You are on page 1of 2

PENULISAN JURNAL MINGGUAN INTERNSHIP

Nama Pelajar Zaimah binti Mohamad Hanifah

No. Kad Pengenalan 000404-13-0128

Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Sekolah Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu.

Pengkhususan/ Opsyen Bahasa Melayu (SK)

Minggu Internship 1

Tarikh 4 Mei 2023

Tajuk Sikap malu dalam diri

Kategori Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Penyelia Puan Nur Aqeela Alia binti Ahmad

Guru Pembimbing Encik A. Zulaini Atoh

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN:


Isu yang difokuskan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid kurang berkeyakinan
dalam diri untuk tampil ke hadapan kelas. Namun begitu, setiap tugasan secara bertulis
murid dapat menyiapkan dengan baik.

2.0 ANALISIS YANG DIFOKUSKAN:


Punca murid tidak dapat menyiapkan tugasan dalam bentuk verbal atau secara lisan kerana
kemahiran interpersonal murid kurang malah bersikap pasif atau dikenali sebagai pendiam.
Hal ini berlarutan dan semakin meningkat kesan daripada kelas secara atas talian. Misalnya,
murid lebih gemar mendengar daripada bercakap bahkan lebih gemar mengikut hasil
perbincangan kawan tanpa mencelah.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN TAU


KAJIAN LEPAS):
Menurut Zimbardo (1977), rasa malu boleh mengakibatkan seseorang itu sukar berfikir
secara jelas dan berkomunikasi secara efektif.
4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:
Tindakan yang saya laksanakan ialah:
1) Memberikan dorongan dan pujian kepada murid dari semasa ke semasa sepanjang
pdpc.
2) Mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan dalam kumpulan.
3) Mempelbagaikan bahan mengikut kepelbagaian pembelajaran kanak-kanak seperti
kinestetik, muzikal, verbal dan sebagainya.

5.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


3 hari

6.0 TINDAKAN SUSUSLAN:


Saya akan mengambil Tindakan pembetulan iaitu mempelbagaikan aktiviti yang menarik,
menyeronokkan dan mudah untuk murid agar lebih seronok semasa menyelesaikan tugasan
dan mengurangkan rasa malu dan keyakinan diri murid.

7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:


8 Mei 2023

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenal pasti yang memberikan impak positif dapat dinilai melalui tingkah laku murid
yang semakin positif sepanjang pdpc dan melaksanakan tugasan.
9.0 Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Saya berpuas hati dengan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah disampaikan dan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, prestasi murid dapat dipertingkat
terutamanya dalam kemahiran lisan.

RUJUKAN:
Zimbardo G. P (1977). Shyness, what is what to do about? Addison-Wesly Publishing,
Menlo Park, California.

You might also like