You are on page 1of 3

4.

Program Pemulihan Khas

4.1. Puan Noor Ainsha binti Abu Bakar memaklumkan jumlah keseluruhan murid pemulihan yang
sedang mengikuti Program Pemulihan Khas sesi 2021/2022 seperti berikut:

Tahu Lelaki Perempuan Jumlah


n
2 3 3 6
3 7 3 10
4 2 1 3
Jumlah keseluruhan 19

4.2. Beliau memaklumkan berikut tahap pencapaian secara keseluruhan murid berdasarkan
pemerhatian:

Tahun Pencapaian

2 i. Nombor dalam lingkungan 100


ii. Tambah dalam lingkungan 1000 dengan
mengumpul semula.
 Nur Danisha dan Nur Lareyssa sukar
menguasai konsep nombor.

3, 4, & 5 i. Tambah
ii. Tolak

*mengumpul semula dalam bentuk lazim.


*sangat lemah dalam sifir( tidak hafal atau tidak tahu
tentang sifir)
* kesan: murid tidak dapat menguasai konsep operasi
darab dan bahagi dengan baik. Proses PdPR telah
menyebabkan murid jadi lemah dan tidak kukuh
tentang tajuk nombor, tambah dan tolak.

4.3. Guru Pemulihan Khas memaklumkan berikut ialah tahap keupayaan yang diperolehi berdasarkan
Ujian Pelepasan yang telah dilaksanakan pada akhir Januari dan awal Februari 2022.
Tahun Pencapaian Ujian yang digunakan
2 K7- 1 orang Instrumen Numerasi
K5- 1 orang Bertulis Saringan 2
K2- 4 orang Tahun 2 /2018
3 0 -22 - 10 orang
23-58 - 0 IPPKAM
60-67 - 0
4 0 -22 - 3 orang
23-58 - 0 IPPKAM
60-67 - 0

Berdasarkan jadual di atas, murid sangat lemah dalam konsep nombor dan operasi asas. Antara
kecuaian yang sering berlaku ialah
 Kesilapan ketika membilang ( berlaku lompatan nombor. Contoh 24 - 26) nombor 25 hilang dalam
sebutan.
 Membilang tidak mengikut objek secara satu persatu.
 Tidak boleh kuasai konsep rumah nombor terutama bahagian cerakinkan nilai tempat dan nilai
digit.
 Lemah dalam konsep membundar
 Tidak dapat mengira dengan betul hasil tambah dalam bentuk lazim
 Lupa proses tambah/ tolak mengumpul semula
 Tidak kuasai sifir menyebabkan soalan operasi darab dan bahagi sukar untuk dijawab walaupun
soalan mudah.

Tindakan yang boleh diambil untuk meningkat tahap keupayaan murid adalah melakukan latih tubi
untuk sesi persekolahan 2022/2023.

4.4. Program Token Sifir yang dirancang tidak dapat memberi kesan seperti yang diharapkan. Murid
masih lagi lemah dalam konsep sifir, sekaligus menyebabkan murid sukar untuk menguasai konsep
bahagi. Program ini akan diperbaiki untuk sesi persekolah 2022/2023.

4.5. Tahap kehadiran murid tidak memberansangkan akibat daripada pandemik Covid-19.

4.6. Pn Noor Ainsha Binti Abu Bakar memohan jasa baik semua guru subjek mahupun guru kelas
mengenal pasti murid baharu atau murid yang lemah dalam kemahiran mengira untuk dicalonkan
menduduki saringan sama ada layak atau tidak mengikuti kelas pemulihan khas.

4.7. Berdasarkan taklimat pada 11 Januari 2022 yang lalu anjuran PPD sentul, Pegawai Unit Pemulihan
Khas memaklumkan guru pemulihan khas tidak boleh memberi tahap penguasaan (TP) kepada
murid. Sebaliknya, Guru Pemulihan Khas boleh berbincang bersama guru subjek untuk memudahkan
penilaian di peringkat guru subjek serta memastikan tahap pencapaian yang diberi bersesuaian
dengan keupayaan murid.

4.8. IPPKAM
Tidak dapat dilaksanakan. Akan dilaksanakan pada awal pembukaan sesi persekolahan 2022/2023.

You might also like