Professional Documents
Culture Documents
Kerangka Konsep Dan Teori
Kerangka Konsep Dan Teori
ABSTRAK
Tujuan nota ini adalah untuk berkongsi pengetahuan penyelidik mengenai kerangka
konsep dan kerangka teori dalam kajian. Sebelum ini penyelidik telah didedahkan
mengenai sorotan literatur. Sorotan literatur tidak pernah tamat sehinggalah sesuatu
tesis itu dikemukakan untuk pemeriksaan. Di samping tu sorotan lieratur diperlukan
dalam membangunkan kerangka teori dan konsep.
1. PENGENALAN
Sorotan:
• Klasik
• Perkembangan terkini
TEORI • Menggarap
Sumber utama: buku & jurnal
EMPIRIKAL METODOLOGI
Sorotan:
• Berhubung dengan tajuk
• Dalam korpus ilmu
• Menggarap kemas
Sumber utama: buku, jurnal & kertas kerja.
Surat khabar dan majalah boleh juga digunakan
sebagai data tetapi bukan untuk berhujah.
2. HUJAH TEORITIKAL
Sorotan secara empirikal akan memberi arah kepada penyelidik untuk berhujah
mengenai persoalan apa, di mana dan bila. Seterusnya memberi gambaran kepada
penyelidik mengenalpasti jurang (lacunae) dan penyelidik mampu membina
permasalan kajian, menyenaraikan objektif dan persoalan kajian.
Hujah
SOROTAN • Apa
• Di mana
EMPIRIKAL • Bila
Kenalpasti
PERMASALAHAN • Objektif
KAJIAN • Persoalan
Hujah
SOROTAN • Kenapa
• Bagaimana
TEORITIKAL
Konsep kelihatan seperti terma atau istilah harian. Walau bagaimanapun dalam
penulisan tesis, konsep adalah istilah abstrak yang merupakan lantunan daripada
pelbagai perspektik teori. Sebagai contoh konsep kelas. Ianya difahami secara harian
mungkin sebagai bilik darjah atau kategori mengikut ukuran. Tetapi di dalam konteks
kesarjanaan, sebagai contoh Marx melihat kelas dari perspektif teori mode
pengeluaran. Mode pengeluaran pula mempunyai pelbagai-bagai perspektif dari
pandangan sarjana. Di sinilah hujah penyelidik amat penting untuk menetapkan posisi
pengkaji. Dalam erti kata lain konsep mendefinisikan istilah, manakala teori akan
menghuraikan istilah tersebut.
4
3. KESIMPULAN
Sorotan empirikal menghujah persoalan apa, bila dan di mana, manakala sorotan
teoritikal menghujah persoalan kenapa dan bagaimana. Konsep adalah definisi ilmiah
kepada istilah tertentu yang dijelaskan dengan teori.
RUJUKAN