You are on page 1of 3

4.

Program Pemulihan Khas

4.1. Puan Noor Ainsha binti Abu Bakar memaklumkan jumlah keseluruhan murid pemulihan yang
akan mengikuti Program Pemulihan Khas sesi 2021 seperti berikut:

Tahu Lelaki Perempuan Jumlah


n

2 5 3 8

3 9 6 15

4 2 3 5

5 2 0 2

Jumlah keseluruhan 30

4.2. Beliau memaklumkan berikut tahap pencapaian secara keseluruhan murid berdasarkan pemerhatian
pada akhir tahun 2020:

Tahun Pencapaian

2 Nombor dalam
lingkungan 10

3, 4, & 5 Tambah
Tolak
Darab
*yang mudah

4.3. Guru Pemulihan Khas memaklumkan bahawa program saringan LINUS menggunakan nama “Ya,Saya
Berjaya”. Akan dilaksanakan sebaik sahaja sesi persekolahan secara bersemuka.

4.4. Jadual waktu telah disiapkan seperti berikut:

Tahun HARI YANG TERLIBAT BERDASARKAN JADUAL


PdPR

2 CERDAS/2 BESTARI Selasa & Khamis


3 BESTARI Rabu & Khamis

4 BESTARI Selasa & Khamis

4.5. Penggunaan buku tulis bagi Program Pemulihan Khas ialah sebuah buku nombor 6, dan lembaran
kerja bagi setiap murid pemulihan. Penggunaan buku ini sebagai pendedahan dan persediaan murid
untuk belajar diarus perdana. Tiada penggunaan buku semasa proses PdPR dan hanya menggunakan
lembaran kerja.

4.6. PdPr bagi sesi 2021, beliau menyatakan, menggunakan medium telegram dan juga google
classroom. Minggu pertama dan kedua, murid akan mengikuti proses pembelajaran bagi subjek
Matematik di kelas asal untuk sesi suai kenal dahulu kepada guru subjek. Dalam masa yang sama
guru pemulihan membuat video call untuk menjalankan program Ya, Saya Berjaya secara individu.

4.7. Berdasarkan program dan juga perancangan aktiviti yang telah dirancang, perbelanjaan Program
Pemulihan Khas dianggar sebanyak RM 1179.00 untuk tahun ini.

4.8. Antara Program yang akan dilaksanakan sepanjang PdPr ini, ialah Program Token Sifir. Murid
menghantar rakaman bacaan sifir dalam bentuk video serta dihantar dan dinilai oleh Guru
Pemulihan. Selain itu, program Latih tubi congak turut dilaksanakan dengan bantuan ibu bapa.
Pelaksanaannya, adalah melibatkan ibu bapa membantu murid membina soalan sendiri,
berdasarkan panduan guru. Fokus aktiviti ini ialah operasi tambah dan tolak sahaja. Diharapkan
kedua-dua program ini dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan murid menghafal sifir dan
mencongak dengan cekap disamping memberi peluang murid mengumpul token untuk menebus
hadiah yang disediakan.

4.9. Program lain ialah Sekolahku Syurgaku fokus untuk meningkatkan tahap kehadiran murid ke
sekolah, dan juga pertandingan yang dianjurkan bersama program panitia. Program ini akan
dilaksanakan untuk sesi bersemuka. Sekiranya, masih dalam tempoh PKP alternatif lain akan
diusahakan.

4.10. Pn Noor Ainsha memohan jasa baik semua guru subjek mahupun guru kelas mengenal pasti
murid baharu atau murid yang lemah dalam kemahiran mengira untuk dicalonkan menduduki
saringan sama ada layak atau tidak mengikuti kelas pemulihan khas.

4.11. Guru pemulihan khas juga berharap semua guru mengenal pasti murid yang terlibat dengan
program pemulihan khas. Hal ini berkaitan dengan data penglibatan murid semasa PdPR. Senarai
nama murid pemulihan khas bagi sesi 2021 akan dimasukkan kedalam what apss group Panitia
Matematik untuk rujukan guru subjek.
4.12. Untuk makluman semua, Zamharyra telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan
untuk berpindah ke Sekolah Kebangsaan Air Panas atas nasihat doktor. Doktor mengklasifikasikan
murid ini, masalah pembelajaran. Murid ini juga telah memperolehi kad OKU daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat baru-baru ini.

4.13. Azriq Irfan dari tahun 5 Kreatif, masih belum mengikut kelas di Pusat Disleksia Malaysia dalam
tempoh PKP ini. Justeru itu, murid ini masih bersekolah di SK Kiaramas sehinggalah murid ini dapat
mengikuti sesi bersemuka di Pusat Disleksia.

4.14. IPPKAM
IPPKAM 2021 untuk murid tahap 2 yang lemah dalam kemahiran mengira dilaksanakan semasa sesi
persekolahan bersemuka.

You might also like