You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
NUR AIZATUL AKMAL BINTI ZULKIFLI
WARISAN LEMBAH BUJANG
2. Judul TAMADUN TERBILANG 3. Bidang: KEMANUSIAAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Warisan Lembah Bujang Tamadun Terbilang menfokuskan warisan ketara dan tidak ketara yang
terdapat di Lembah Bujang merangkumi kesenian, pensejaraha, sumber alam dan pelancongan.
Buku ini dipecahkan kepada dua bahagian utama yang menyusurgalurkan beberapa wacana
khazanah warisan semula jadi Lembah Bujang serta warisan kesenian dan persejarahan di
Lembah Bujang. Bahagian pertama manuskirp ini telah dipecahkan kepada lima bab yang
bertemakan warisan semulajadi Lembah Bujang. Antaranya merangkumi 20 spesis tumbuh-
tumbuhan semulajadi yang telah dikenal pasti sebagai sumber rawatan dan penjagaan dalaman
wanita, perubatan berasaskan herba, Lembah Bujang sebagai pusat pelancongan warisan,
peranan-peranan muzium, dan seni mempertahankan diri yang sinonim dengan masyarakat Asia
Tenggara, iaitu silat.
Bahagian kedua pula terbahagi kepada enam bab yang mempunyai kaitan dengan aspek
persejarahan Lembah Bujang, iaitu khazanah kesenian islam yang terdapat di kampung hilir,
fungsi dan kesan masjid tertua di Lembah Bujang,pendedahan kewujudan sungai purba di
Lembah Bujang, kekayaan sumber air, penemuan arkeologi yang membuktikan kewujudan
kerajaan kedah tua, dan akhir sekali ialah seni bina rumah tradisional yang pernah wujud di
sekitar Lembah Bujang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Patriotisme, kreativiti dan inovasi, nilai murni

Memperoleh pengetahuan tentang persamaan amalan budaya masyarakat. Mendidik diri supaya
berbangga dengan sejarah, tradisi dan budaya bangsa. Keunikan aspek warisan dan adat
mendidik kita agar sentiasa mempertahankan kepelbagaian budaya bangsa negara kita.

Kita perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mengekalkan warisan dan adat bagi meneruskan
kegemilangan negara tercinta sekaligus melahirkan rasa bangga akan kegemilangan negara.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Mendidik diri agar menjalinkan kerjasama dan bersifat terbuka untuk perpaduan dan kemakmuran
negara. Meningkatkan keingintahuan tetang warisan dan sejarah negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NUR AIZATUL AKMAL BINTI ZULKIFLI ) ( )

You might also like