You are on page 1of 2

PANDUAN IBU BAPA / KOMUNITI UNTUK GOTONG ROYONG DI SEKOLAH .

Pertama sekali, pihak PIBG ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa
sekalian terhadap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG. Sudah pasti persekitaran yang
bersih dan ceria di sekolah khususnya bilik darjah akan memberikan suasana tenang dan gembira
kepada anak-anak dalam pembelajaran di sekolah. Dan seterusnya diharap dapat meningkatkan
keupayaan anak anak dalam kepelbagaian aspek perkembangan diri.

Disini pihak PIBG ingin memberikan sedikit tips dalam peranan ibu bapa sekalian untuk
bersama-sama pihak sekolah dalam program gotong royong di dalam bilik darjah.

1. Sebelum hari program, berbincang dengan guru kelas anak untuk mengetahui aktiviti kerja
yang boleh dilakukan dan peralatan yang boleh disediakan.

2. Berikut adalah cadangan aktiviti kerja yang boleh dilaksanakan bagi di dalam bilik darjah :

AKTIVTI PENERANGAN
Membersih Bahagian lantai, tingkap, siling dan kipas
Menyusun Atur Susun kedudukan meja murid, meja guru, rak buku,
meja pameran hasil kerja murid dan almari jika ada
Menceriakan kelas Memasang langsir, membuat alas meja murid dan
guru, hiasan meja (bunga dan tempat letak alat tulis),
skirting meja, meletakkan jam dinding, pewangi dan
mana-mana keceriaan yang boleh difikirkan
Papan Kenyataan dan Sudut-sudut khas Menyediakan papan kenyataan dengan maklumat
berguna dan menyediakan sudut-sudut khas seperti
sudut bacaan, sudut rehat dan lain-lain
Mengecat dinding kelas bahagian Mengecatkan bahagian dalam kelas dengan warna
dalam, memperbaiki lantai yang pecah yang sesuai.

3. Berikut adalah cadangan peralatan dan bahan yang boleh disediakan oleh ibu bapa mengikut
kesesuaian aktiviti:

AKTIVTI PERALATAN AKTIVTI PERALATAN


Membersih Penyapu rami, lidi, plastik, Menceriakan Gunting
sawang. kelas, Gam / Pita pelekat
Berus Papan Kertas berwarna
Baldi, Kenyataan Plastik alas meja
Mop dan Sudut- Jam dinding / poster / Cermin
Kain basuhan sudut khas Bunga hiasan, Pasu bunga
Surat khabar lama Mengecat Marker Pelbagai warna
Karpet, Alas kaki,Tikar getah
Cat dinding dan berus cat
Simen dan pasir

4. Ibu bapa juga boleh menyumbang sedikit makanan ringan seperti air mineral, gula-gula,
keropok untuk menjamu rakan-rakan anak ketika melakukan kerja gotong royong.

Setakat itu sahaja sedikit tips yang boleh dikongsi bersama pihak PIBG untuk pihak ibu bapa sekalian,
sekali lagi, ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dalam menjayakan program gotong royong ini.
PESANAN DARI PIBG SMK XXXXXX

You might also like