You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2023 KHIDMAT KONSULTASI &


JARINGAN PROFESIONAL IPGKSM
PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.r.b.t..Salam
sejahtera.. Salam Malaysia Madani..Salam MIZANIS
Terbilang..

1. Yang berbahagia, Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah


IPGKSM,
2. Yang berusaha, Puan Azlina binti Ahmad, Timbalan
Pengarah IPGKSM,
3. Yang dihormati, Dr. Hjh. Azizah binti Hussin,
Ketua Sektor Khidmat Konsultasi & Jaringan Profesional
IPGKSM,
4. Barisan ahli jawatankuasa sektor seterusnya para
hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kurniaan dan izinNya
dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini
bagi memeriahkan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023
Khidmat Konsultasi & Jaringan Profesional IPGKSM yang
bertujuan bagi meraikan serta memberi penghargaan
kepada barisan ahli jawatankuasa sektor yang bertungkus
lumus untuk menjayakan program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh sektor ini sepanjang tahun 2023. Saya
selaku pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan
kerjasama yang dicurahkan oleh barisan ahli jawatankuasa
sektor ini.

1
Di kesempatan ini juga pihak majlis ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.
Hjh. Azizah binti Hussin atas segala sumbangan dan bakti
selama beliau menjadi ketua sektor ini. Selepas ini, beliau
akan ke Jabatan HEP sebagai Penolong Ketua Jabatan
dan Ketua Sektor Khidmat Konsultasi dan Jaringan
Profesional yang baharu adalah Dr. Hj. Hazram bin Ismail.
Selamat bertugas di jabatan baharu kepada Dr. Hjh.
Azizah binti Hussin dan selamat datang ke Sektor Khidmat
Konsultasi dan Jaringan Profesional buat Dr. Hj. Hazram
bin Ismail.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Dr.


Hjh. Azizah binti Hussin, Ketua Sektor Khidmat Konsultasi
Ucapan & Jaringan Profesional IPGKSM untuk menyampaikan
KUPTP ucapan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.
IPGKSM
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hjh.
Azizah binti Hussin atas ucapan yang diberikan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yang


berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah IPGKSM
Ucapan Tuan untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya majlis
Pengarah mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia


Dr. Hj. Ahamad bin Rahim atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

2
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan buku


kepada ahli jawatankuasa Sektor Khidmat Konsultasi &
Jaringan Profesional IPGKSM. Untuk itu, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan yang berbahagia Dr. Hj.
Ahamad bin Rahim dengan diiringi Puan Azlina binti
Ahmad dan Dr. Hjh. Azizah binti Hussin untuk
Penyampaian menyampaikan sijil dan buku kepada penerima. Dengan
Sijil hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Puan
Azlina binti Ahmad dan Dr. Hjh. Azizah binti Hussin atas
kesudian menyampaikan sijil dan buku kepada para
penerima sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Penyampaian sijil dan buku itu tadi mengakhiri majlis pada


hari ini. Sebelum acara santapan, saya selaku pihak majlis
sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
Penutup dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis pada hari ini.

Seterusnya dipersilakan _____________ untuk


membacakan doa makan.

Selamat menjamu selera semua.. Sekian, terima kasih.

You might also like