You are on page 1of 2

AKTIVITI ICE BREAKING

NAMA: MEGAT MUHAMMAD IKHWAN BIN MEGAT ZAINAL ABIDIN

NO PELAJAR: P133138

Arahan: Anda diminta memperkenalkan diri anda berdasarkan dua soalan berikut:

1. SIAPA ANDA (latar belakang keluarga, Pendidikan, kerjaya)

Nama saya Megat Muhammad Ikhwan bin Megat Zainal Abidin dan saya berumur 23 tahun.
Saya berasal dari Langkawi, Kedah Darul Aman. Saya merupakan anak kedua dari lima orang adik
beradik dan merupakan abang sulung. Saya memulakan pendidikan saya di Sekolah Kebangsaan
Ulu Melaka (SKUM) (2007-2012) dan selepas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), saya
menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) (2013-2017).
Selepas tamat alam persekolahan, saya melanjutkan pengajian bagi Diploma Pentadbiran Awam
(2018-2021) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Awam (2021-2023) di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Merbok Kedah. Sekarang saya bekerja sebagai seorang educator di
Underwater World Langkawi.

2. MENGAPA MEMILIH BIDANG PENDIDIKAN (DPLI)

Arwah cikgu Sobri bin Othman merupakan faktor utama kenapa saya mahu menjadi seorang
guru. Arwah merupakan cikgu sejarah saya semasa di SMKAY dan saya amat meminati dengan
cara pengajaran beliau yang mampu menarik minat saya kepada subjek Sejarah. Jadi selepas
tamat zaman persekolahan saya cuba untuk masuk ke dalam Institut Perguruan Guru (IPG)
tetapi tidak mempunyai rezeki. Dan setelah banyak survey yang dibuat sebelum ini kerajaan ada
program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi program tersebut juga telah
diberhentikan. Ketika di universiti juga saya banyak berkongsi ilmu dan maklumat bersama
rakan-rakan bahkan menjadi tutor untuk subjek-subjek yang dipelajari. Jadi saya rujuk kepada
guru saya dan mereka mencadangkan saya untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) supaya saya mempunyai ikhtisas dalam pendidikan untuk
melayakkan saya menjadi seorang guru. Ya tidak dinafikan bukan mudah untuk menjadi seorang
guru kerana perlu melalui tapisan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tetapi
saya yakin dengan perancangan Allah dan sentiasa berdoa dan memohon kepadaNYA supaya
cita-cita dan impian saya tercapai. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua aminn!

*tugasan ini perlu hantar pada 3 September 2023 sebelum jam 12.30 tengahari. Hantar dalam
googledrive

You might also like