You are on page 1of 3

4.

Program Pemulihan Khas

4.1. Puan Noor Ainsha binti Abu bakar memaklumkan jumlah keseluruhan murid pemulihan
konstruk seperti berikut:

4.2. Tahu Lelaki Perempuan Jumlah Beliau


n

2 9 6 15

3 4 7 11

4 2 0 2

5 3 2 5

Jumlah keseluruhan 33

memaklumkan berikut ialah jadual pencapaian murid mengikut konstruk saringan LINUS:

Tahun Konstruk

2 K1 – 1 orang
K2 – 1 orang
K3 – 5 orang
K4 – 1 orang
K5 – 2 orang
K6 – 1 orang
K7 – 1 orang
K10 – 2 orang

3 K1 – 1 orang
K3 – 2 orang
K5 – 2 orang
K7 – 1 orang
K10 – 1 orang
K12 – 4 orang
4.3. Guru Pemulihan Khas menyatakan tahap pencapaian murid adalah untuk tahun 2 Inovatif, terdapat
dua orang murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis iaitu Muhammad
Irfan Nazir dan Muhammad Norshahnon Musa. Kedua-dua murid ini masih di konstruk 1 dan 2.
Selain itu, murid-murid ini lambat menguasai kemahiran atas faktor kurang sokongan keluarga, dan
tiada prang dewasa untuk membantu serta menunjukkan ciri-ciri masalah pembelajaran. Seramai
sepuluh orang murid telah menunjukan pencapaian pada konstruk tiga hingga tujuh. Mereka
memerlukan sedikit usaha dan bantuan untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dua
orang murid telah menguasai sehingga konstruk 10 iaitu Muhammad Haffy Isyraf dan Putri Nor
Aihsa, masalah yang dikesan murid lemah dalam proses membina ayat. Kedua murid ini boleh
membaca lancer dan memahami arahan dengan baik .

4.4. Seterusnya, murid tahun 3 Cerdas, empat orang murid telah kukuh asas bacaan dan telah
menguasai sehingga konstruk 12. Manakala enam orang murid berada di konstruk 3 hingga
konstruk 10 masih dalam proses menguasai asas suku kata terbuka dan tertutup serta membina ayat
mudah. Seorang murid ini ialah Sulaiman- konstruk 1, bermasalah pertuturan yang pelat dan sukar
menyebut perkataan dengan betul serta ibu bapa yang tidak memberi kerjasama sepanjang pdpr.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan berdasarkan latihan atas nama M. Noor Sulaiman ini
dibuat oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak dapat memberi kerjasama untuk saya bercakap dengan murid
melalui telefon atas alasan ibu bapa kerja sebagai barisan hadapan dan sukar untuk menguruskan
waktu yang sesuai.

4.5. Murid tahun 4 Cerdas, Azriq Irfan masih dalam proses menguasai kemahiran suku kata tertutup.
Azriq Irfan telah dibawa berjumpa dengan dkctor pakar oleh ibu bapanya. Makluman yang
diperolehi, Azriq Irfan ada masalah Disleksia dan akan mengikut proses pembelajaran di Pusat
Disleksia Malaysia pada 4 Januari 2021 nanti.

4.6. Antara Program yang telah dilaksanakan sepanjang PKPB ini, ialah program token Bacaan. Murid
membaca sebarang bahan yang disukai dan dirakam dalam bentuk video serta dihantar untuk
disemak bacaan murid oleh Guru Pemulihan. Program ini membantu meningkatkan tahap keyakinan
murid serta peluang murid mengumpul token untuk menebus hadiah yang disediakan.

4.7. Pn Noor Ainsha mencadangkan guru subjek menjalankan Saringan LINUS Lisan dan bertulis bagi
mengenal pasti tahap keupayaan murid dalam kelas arus perdana terutama murid yang lemah pada
sesi pembukaan sekolah 2021 nanti untuk tahap 1.

4.8. Pn Noor Ainsha memohan jasa baik semua guru subjek mahupun guru kelas mengenal pasti murid
baharu atau murid yang lemah dalam kemahiran asas membaca dan menulis untuk dicalonkan
menduduki saringan sama ada layak atau tidak mengikuti kelas pemulihan khas.

4.9. Guru pemulihan khas juga berharap semua guru dapat mengambil tindakan mengiklut SOP bagi kes
murid yang kerap tidak hadir serta ponteng sekolah. Beliau meminta kerjasama guru yang telah
mengeluarkan surat amaran kepada murid pemulihan untuk memberi satu salinan sebagai rujukan
Program pemulihan Khas.

4.10. IPP2M
IPP2M tidak dapat dilaksanakan pada peringkat akhir, hal ini kerana sekolah ditutup sempena
arahan PKPB yang bermula pada 14 Oktober 2020 yang lalu. IPP2M akan dilaksanakan awal sesi
persekolah 2021 untuk murid tahap 2 yang lemah dalam kemahiran membaca dan menulis.

You might also like