You are on page 1of 10

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU
EKONOMI
PENILAIAN BERTERUSAN ESEI

Nama Pelajar AINA SABRINA BINTI SUKRI

Praktikum A1TO1B

Nama Pensyarah PUAN NORIHA BINTI MOHD RAIS


PENILAIAN BERTERUSAN PENULISAN ESEI

1.0) PENGENALAN

SOALAN A :

1.1) CONTOH BARANG YANG DIPILIH

Barang Adidas

1.2) DEFINISI PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Permintaan ialah jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu
dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

Penawaran ialah jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan
oleh pengeluar pada sesuatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

1.3) KONSEP KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran ialah keadaan di mana jumlah kuantiti barang yang ditawarkan
oleh penjual pada harga tertentu sama dengan jumlah kuantiti barang yang diminta
oleh pembeli pada harga tersebut, iaitu Qd = Qs.

Pada tingkat keseimbangan pasaran, lebihan permintaan atau lebihan penawaran tidak
wujud dan harga dan kuantiti keseimbangan tidak berkecenderungan untuk berubah.

Lebihan permintaan ialah keadaan di mana jumlah kuantiti barang yang diminta
melebihi jumlah kuantiti barang yang ditawarkan apabila harga lebih rendah daripada
harga keseimbangan pasaran.

Lebihan penawaran ialah keadaan di mana jumlah kuantiti barang yang ditawarkan
melebihi jumlah kuantiti barang yang diminta apabaila harga lebih tinggi daripada
harga keseimbangan pasaran.
2.0 PENENTUAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.1) JADUAL PERMINTAAN DAN PENAWARAN YANG DIPILIH

HARGA (P) KUANTITI DIMINTA, KUANTITI DITAWAR, KEADAAN


Qd (UNIT) Qs (UNIT) PASARAN
Lebihan
11 1580 1420 Permintaan
(Qd>Qs)
Lebihan
13 1540 1460 Permintaan
(Qd>Qs)
Keseimbangan
15 1500 1500 Pasaran
(Qd=Qs)
Lebihan
17 1460 1540 Penawaran
(Qs>Qd)
Lebihan
19 1420 1580 Penawaran
(Qs>Qd)
Jadual 2.6

Merujuk kepada Jadual 2.6, keseimbangan pasaran tercapai pada harga RM15 di mana
kauntiti diminta (1500 unit) adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada harga
tersebut.

Lebihan permintaan berlaku pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan.
Misalnya, pada harga RM13, kuantiti yang diminta (1540 unit) melebihi kuantiti yang
ditawarkan (1460 unit). Lebihan permintaan adalah sebanyak 1540-1460= 80 unit.

Lebihan permintaan menyebabkan persaingan antara pembeli untuk membeli barang tersebut.
Harga pasaran cenderung meningkat. Kenaikan harga memberi dorongan kepada pengeluar
untuk menambahkan kauntiti ditawarkan, manakala kuantiti yang diminta akan semakin
berkurang. Keadaan ini berlaku secara serentak dan berterusan sehingga pasaran mencapai
keseimbangan pada harga RM15 di mana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.
Lebihan penawaran berlaku pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan.
Misalnya, pada harga RM17, kuantiti yang ditawarkan (1540 unit) melebihi kuantiti yang
diminta (1460 unit). Lebihan penawaran ialah 1540 – 1460 = 80 unit.

Lebihan penawaran menyebabkan pengeluar menurunkan harga untuk melariskan stok.


Penurunan harga mendorong pembeli untuk menambahkan pembelian, manakala pengeluar
akan mengurangkan kuantiti yang ditawarkan. Keadaan ini berlaku secara serentak dan
berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan pada harga RM15 di mana kuantiti
diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.

3.0 RUMUS PENDEKATAN ALGEBRA

1. Diberi fungsi permintaan dan fungsi penawaran adalah seperti yang berikut:

Qd = a-bp dan Qs = a+bp


Qd = 1800 – 20p dan Qs = 1200 + 20p

2. Pada keseimbangan pasaran

Qd = Qs
1800 – 20p = 1200 + 20p
1800 – 1200 = 20p + 20p
600 = 40p
15 = p Harga Keseimbangan
Pada p = RM15
Qd = 1800 – 20(15)
= 1500 unit Kuantiti Keseimbangan
3. Jika harga lebih rendah daripada harga keseimbangan, misalnya RM13

Qd = 1800 – 20(13)
= 1800 – 260
= 1540 unit

Qs = 1200 + 20(13)
= 1200 + 260
= 1460 unit

Kesimpulannya: Qd lebih banyak dari Qs, lebihan permintaan 1540 – 1460 = 80 unit. Harga
cenderung naik.

4. Jika harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan misalnya, RM19

Qd = 1800 – 20(19)
= 1800 – 260
= 1420 unit

Qs = 1200 + 20(19)
= 1200 + 260
= 1580 unit

Kesimpulannya: Qd kurang dari Qs, lebihan penarawan 1580 – 1420 = 160 unit.Harga
cenderung turun.
4.0 RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN

i. Keseimbangan tercapai pada titik E di mana Qd = Qs pada harga RM15 dan kuantiti =
1500 unit.
ii. Pada RM13, Qd > Qs, lebihan permintaan 1540 – 1460 = 80 unit. Harga cenderung
naik manakala Qd meningkat dan Qs menurun sepanjang keluk DD dan SS secara
serentak sehingga Qd = Qs.
iii. Pada RM17, Qs > Qd, lebihan penawaran 1540 – 1460 = 80 unit. Harga cenderung
turun manakala Qd meningkat dan Qs menurun sepanjang keluk DD dan SS serentak
sehingga Qd = Qs.
5.0 KESAN SUBSIDI TERHADAP KESEIMBANGAN PASARAN

SOALAN B :

5.1) TAKRIF SUBSIDI

1. bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada
sesuatu pihak tertentu.

5.2) TAKRIFAN KESAN SUBSIDI TERHADAP KESEIMBANGAN PASARAN

2. Pemberian subsidi kepada pengeluar membantu pengeluar untuk mengurangkan kos


pengeluaran seperti yang digambarkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan.

6.0 FUNGSI PENAWARAN SELEPAS SUBSIDI

1. Peningkatan kuantiti ditawarkan sebanyak 200 unit hasil daripada pemberian subsidi.

Qs1 = 1200 + 20p + 200


Qd = 1800 – 20p

Qd = Qs1
1800 – 20p = 1400 + 20p
1800 – 1400 = 20p + 20p
400 = 40p
10 = p

Qs1 = 1400 + 20(10) Qd = 1800 – 20(10)


= 1600 unit = 1600 unit

Harga keseimbangan baru ialah RM10 dan kuantiti keseimbangan baru ialah 1600
unit.
2. Keluk keseimbangan pasaran baharu

HARGA (P) KUANTITI DIMINTA, KUANTITI DITAWAR, KEADAAN


Qd (UNIT) Qs (UNIT) PASARAN
Lebihan
6 1680 1520 Permintaan
(Qd>Qs)
Lebihan
1560
8 1640 Permintaan
(Qd>Qs)
Keseimbangan
10 1600 1600 Pasaran baharu
(Qd=Qs1)
Lebihan
12 1560 1640 Penawaran
(Qs>Qd)
Lebihan
14 1520 1680 Penawaran
(Qs>Qd)
Jadual 2.6.1

Merujuk kepada Jadual 2.6, keseimbangan pasaran tercapai pada harga RM10 di mana
kauntiti diminta (1600 unit) adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada harga
tersebut.

Lebihan permintaan berlaku pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan.
Misalnya, pada harga RM8, kuantiti yang diminta (1640 unit) melebihi kuantiti yang
ditawarkan (1560 unit). Lebiha permintaan adalah sebanyak 1640-1560= 80 unit.

Lebihan permintaan menyebabkan persaingan antara pembeli untuk membeli barang tersebut.
Harga pasaran cenderung meningkat. Kenaikan harga memberi dorongan kepada pengeluar
untuk menambahkan kauntiti ditawarkan, manakala kuantiti yang diminta akan semakin
berkurang. Keadaan ini berlaku secara serentak dan berterusan sehingga pasaran mencapai
keseimbangan pada harga RM10 di mana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.
Lebihan penawaran berlaku pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan.
Misalnya, pada harga RM12, kuantiti yang ditawarkan (1640 unit) melebihi kuantiti yang
diminta (1560 unit). Lebihan penawaran ialah 1640 – 1540 = 80 unit.

Lebihan penawaran menyebabkan pengeluar menurunkan harga untuk melariskan stok.


Penurunan harga mendorong pembeli untuk menambahkan pembelian, manakala pengeluar
akan mengurangkan kuantiti yang ditawarkan. Keadaan ini berlaku secara serentak dan
berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan pada harga RM10 di mana kuantiti
diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.

6.0 RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN BAHARU

Keseimbangan asal berlaku di mana keluk DD bersilang dengan Keluk S0S0 pada titik E0
dengan harga 15 dan kuantiti 1500 unit. Keluk penawaran beralih ke S1S1 iaitu ke kanan
apabila penawaran bertambah. Pada harga RM15, lebihan penawaran sebanyak Q2Q0
berlaku, harga cenderung turun. Keseimbangan baharu tercapai pada titik E1 di mana kuantiti
diminta sama dengan kuantiti ditawarkan. Harga turun dari RM15 ke RM10 dan kuantiti
bertambah dari 1500 unit ke 1600 unit.
7.0 HUBUNGAN ANTARA BARANG BERDASARKAN NILAI KEANJALAN
PERMINTAAN SILANG

SOALAN C :

7.1 Takrifan keanjalan permintaan silang

Ukuran darjah tindakbalas perubahan kuantiti yang diminta apabila harga barang lain
berubah, ceteris paribus.

7.2 Barang lain:

1. Barang pengganti
Barang pengganti ialah barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain, misalnya
milo dan vico. Nilai keanjalan permintaan silang yang positif menunjukkan sesuatu
barang ialah barang pengganti kepada barang lain.

Apabila harga barang Milo meningkat, kuaniti diminta barang vico menurun.
Apabila harga barang Milo menurun, kuantiti diminta barang vico meningkat.

2. Barang penggenap
Barang penggenap ialah barang yang digunakan bersama-sama dengan barang yang
lain, ,misalnya, sampul surat dan setem. Nilai keanjalan permintaan yang negatif
menunjukkan sesuatu barang ialah barang penggenap kepada barang yang lain.

Apabila harga sampul surat meningkat, kuantiti diminta setem menurun.


Apabila harga sampul surat menurun, kuantiti diminta setem meningkat.

You might also like