You are on page 1of 3

TEKS MAJLIS PERPISAHAN

UCAPAN Harum cempaka di sisi bidara,


PEMBUKA Indah redup dihias Melati,
Salam sembah pembuka bicara,
Sulamkan mesra satukan hati,

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Yang berusaha En. xxxxxxxxxxxxxx, Guru besar Sekolah Kebangsaan


xxxxxxxxxxxx. Yang dihormati, En. Xxxxxxxxxxxxxx, Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan xxxxxxxxxx, Penolong Kanan Hem, En.
xxxxxxxxxxxxx, Yang diraikan Ustazah xxxxxxxxxxxxxxrakan-rakan guru
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

****************************

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, pada hari yang tenang dan ceria ini, kita
dapat bersama-sama dalam majlis ringkas sempena perpisahan dan
perpindahan Ustzah xxxxxxxxxxxxxx ke sekolah baharu.

UCAPAN GURU Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput En. xxxxxxxxxxxx, Guru
BESAR Besar Sekolah Kebangsaan xxxxxxxxxxxxxx untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jasamu dikenang
PERSEMBAHAN Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
MULTIMEDIA Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti


Ustazah xxxxxxxxx, sepanjang 10 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini.
Tiada kata yang dapat mengungkapkan kesungguhan beliau dalam menabur
bakti di sekolah ini.

Tanpa melengahkan masa, mari kita saksinya persembahan multimedia


yang telah disediakan.

UCAPAN Setiap pertemuan pasti ada perpisahan


USTAZAH Itulah lumrah kehidupan
xxxxxxxxxx Walaupun sukar ditelan, namun kaki tetap mengorak langkah selagi hayat
dikandung badan.

Burung kedidi di tepi perigi


Anak puyuh ditangkap musang
Jasa tuan tidak terperi
Budi baik tetap dikenang

Seterusnya tibalah waktu yang kita nantikan iaitu ucapan yang diraikan
Ustazah xxxxxxxxxxxxxx. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***************

Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustazah xxxxxxxx atas ucapan itu tadi. Semoga beliau dapat berkhidmat
dengan cemerlang di sekolah baharu nanti.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Bunga melur bunga kemboja


Cantik sungguh dalam jambangan
Hari ini kita bersua
Esok lusa dilupa jangan

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati


HADIAH oleh pihak sekolah dan murid-murid kepada Ustazah Bashirah.

Dijemput Ustazah xxxxxxxxxx, diiringi oleh Pn. xxxxxxxxxxxxxxxx,


Penolong Kanan Hem, untuk menerima sedikit cenderahati daripada guru-
guru dan murid-murid.

Dipersilakan wakil panitia___________________________________

Seterusnya, dipersilakan wakil murid untuk memberi cenderahati kepada


tuan guru besar.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik xxxxxi atas


kesudian menerima cenderamata daripada warga sekolah dan murid-murid.
PENUTUP Berucap sudah , beri hadiah pun sudah
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian kita telah pun sampai ke hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin


memohon maaf andai tersilap kata tersalah bahasa sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bertemu Kembali

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekian sahaja salam
hormat wabillah hi taufik walhidayah assalammualaikum
warahmatullahiwabarakatuh

You might also like