You are on page 1of 2

AKTIVITI ICE BREAKING

NAMA: MEGAT MUHAMMAD IKHWAN BIN MEGAT ZAINAL ABIDIN

NO PELAJAR: P133138

Arahan: Anda diminta memperkenalkan diri anda berdasarkan dua soalan berikut:

1. SIAPA ANDA (latar belakang keluarga, Pendidikan, kerjaya)

Nama saya Megat Muhammad Ikhwan bin Megat Zainal Abidin dan saya berumur 23 tahun. Saya
berasal dari Langkawi, Kedah Darul Aman. Saya merupakan anak kedua dari lima orang adik
beradik dan merupakan abang sulung. Saya memulakan pendidikan saya di Sekolah Kebangsaan
Ulu Melaka (SKUM) (2007-2012) dan selepas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), saya
menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) (2013-2017).
Selepas tamat alam persekolahan, saya melanjutkan pengajian bagi Diploma Pentadbiran Awam
(2018-2021) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Awam (2021-2023) di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Merbok Kedah. Sekarang saya bekerja sebagai seorang educator di
Underwater World Langkawi.

2. MENGAPA MEMILIH BIDANG PENDIDIKAN (DPLI)

Arwah cikgu Sobri bin Othman merupakan faktor utama kenapa saya mahu menjadi seorang guru.
Arwah merupakan cikgu sejarah saya semasa di SMKAY dan saya amat meminati dengan cara
pengajaran beliau yang mampu menarik minat saya kepada subjek Sejarah. Jadi selepas tamat
zaman persekolahan saya cuba untuk masuk ke dalam Institut Perguruan Guru (IPG) tetapi tidak
mempunyai rezeki. Dan setelah banyak survey yang dibuat sebelum ini kerajaan ada program
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi program tersebut juga telah diberhentikan. Ketika
di universiti juga saya banyak berkongsi ilmu dan maklumat bersama rakan-rakan bahkan menjadi
tutor untuk subjek-subjek yang dipelajari. Jadi saya rujuk kepada guru saya dan mereka
mencadangkan saya untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI) supaya saya mempunyai ikhtisas dalam pendidikan untuk melayakkan saya menjadi
seorang guru. Ya tidak dinafikan bukan mudah untuk menjadi seorang guru kerana perlu melalui
tapisan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tetapi saya yakin d engan
perancangan Allah dan sentiasa berdoa dan memohon kepadaNYA supaya cita-cita dan impian
saya tercapai. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua aminn!

*tugasan ini perlu hantar pada 3 September 2023 sebelum jam 12.30 tengahari. Hantar dalam
googledrive

You might also like