You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/269223652

Penyalahgunaan Dadah: Cabaran Malaysia Dalam Mencapai Wawasan 2020

Conference Paper · September 2014

CITATIONS READS
0 36,627

4 authors:

Norayu Basir Hassad Hassan


Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
18 PUBLICATIONS 19 CITATIONS 11 PUBLICATIONS 4 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Adila Ismail Salimah Alias


Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
25 PUBLICATIONS 40 CITATIONS 20 PUBLICATIONS 44 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Norayu Basir on 08 December 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Penyalahgunaan Dadah: Cabaran Malaysia Dalam Mencapai Wawasan 2020

Siti Norayu Mohd Basir1a


Hassad Hassan2b
Adila Ismail3c
Nur Hudi’in Danu4d
Nur Salimah Alias5e

Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Tekno Komunikasi12345

norayu@unimap.edu.my1a, hassad@unimap.edu.my2b, adila@unimap.edu.my3c,


nurhudiin@unimap.edu.my4d, salimah@unimap.edu.my5e

Abstrak

Penyalahgunaan dadah merupakan antara isu utama yang sering diperdebatkan oleh masyarakat
Malaysia. Penyalahgunaan dadah tidak mengira warna kulit, mahupun agama yang dianuti.
Penyalahgunaan dadah bukanlah satu isu baru dan pada dasarnya negara kita tidak terlepas dari
masalah yang membelenggu hampir kesemua negara di dunia ini. Penyalahgunaan dadah
memberi kesan buruk dari segi psikologi penagih dan masyarakat sekeliling , ekonomi malah
keselamatan masyarakat yang berbilang bangsa. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga memberi
kesan kepada usaha pembangunan negara seterusnya mencapai status negara maju yang
digariskan oleh Tun Mahathir Mohamed dibawah Dasar Wawasan 2020.

Dalam cabaran mencapai Wawasan 2020, telah dinyatakan bahawa dalam mengejar
status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia harus berusaha memajukan ekonomi dan
politik serta memastikan etika, moral dan akhlak masyarakat terjaga. Selain menekankan faktor
kestabilan ekonomi dan politik, Wawasan 2020 turut menekankan kepentingan etika dan moral
dalam menyumbang kepada kelangsuangan kemajuan sesebuah negara. Penyalahgunaan dadah
merupakan salah satu penyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dan sosial masyarakat
Malaysia. Ketidakstabilan emosi yang dialami oleh penagih akan pasti menyumbang kepada
masalah lebih besar seperti kecenderungan kepada keganasan,tidak produktif sekaligus
merugikan negara dari aspek guna tenaga.Menangani dan memerangi penyalahgunaan dadah
akan menjadikan salah satu cabaran besar kepada Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan
2020 sekaligus mencapai ststaus negara maju menjelang tahun 2020.

Kata kunci:penyalahgunaan dadah, keruntuhan moral dan etika, pembangunan negara,


Wawasan 2020

Pengenalan

Malaysia Menuju Negara Maju : Cabaran Merealisasikan Wawasan 2020

Malaysia pada lazimnya merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya. Sejak mengecap kemerdekaan 57 tahun yang lepas,
Malaysia umumnya dikenali di peringkat dunia sebagai sebuah negara unik yang aman damai
dan sejahtera. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menukar status dari negara
membangun kepada status negara maju. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr
Mahathir Mohamed merupakan satu dasar digunakan sebagai landasan mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 bukanlah merupakan garis panduan bagaimana
mencapai dan menangani cabaran dalam memperkembangan ekonomi, sosial dan politik di
peringkat nasional dan antarabangsa. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis
panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah
bagi perjalanan masa depan negara.

Walaupun Malaysia tidak terlibat dengan peperangan dan konflik bersenjata ,namun
Malaysia seperti negara dunia yang lain berperang dengan isu penyalahgunaan dadah baik
diperingkat dalaman dan antarabangsa. Isu penyalahgunaan dadah sudah bermula sejak awal
zaman kolonial Inggeris menjajah Tanah Melayu. Penyalahgunaan dadah menular dalam
kalangan buruh berbangsa Cina yang kebanyakannya menagih candu [1]Mohd Noorazam Abd
Razak, Fatin Aliana Mohd Radzi, Mohamad Azmi Adnan et.all , 1997). Penyalahgunaan dadah
adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Penggunaan
dadah yang berterusan mampu mendatangkan bahaya seperti menyebabkan keadaan mabuk,
khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja
menyebabkan kerosakan terhadap diri tetapi turut memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat
dan negara. Penyalahgunaan dadah baik dari segi penagihan, pengedaran dan penyalahgunaan
ubat-ubatan merupakan penyakit masyarakat yang amat sukar dibendung. Penyakit masyarakat
yang tidak mengira bangsa, agama dan umur ini merupakan penyakit serius yang akan boleh
menyebabkan wujudnya masalah sosial yang lain.

Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk
melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Pembabitan remaja dan belia
dalam penagihan dadah merupakan satu tamparan kepada Wawasan 2020 dalam menjadikan
Malaysia sebagai negara maju kerana generasi muda sekarang ialah tulang belakang pemimpin
hari esok.

Sejarah Penyalahgunaan Dadah Di Tanah Melayu

Penyalahgunaan dadah telah bermula sejak beribu tahun yang lalu. Namun begitu
masalah penyalahgunaan dadah terutamaanya penagihan candu di Asia terutamanya di negeara
China sejak abad ke-19. Kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu oleh dasar pemerintahan
Inggeris membawa ruang candu di bawa masuk bersama. Sejak dahulu penyalahgunaan dadah
terutamya penagihan candu membawa kesan yang tidak baik dalam perseitaran komuniti Tanah
Melayu. Di bawah pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu, penyalahgunaan candu dalam
kalangan buruh Cina adalah sangat tinggi. Mereka menggunakan candu sebagai salah satu terapi
dalam melupakan kesusahan yang dihadapi di tanah kelahiran mereka iaitu Tanah Besar China.
Manakala buruh India sanagt cenderung dalam menggunakan ganja sebagai pengganti candu.

Penagihan candu telah menyebabkan tenaga kerja tidak lagi produktif dan permintaan
yang tinggi menyebabkan kemasukan candu ke Tanah Melayu tidak terkawal.. Rentetan itu
,kerajaan Inggeris mengambil langkah mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun
1910. Pada ketika ini, penguatkuasaan keatas kawalan candu hanyalah bersifat ringan iaitu
mengeluarkan lessen bagi aktiviti penjualan candu. Namun begitu, selepas Perang Dunia Kedua,
kesan penagihan candu menyebabkan masalah social yang lebig serius dalam kalangan
masyarakat Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengharamkan penjualan dan
pengedaran candu. Pengharaman ini telah menybabkan berlakunya penyeludupan dan sekaligus
memaksa kerajaan pada waktu itu mewujudkan Akta Dadah 1952[2].
Sehingga kini Malaysia menganggap penyalahgunaan dadah merupakan isu masyarakat
yang terbesar sehingga penyalahgunaan dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara.
Rentetan itu, kerajaan pada setiap tahun mempertingkatkan usaha dalam membasmi gejala
penyalahgunaan dadah.

Menyedari perlunya gejala penagihan ini dibendung Dasar Dadah Negara telah
diwujudkan dengan tujuan membebaskan negara dari ancaman gejala dadah menjelang tahun
2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan
ketahanan nasional [3]. Di bawah Dasar Dadah Negara , ia menggariskan empat teras utama
dalam mewujudkan suasana Malaysia bebas dari anacaman dadah baik dari segi
penagihan,pengedaran dan penyeludupan bahan terlarang itu. Empat strategi yang dijalankan
adalah starategi dari segi penguatkuasaan undang-undang iaitu dengan cara menyekat
kemasukan dadah dari luar negara,menghapuskan pengedar, pembekal dan pengusaha makmal
dadah haram serta menangkap penagih dan melaksanakan pendakwaan ke atas pesalah-pesalah
dadah. Akta-akta yang berkaitan penguatkuasaan dadah adalah seperti Akta Dadah Merbahaya
1952, Akta Racun 1952, Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983, Akta Dadah
Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan
Harta) 1988 dan Akta Penggubalan Wang Haram 2001.

Selain itu, kerajaan juga mempergiatkan usaha pencegahan melalui kempen perang
saraf jangka panjang. Kempen dan publisiti secara meluas dibuat bagi memberi pengetahuna,
kesedrana dan pendidikan kepada masyarakat tentang bahaya dadah. Malahan kerajaan di bawah
Dasar Dadah Negara mengambil langkah lebih proaktif dalam memberi khidmat rawatan dan
pemulihan bagi memastikan tiada lagi penagih berulang. Strategi terakhir adalah dengan
menjalinkan kerjasama multilateral diperingkat antarabangsa dalam menyekat aktiviti
pengedaran dan penyeludupan dadah secara haram. Kawasan-kawasan yang di beri perhatian
adalah kawasan persempadanan negara Asia Tenggara seperti sempadan Thailand dan Indonesia.
Penyalahgunaan Dadah dan Kesan Terhadap Modal Insan di Malaysia

Pembangunan sesebuah negara sering kali dikaitkan dengan pengemblengan modal yang
betul dan terancang. Modal sesebuah negara bukan sahaja merujuk kepada kewangan dan
infrastuktur malah merujuk kepada manusia sebagai tenaga kerja yang akan merealisasikan
matlamat mencapai negara maju dan berjaya. Malaysia diduduki oleh 28.3 juta penduduk dengan
bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan
Malaysia 2010. 14.56 juta daripadanya adalah penduduk lelaki dan selebihnya adalah penduduk
wanita. Bancian yang dibuat menunjukkan kadar purata pertumbuhan tahunan ialah sebanyak 2
peratus untuk tempoh sepuluh tahun iaitu dari 2000 sehingga 2010 [4].

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…Pendidikan dan
latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan
dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang semakin meningkat.”

YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi - (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

Menyedari hakikat itu juga, negara-negara maju dan moden telah secara gigih memberi
penekanan kepada pembangunan modal insan. Jepun sejak dari zaman Meiji sehingga kini telah
berusaha keras memperkenalkan teknologi bagi mengindustrikan ekonomi. Dalam masa yang
sama, kerajaan telah meletakkan keutamaan dengan menyediakan tempat pendidikan dan latihan
dalam negara untuk setiap warganya. Untuk itu, kerajaan dan syarikat di Jepun bekerjasama erat
menyediakan latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja mereka. Ini kerana masalah berkaitan
sumber manusia mempunyai kaitan erat dengan institusi pendidikan dan latihan. Usaha-usaha
berterusan dan menyeluruh tersebut kini menjadi salah satu faktor penting kepada kemajuan
negara Jepun [5] .
Penyalahgunaan dadah amat memberi kesan kepada pemabangunan modal insan di
Malysia. Menerusi cabaran keempat di dalam Wawasan 2020 menyatakan bahawa Malaysia
perlu menerima hakikat bahawa dalam usaha menjadi negara maju negara harus bersedia untuk
mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan menunjukkan bahawa terdapat
penagih yang menagih dadah bermula pada usia yang cukup muda iaitu kuarang dari 13 tahun.
Jadual 1: Statistik Kes Penagihan Dadah Mengikut Umur Ketika Dikesan.

Sumber: Laporan Dadah Bulan Disember 2013 AADK[6]

Melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh agensi Anti Dadah Kebangsaan, sehingga
Disember 2013 telah memperlihatkan jumlah penagih tertinggi bermula pada umur dalam
lingkungan 19 hingga 39 tahun iaitu seramai 5342 orang. Mereka ini tergolong dalam
lingkungan remaja dan belia. Walaupun setiap tahun terdapat penurunan dari segi angka namun
jumlahnya masih lagi membimbangkan.
Carta 1: Perbandingan Kes Penagihan Dadah Mengikut Kategori Umur Tahun 2009-2013

Sumber: Laporan Dadah Bulan Disember 2013 AADK[7]

Statisistik yang dikeluarkan oleh AADK menunjukkan bahawa golongan yang cenderung
menjadi penagih adalah golongan remaja dan belia. Golongan ini juga merupakan golongan
yang mempunyai statistik tertinggi terlibat dengan masalah dadah. Menyedari bahawa mereka
ini merupakan modal insan dan aset kepada masa depan negara, kerajaan melalui pihak berkuasa
yang berwajib memberi penekanan serius dalam usaha membasmi mahupun memberi rawatan
penagihan dadah kepada golongan ini. Kesedaran ini juga timbul kerana menyedari bahawa
golongan remaja dan belia merupakan populasi terbesar di Malaysia.

Pada lingkungan usia ini, golongan ini merupakan modal insan terpenting kerana
disifatkan bertenaga, berdaya saing dan mempunyai nilai produktivi yang tinggi. Malahan
golongan belia merupakan pelapis generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang.
Namun begitu, penagihan dadah boleh menyebabkan kemerosotan kepada kesihatan seterusnya
menyebabkan produltiviti mereka terjejas. Kesihatan merupakan aspek penting dalam menjamin
mutu (kualiti) fizikal, psikologikal dan sosial yang membolehkan manusia menguruskan diri
sendiri dan juga orang lain dengan sepatutnya dalam pelbagai situasi [8]. Tahap kesihatan akan
memberi kesan kepada pengurusan diri, pengurusan masalah,pembuatan keputusan dan kualiti
serta produktiviti tenaga. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan mempunyai impak yang sangat
besar terhadap kebahagiaan hidup dan kemahiran kerja yang secara langsung memberi kesan
terhadap produktiviti kerja seseorang [9]. Jika masalah ini tidak ditangani segera, dikhuatiri pada
masa akan datang negara ini tidak dapat maju ke hadapan seiring dengan perkembangan era
globalisasi.

Kesimpulan

Setelah keluar dari kepompong negara mundur seterusnya beralih ke status negara
membangun, Malaysia mengorak langkah menuju status negara maju menjelang tahun 2020.
Malaysia bercita-cita menjadi negara maju dengan acuan sendiri iaitu seperti yang digariskan di
bawah Pelan Wawasan 2020. Di bawah garis panduan Wawasan 2020 terdapat beberapa cabaran
yang perlu diambil kira dan ditangani. Bukan hanya dari segi ekonomi dan sosial, Malaysia
berhasrat mewujudkan sebuah negara maju yang rakyatnya bersifat matang, produktif,
menyokong demokratik , berjiwa bebas,mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.

Hakikatnya, cabaran dari segi rohaniah ini amat sukar untuk dicapai. Tambahan,dengan
gejala penyalahgunaan dadah yang menyebabkan penagihnya tidak boleh berfikir dengan waras,
usaha kerajaan dalam menghasilkan modal insan dan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang
digariskan di bawah Wawasan 2020 amat sukar direalisasikan. Justeru, masyarakat Malaysia
seharusnya terus mendukung Wawasan 2020 dan bersatu memerangi dadah dalam usaha
menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri.
Rujukan

[1]Mohd Noorazam Abd Razak, Fatin Aliana Mohd Radzi, Mohamad Azmi Adnan, Hashbullah
Ismail, Ani Mazlina Dewi Mohamed & Soffian Omar Fauzee (2007) , Pengajaran
Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat 1 .Persidangan Dadah
Kebangsaan Pertama Anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah

[2] Mahyuddin Bin Arsat & Azizah Binti Besar UTM


http://eprints.utm.my/11859/1/Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.pdf capaian pada 8
Ogos 2014

[3]Dasar Dadah Negara http://www.adk.gov.my/web/guest/bdpp-dasar-dadah-negara capaian


pada 8 Ogos 2014

[4[http://www.statistics.gov.my/portal/index.php).

[5] Hideo Seki (1985), “Greeting”, dalam Nihon Rodo Kyokai (ed), Toward Better
Utilization of Human Resources In Asian Countries, Asian Regional Conference
on Industrial Relations, Tokyo: The Japan Institute of Labour, h. 177.

[6] [7] Buletin Dadah AADK


http://www.adk.gov.my/html/laporandadah/2013/Laporan%20Dadah%20Bulan%20Disember%2
02013.pdf capaian pada 8 Ogos 2014

[8] [9] Md Safian Bin Mohd Tajuddin (2007), Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti
KerjaDalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan , Thesis Sarjana Pendidikan

View publication stats

You might also like