You are on page 1of 2

4.

Program Pemulihan Khas

4.1. Puan Noor Ainsha binti Abu Bakar memaklumkan jumlah keseluruhan murid pemulihan yang
akan mengikuti Program Pemulihan Khas sesi 2021 seperti berikut:

Tahu Lelaki Perempuan Jumlah


n

2 5 3 8

3 9 6 15

4 2 3 5

5 2 0 2

Jumlah keseluruhan 30

4.2. Beliau memaklumkan berikut tahap pencapaian secara keseluruhan murid berdasarkan pemerhatian
pada akhir tahun 2020:

Tahun Pencapaian

2 Suku kata terbuka

3 Suku kata terbuka


Suku kata tertutup

4 Suku kata terbuka

5 Suku kata terbuka


Bina ayat

4.3. Guru Pemulihan Khas memaklumkan bahawa program saringan LINUS menggunakan nama “Ya,Saya
Berjaya”. Akan dilaksanakan sebaik sahaja sesi persekolahan secara bersemuka.

4.4. Penggunaan buku tulis bagi Program Pemulihan Khas ialah sebuah buku garis satu, sebuah buku
nombor tiga dan lembaran kerja bagi setiap murid pemulihan. Penggunaan buku semasa proses
PdPR mengunakan lebihan buku murid tahun lepas iaitu buku nombor tiga untuk kemahiran
menulis. Selebihnya menggunakan lembaran kerja.

4.5. PdPr bagi sesi 2022/2023, beliau menyatakan, menggunakan medium telegram dan juga google
classroom. Minggu pertama ini murid akan mengikuti proses pembelajaran bagi subjek Bahasa
Melayu kepada guru subjek untuk sesi suai kenal dahulu. Dalam masa yang sama guru pemulihan
membuat video call untuk menjalankan program Ya, Saya boleh secara individu.

4.6. Berdasarkan program dan juga perancangan aktiviti yang telah dirancang, perbelanjaan Program
Pemulihan Khas dianggar sebanyak RM 1179.00

4.7. Antara Program yang telah dilaksanakan sepanjang PdPr ini, ialah Program Token Bacaan. Murid
membaca sebarang bahan yang disukai dan dirakam dalam bentuk video serta dihantar untuk
disemak bacaan murid oleh Guru Pemulihan. Program ini membantu meningkatkan tahap keyakinan
murid serta peluang murid mengumpul token untuk menebus hadiah yang disediakan. Program
Kem Kembara akan dilaksanakan dengan bantuan ibu bapa. Murid fokus kepada proses membaca
sahaja menggunakan kad selak. Kad selak akan disediakan oleh Guru Pemulihan Khas. Pelaksanaan
program ini dijangka awal Februari.

4.8. Program lain ialah Sekolahku Syurgaku fokus untuk meningkatkan tahap kehadiran murid ke
sekolah, Seminggu Satu Petikan mengikut tahap keupayaan murid dalam membaca dan Tulisan
Cantik. Program ini akan dilaksanakan untuk sesi bersemuka. Sekiranya, masih dalam tempoh PKP
alternative lain akan diusahakan.

4.9. Pn Noor Ainsha memohan jasa baik semua guru subjek mahupun guru kelas mengenal pasti murid
baharu atau murid yang lemah dalam kemahiran asas membaca dan menulis untuk dicalonkan
menduduki saringan sama ada layak atau tidak mengikuti kelas pemulihan khas.

4.10. Guru pemulihan khas juga berharap semua guru mengenal pasti murid yang terlibat dengan
program pemulihan khas. Hal ini berkaitan dengan data penglibatan murid semasa PdPR.

4.11. IPP2M
IPP2M 2021 untuk murid tahap 2 yang lemah dalam kemahiran membaca dan menulis semasa sesi
persekolahan bersemuka.

You might also like