You are on page 1of 5

JURNAL MINGGU 2

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


ISU: PENGURUSAN MASA SEMASA PROSES PDP

1. Masalah/Isu:
Pada minggu kedua praktikum fasa 1 ini, saya telah memulakan sesi pengajaran yang
sebenar mengikut jadual waktu yang diberikan oleh pihak sekolah. Saya mengajar kelas
Tahun 2 bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Tahun 5 dan 6 bagi matapelajaran
Sejarah.

Pada minggu ini, masalah utama yang saya hadapi semasa menjalankan sesi PdP
ialah masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang di dalam
rancangan pengajaran harian saya. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat
dilaksanakan kerana masalah kekangan masa yang dihadapi. Hal ini menimbulkan masalah
bagi mencapai objektif, terutamanya objektif akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis isu yang difokuskan (Isu dan Punca):

Sepanjang minggu kedua saya mengajar di kelas, saya sukar untuk mengawal masa
didalam kelas lebih-lebih lagi apabila aktiviti dijalankan secara individu atau kumpulan
biarpun aktiviti pembelajaran telah saya rancang awal. Saya telah membuat pemerhatian
dan mendapati isu ini berpunca daripada murid yang masih tidak menguasai kemahiran 3M
terutamanya kemahiran membaca. Di samping itu, mereka hanya berdiam diri dan tidak
bertanya kepada saya sekiranya mereka tidak faham. Mereka hanya berdiam diri
sehinggalah masa untuk sesuatu aktiviti itu tamat. Saya juga sempat mengingatkan mereka
agar sentiasa bertanya sekiranya arahan saya tidak jelas atau mereka tidak faham.

Tambahan lagi, masalah pengurusan masa ini timbul kerana aktiviti berkumpulan
yang dijalankan ketika Langkah 2 telah melebihi masa yang ditetapkan. Saya dapati murid-
murid mengambil masa yang lama untuk bergerak masuk ke dalam kumpulan masing-
masing kerana susun meja tidak mengikuti PAK21.
3. Kajian lampau

Korweit (1989), menyatakan jika terlalu sedikit masa digunakan dalam pengajaran, subjek
tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar. Aspek
yang terpenting dalam pengurusan masa ialah kawalan guru iaitu penggunaan masa yang
berkesan dalam bilik darjah. Hanya 60 peratus daripada masa sebenar berlangsungnya
pengajaran dan pembelajaran dan 40 peratus lagi terbuang begitu sahaja (Korweit & Slavin,
1981).

Seseorang guru mestilah tegas dan berupaya membahagikan masa mengikut


perancangan yang ditetapkan. Pembahagian masa perlu dibuat secara bulanan, mingguan,
harian dan sehingga ke peringkat jam. Hal ini akan menjadikan guru lebih peka dan mampu
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut kajian
kes tahap pengurusan pelajar dan masa oleh Nurzatulshima Kamarudin (2011), bagi
memastikan masa yang diperuntukkan untuk amali sains dapat digunakan dengan berkesan
serta pelajar terlibat sepenuhnya dalam aktiviti amali, dicadangkan guru sains:

a) Memastikan pelajar sampai awal ke padang

b) Membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan kecil

c) Menjelaskan agihan tugas setiap pelajar dalam kumpulan

d) Memberi penerangan prosedur yang lengkap

e) Menunjukkan cara penggunaan peralatan yang diperlukan

f) Menekankan aspek kerjasama dalam kumpulan Mengawal aktiviti pelajar

g) Membuat perbincangan

4. Cadangan dan idea

Bagi menghadapi isu ini, saya telah berkolaborasi dengaan guru pembimbing iaitu Pn.
Harlyanie binti Salleh dan juga En. Zain Mahadal bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat
berkaitan masalah yang dihadapi ini. Guru menasihatkan supaya saya sentiasa memastikan
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mestilah mengikut masa yang
telah dirancang. Oleh itu, setiap masa dalam racangan pengajaran harian mestilah mengikut
masa yang ditetapkan. Contohnya fasa perkembangan mestilah dijalankan dalam tempoh
10 hingga 15 minit sahaja dan tidak melebihi daripada tempoh tersebut. Dengan itu, semua
fasa pengajaran dapat dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan dapat menyumbang
kepada pencapaian objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Semasa sesi yang melibatkan perbincangan secara berkumpulan, saya akan


sentiasa mengingatkan murid-murid tempoh masa yang tinggal untuk mereka
menyelesaikan tugasan secara berkumpulan agar mereka sentiasa peka dengan masa dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan mengikut masa yang
ditetapkan. Bagi menjimatkan masa dan memudahkan murid- murid, saya akan memilih
beberapa kumpulan sahaja untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. Sekiranya
ada aktiviti yang melibatkan permainan, saya akan membuat peraturan, kumpulan yang
menjawap dengan betul dan terpantas akan dikira sebagai pemenang. Hal ini, secara tidak
langsung akan menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk menyelesaikan tugasan
mereka dengan cepat.

Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan praktikum yang lain
terutamanya Kalroslene memandangkan kami daripada major yang sama dan berada di
bawah seliaan guru pembimbing yang sama. Saya dan rakan-rakan sentiasa berinteraksi
dan bertukar-tukar pendapat berkenaan pengajaran masing-masing ketika di sekolah. Saya
juga perlu mengabaikan murid yang suka bertanya perkara tidak penting dan menyampuk
semasa saya mengajar sehingga memakan masa dan mengakibatkan perancangan
pengajaran gagal. Saya turut mengubah meja mereka mengikut PAK21 iaitu secara
berkumpulan.

5. Tempoh masa penyelesaian

Saya menyelesaikan isu ini semasa minggu kedua praktikum fasa 1 iaitu 15 Ogos sehingga
19 Ogos 2022.

6. Tindakan Susulan

Pada hari Selasa (16 Ogos 2022), saya telah masuk ke kelas. Sebelum memulakan
PdP, saya telah mengambil masa lebih kurang 3 minit untuk mengasingkan mereka
mengikut kumpulan. Saya juga berusaha untuk tidak melayan murid yang saja membuang
masa dengan bertanya hal kosong. Saya turut mengkaji dengan teliti penggunaan masa
dalam RPH saya agar setiap fasa dalam PdP lebih sistematik. Bagi kelas Bahasa Melayu
Tahun 2, saya telah mengarahkan mereka yang belum menguasai 3M untuk pergi ke kelas
pemulihan.

7. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah dan guru pembimbing saya untuk memberi
penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya dapat memperbaiki
segala kelemahan dari semasa ke semasa.

8. Kesimpulan/Refleksi

Secara kesimpulannya, masalah kelemahan pengurusan masa dalam proses


pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang agak besar dan harus diselesaikan
dengan kadar secepat mungkin. Guru haruslah memikirkan tentang cara-cara untuk
meningkatkan lagi keupayaan diri dalam pengurusan masa. Selain itu, guru hendaklah
sentiasa mengimbas kembali pengajaran diri sendiri untuk mengesan kelemahan diri dan
berusaha untuk membaikinya supaya dapat meningkatkan lagi keprofesionalisme diri
sendiri.

Selain itu, saya harus pandai mengawal emosi diri saya supaya tidak kelam kabut
dan sentiasa bertenang terutamanya dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam masa yang diperuntukkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya
menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira ketika mula semester
satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu kelancaran pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran, tetapi juga membantu murid dalam memahami ilmu pengetahuan yang
ingin disampaikan dalam masa yang tersingkat dan berkesan.

Di samping itu, dengan adanya penambahbaikan dari pelbagai aspek, saya


percaya bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
ditingkatkan dengan berkesan. Pendek kata ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, amalan
yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan
kegemilangan generasi bakal pemimpin.

Sumber Rujukan

McLeod, J., Fisher, J & Hoover, G. (2003). The Key Elements of Classroom Management:
Managing Time and Space, Student Behavior and Instructional Strategies.
Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. (2011). Teknik terhebat mengurus masa dengan berkesan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran. Technogians Sdn.
Bhd.

Korweit (1989). The Key Elements of Classroom Management: Managing Time and
Space, StudentBehavior and Instructional Strategies.

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

You might also like