You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKO

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK)


TINGKATAN 4
1 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1. JAWAB SEMUA SOALAN.

2. SILA HANTAR BAHAGIAN KERTAS JAWAPAN SAHAJA DI AKHIR MASA.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................... ............................................... ……………………………......................................


(AYUDI FARHAN B. (SAHIRAN BN MUCHIMUM) (USTZ. ZAIDA BINTI KAWI)
JAMALUDIN) TIMB. PANITIA PJPK Ketua Bidang Kemanusiaan
Guru PJPK
BAHAGIAN A
Arahan Umum: Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1 . Tarian singa merupakan tarian tradisional dan adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini
diiringi alatan muzik seperti berikut kecuali

A Rebana
B Gong
C Gendang besar
D Letusan mercun

2 Pergerakan asas dalam tarian singa mengandungi


.
A 10 langkah.
B 8 langkah.
C 7 langkah.
D 5 langkah.

3. Diantara berikut yang manakah bukan asas tarian Sewang Semak Alam lelaki?

A Ragam nginjak tanah


B Ragam Mencari
C Ragam menyumpit
D Ragam mengintai sisi

4 Diantara 7 langkah asas perempuan tarian sewang ialah ragam nginjak tanah. Yang manakah
. bukan langkah asas tarian sewang perempuan?

A Ragam mencari
B Ragam memetik buah
C Ragam alam berputar
D Ragam menyumpit

5. Pergerakan asas dalam tarian singa mengandungi

A 10 langkah.
B 8 langkah.
C 7 langkah.
D 5 langkah.

6. Tarian sewang dilakukan dengan tujuan

A kesenian.
B perubatan.
C hiburan.
D menyambut keramaian.
7. Tarian sewang merupakan salah satu tarian suku kaum orang asli yang terdapat di Malaysia yang
dipersembahkan dalam bentuk bulatan dan diiringi dengan bunyian alat muzik yang berasaskan
alam semula jadi seperti ketukan buluh. Berikut merupakan langkah asas lelaki dalam kemahiran
Sewang Semak Alam kecuali

A Ragam menyumpit
B Ragam memetik buah
C Ragam berjalan puyoh
D Ragam mengajuk burung

8. Kemahiran asas seperti menendang, menyerkap, mengelecek, melakukan hantaran


dan menanduk dalam permainan bola sepak mempengaruhi formasi serangan dan
bertahan. Antara berikut manakah kelemahan formasi 5:4:1 strategi bertahan dalam situasi
permainan

A Memerlukan pemain sayap yang pantas untuk membuat serangan


B Sukar membuat jaringan kerana hanya mempunyai seorang sahaja penyerang
C Penyerang perlu mahir mengawal bola jika berlaku serangan pantas
D Tidak boleh melakukan transisi dengan cepat

9. Apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?

A Mengawal pemain penyerang


B Mengawal penyerang lawan
C Menjadi pemain penyerang sayap
D Menjadi pemain penyerang penyokong

10. Rajah di atas menunjukkan sebiji epal dan dikaitkan dengan lilitan pinggang iaitu salah satu kaedah
yang ringkas dan digunakan untuk menggambarkan taburan lemak di bahagian perut. Antara berkut
yang manakah paling tepat mengenai „epal“ tersebut?

A Lelaki mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut


B Perempuan mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut
C Lelaki lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang dipanggil
visceral fat
D Perempuan lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang dipanggil
visceral fat
11. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai definisi abstinen

A Kemahiran sosial yang perlu dimiliki oleh pasangan kekasih yang belum bernikah untuk
menjadikan mereka pasangan yang bertanggungjawab dan mengikut norma kehidupan
B Kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang remaja untuk menjadi pelais negara yang
berakhlak
mulia dan menghormati orang yang lebih tua
C Kemahiran mengelakkan diri daripada terjerumus dengan perkara-perkara negatif seperti
vandalisme
D Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah

Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau terpedaya oleh individu
lain bagi menagih dadah atau dijadikan keldai dadah

12. Pernyataan di atas merujuk kepada jerat dadah. Berikut adalah implikasi jerat dadah terhadap
keluarga kecuali

A Mental, status kewangan, prestasi kerjaya dan pelajaran merosot


B Mendatangkan stres kepada ahli keluarga
C Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
D Menjejaskan keharmonian keluarga

13. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan kecuali

A Pemikiran negatif
B Lebih tumpuan dan fokus
C Hilang keinginan untuk bersosial
D Tabiat pemakanan yang tidak normal

Ibu bapa merupakan pemimpin dalam rumah tangga dan institusi kekeluarga.
Mereka perlu menguasai kemahiran keibubapaan.

14. Pernyatan di atas merujuk kepada kemahiran kekeluargaan dan berikut adalah kepentingan
kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga kecuali

A Bertindak sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan masalah


B Mendidik agar boleh berdikari
C Meningkatkan tahap disiplin
D Mengabaikan tanggungjawab hakiki ibu bapa

15. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai sexting

A Komunikasi dua hala atau lebih dengan sama jantina iaitu menghantar mesej lucah
menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
B Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang tidak membawa
maksud lucah
C Komunikasi dua hala atau lebih dengan berlainan jantina iaitu menghantar mesej lucah
menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
D Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud
lucah

16. Apakah tanda-tanda penyakit talasemia?

A) Percepatkan pertumbuhan dan terbantut


B) Sel darah merah hanya boleh hidup dalam masa beberapa jam berbanding sel darah
merah kanak-kanak normal
C) Perubahan pembentukan tulang muka semasa membesar
D) Jaundis biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan organ badan iaitu jantung dan
hempedu sehingga menyebabkan perut buncit

17. Merujuk Akta 670 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,
pemerdagangan manusia merujuk kepada

A) Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan


dianiaya bagi tujuan mendapatkan kepuasan dan penyeksaan
B) Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan
dianiaya bagi tujuan mendapatkan keuntungan
C) Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara haram
D) Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara kontrak

You might also like