You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU KETAM

42940 PULAU KETAM, SELANGOR D.E.


TEL/FAX:03-31104314
KOD SEKOLAH : BEB 0111
______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL 4 / TAHUN 2019

Tarikh: 6 Ogos 2019


Masa: 3.10 – 4.00 petang
Tempat: Bilik Komputer, SMK Pulau Ketam
Pengerusi: En. Tamil Selven A/L Muniandy

Kehadiran (Bil): 1. Pn. Tan Beng Puai ( PK HEM)


2. Pn. Nurul Nadia Binti Nor Rusland
3. En. Mohd Riduwan b Ilias
4. Cik Eileen Pang Li Ting
5. En. Mohd Zuhairi Md Zaid
6. Pn Tan Yok Din
7. Pn. Tong Siew Ching

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan tanggungjawab semua guru ke mesyuarat
disiplin kali ketiga bagi sesi persekolahan 2019.
Tindakan: Makluman

2.0 PERKARA BERBANGKIT


2.1 Pengerusi berpesan agar guru lebih bersedia dan berhati-hati semasa mengambil
tindakan serta keputusan. Tindakan kurang rasional perlu dielakkan.
2.2 Pengerusi menyaran agar surat amaran 1, 2 dan kali 3 harus diberikan sebelum
mengambil tindakan ke atas pelajar. Sekiranya guru menghadapi masalah untuk
menyelesaikan kes pelajar perlu berjumpa dengan pihak pentadbir.
2.3 Guru-guru disiplin akan menjalankan pemeriksaan mengejut perlu dijalankan
sepenjang tahun.
2.4 En. Tamil selaku ketua guru disiplin akan mengambil alih tugasan untuk buku
kawalan kelas.
Tindakan: Unit Disiplin

3.0 HAL-HAL LAIN


3.1 Penyelaras perlu mengeluarkan surat amaran untuk setiap kes salah laku dan
perlu diekodkan dalam sistem demerit (SSDM).
Tindakan: Makluman
4.0 PENUTUP
4.1 Tuan Pengerusi memohon agar semua guru dapat membuat yang terbaik dalam
tanggungjawab masing- masing.
4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


................................... ....................................
(Pn. Tong Siew Ching) ( En. Tamil Selven A/L Muniandy)
Setiausaha Disiplin Ketua Disiplin
SMK Pulau Ketam SMK Pulau Ketam

You might also like