hor & Ors v. Tan Chong Consolidated Sdn Bhd [2008] 1 LNS 741; [2009] 2
MLJ 527:

"[16] The relevant established principles have been succinctly stated by the
Singapore Court of Appeal in Wuu Khek Chiang George, supra. There, the
appellant, a director of the respondent, took out an application under s. 199 of the
Singapore Companies Act (equipollent to our s. 167 ) for an order requiring the
respondent to inspect its accounting and financial records. The High Court judge
dismissed the application. After reviewing a long line of authorities, the Court of
Appeal allowed the appellant's appeal and held, inter alia, that:-

(1) The right of a director of a company to inspect its accounting and other
records is a right existing at common law and is recognized in s. 199 of the
Companies Act. Such right is a concomitant of the fiduciary duties of good faith,
care, skill and diligence which the director owes to the company, and as such,
like other rights and powers, must be exercised for the benefit of the company.
The obligation of the company to allow inspection by its director is mandatory.
8

(2) This right has been described as being "absolute". A director is prima facie
entitled to inspection and is not required to demonstrate any particular ground
or 'need to know' as a basis: Molomby, supra. So long as the right is exercised
for the proper performance of the director's duties to the company and not with
a view to causing any detriment to the company, it is in that sense 'absolute': see
eg, Dato Aw Kow v. Haw Par Bros (Pte) Ltd [1972] 1 LNS 25; [1972-1974]
SLR 391; [1972] 2 MLJ 225 (HG), Haw Par Brothers v. Dato Aw Kow [1973] 1
LNS 44; [1972-1974] SLR 183; [1973] 2 MLJ 169 (CA); Leong Sun Wing v.
Wah Hup Engineering Works Sdn. Bhd (No 2) [1977] CSLR VII [1003];
Molomby, supra; Welch & Anor v. Britannia Industries Pte Ltd [1993] 1 SLR
673; Edman v. Ross [1922] 22 SR (NSW) 351; and Conway & Ors v. Petronius
Clothing Co Ltd & Ors [1978] 1 All ER 185; [1978] 1 WLR 72.

(3) There is no residual discretion in the Court to refuse inspection. Where the
Court bars a director from exercising his right of inspection, it is not in fact
exercising a residual discretion, but is in such an event satisfied on the basis of
the evidence before it that the director's intention is to use the information
obtained for ulterior purposes such as with a view to causing detriment to the
company and that the director is thus abusing the confidence reposed in him;
Berlei Hestia (NZ) Ltd v. Fernyhough [1980] 2 NZLR 150 per Mahon J.

(4) The right of a director to inspect the books and records of the company flows
from his office as a director and enables him to perform his duties as a director.
The corollary of this is that the right will be lost where it is exercised not to
advance the interests of the company but some other ulterior purpose to injure
the company: Edman v. Ross, supra, Molomby, supra; Deluge Holdings Pty Ltd
& Anor v. Bowlay & Ors [1991] 9 ACLC 1,486; Welch & Anor, supra; Re
Geneva Finance Ltd (Receiver and Manager Appointed) [1992] 10 ACLC 668;
and Paul Nicholson lwn. Faber Medi-Serve Sdn Bhd dan lain-lain [2002] 5 CLJ
383; [2002] 1 MLJ 355 HG.

[28] In our view, s. 167(6) is intended to facilitate and liberalize, and is not
meant to impede, the right of inspection. Indeed, almost unbridled powers are
conferred upon the Court to give effect to the directors' right of inspection.
Clearly, it is within the powers of the Court to allow the plaintiffs to furnish a
fresh undertaking by the auditor in terms as required by the Court, by
addressing it to the Court and by deleting therefrom the words relating to the
appointed servants/agents. This is especially so after the learned judge had
arrived at a specific decision that the defendant had, in the first instance, failed
to discharge its burden to show that the plaintiffs' inspection would result in any
detriment to the interests of the defendant. That is a reaffirmation that the right
of inspection by the plaintiffs as directors of the defendants pursuant to s.
167(6) is "absolute"."

21. Setelah meneliti autoriti di atas, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa P2 masih merupakan
Pengarah Syarikat Defendan Keenam. Tetapi , pada kesemua masa material D1 hingga D5
(sebagai pengarah-pengarah) bagi pihak syarikat Defendan Keenam tidak pernah menyerahkan
Penyata Kewangan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit Defendan Keenam kepada
Plaintif-Plaintif bagi tujuan memeriksa kedudukan kewangan syarikat Defendan Keenam.
Sebelum Plaintif-Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan, Plaintif -
Plaintif telah melalui peguamcaranya T C Chong & Rakan Rakan telah menghantar surat-surat
dan emel-emel peringatan termasuk emel peringatan oleh setiausaha syarikat kepada Defendan-
9

Defendan untuk menyerahkan Penyata Kewangan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit
Defendan Keenam kepada Plaintif-Plaintif (Rujuk Exhibit-Exhibit YLH-6, YLH-7 dan YLH-9
dan YLH-10). Defendan-Defendan tidak pernah tidak pernah menjawab permintaan Plaintif-
Plaintif. Oleh demikian, Plaintif-Plaintif memfailkan Saman Pemula tersebut untuk pohon
kepada Mahkamah bagi tujuan semakan, penelitian dan pemeriksaan ke atas rekod-rekod
perakaunan, rekod-rekod yang menjelaskan transaksi dan operasi syarikat Defendan Keenam,
kedudukan kewangan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira dengan betul dan tepat bagi
syarikat Defendan Keenam dari tahun 2008 sehingga tahun terkini.

D. KESIMPULAN

22. Akhir kata, Plaintif-Plaintif juga mengatakan bahawa kegagalan Defendan-Defendan


mengemukakan akaun-akaun audit akan dikenakan penalti sebagaimana diperuntukan dalam
Akta Syarikat 2016 dan berkemungkinan besar akan menerima hukuman/penalti daripada
LHDN.

23. Plaintif-Plaintif memfailkan permohonan Saman Pemula ini adalah atas niat baik dan demi
untuk menyelamatkkan serta menyusun atur (regularize) pengurusan akaun syarikat Defendan
Keenam yang telah lama menjadi kucar-kacir.

24. Berdasarkan hujahan dan alasan-alasan tersebut, Plaintif-Plaintif dengan rendah diri memohon
supaya perintah-perintah sepertimana dipohon dapat diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini.

Bertarikh

______________________
10

Peguamcara bagi pihak


Plaintif-Plaintif

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF-PLAINTIF ini diambil dan difailkan oleh T.C. CHONG &
RAKAN RAKAN, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di No. 23-2, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur – Tel : 03-21418268 & Faks : 03-21458268 & e-mail : tccrr99@gmail.com [Ruj
Kami : C/1081/21/JP/MALAR]

You might also like