You are on page 1of 2

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang diggunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Pengenalan kepada Kata Adjektif

Kata adjektif boleh dikenal pasti jika sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat.
Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu
Kata penguat hadapan yang datang sebelum kata adjektif.
Kata penguat belakang yang ada selepas kata adjektif.
Kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh kata penguat boleh di lihat di rajah di bawah.
Contoh kata penguat boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah.

Kata Kata Kata

Penguat Penguat Penguat

Hadapan Belakang Bebas

terlalu sekali amat

paling betul sangat

agak nian sungguh

Jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tunggal biasanya terdiri dari satu perkataan seperti gemuk, gelap, manis.
Kata adjektif terbitan adalah kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
Kata adjektif ganda terbahagi kepada dua iaitu;
Kata ganda penuh di mana dilakukan dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh
Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu.

Kata Adjektif Tunggal

Kata adjektif tunggal ini wujud dalam satu bentuk kata tunggal atau satu perkataan sahaja.
Selain itu, kata adjektif tunggal juga wujud dalam bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau mengalami proses
penggandaan.
Contoh kata adjektif tunggal adalah seperti di bawah.
Gadis cantik itu melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Cara hidup jutawan itu amat sederhana.

Kata Adjektif Terbitan

Kata adjektif terbitan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu;


Imbuhan awalan
Imbuhan apitan
Imbuhan sisipan.
Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis imbuhan dan contoh ayat.

www.pandai.org
Contoh
Contoh ayat
perkataan

Imbuhan Awalan

(se , ter
​ )

Amin sepandai kakaknya.


sepandai, tertinggi, terkecil Hakim pelajar tertinggi dalam kelas itu.

Imbuhan kata apitan

(ke an)

Walaupun Nadia sudah lama menetap di German, dia masih berpegang kepada adat kemelayuan.
kemelayuan, kemerah-merahan Muka aiman kemerah-merahan apabila dimarahi oleh ibunya.

Imbuhan sisipan

( el
​ ​ , em
​ ​ )

Telapak tangan ayah penuh dengan parut kerana banyak membuat kerja.
telapak, gemuruh, gemilang Majlis perkahwinan itu sungguh gemilang.

Kata Adjektif Berganda

Kata adjektif berganda terbahagi kepada dua iaitu;


Kata ganda penuh
Kata ganda penuh berlaku dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh.
Kata ganda berentak
Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
Berikut adalah contoh penggunaan kata adjektif berganda.

Kata ganda penuh Kata ganda berentak


Kanak-kanak itu sedang bermain kejar-
Aiman berasa pening kepala apabila melalui jalan yang bengkang-bengkok itu.
kejar
Guru disiplin telah mengambil tindakan disiplin serta-merta tarhadap murid yang terlibat dengan
Buku-buku disusun kemas di atas rak
kes kecurian itu

Kata Adjektif Majmuk

Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna
tertentu.
Kata adjektif majmuk juga boleh digunakan dengan simpulan bahasa.
Berikut adalah contoh perkataan dan ayat untuk kata adjektif majmuk.

Perkataan Contoh ayat yang boleh digunakan


Ringan tulang Sikap ali yang ringan tulang itu amat disukai oleh orang sekelilingnya
Kuning langsat Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi pertandingan ratu cantik itu
Merah Jambu Tahun ini Ikmal memakai baju raya berwarna merah jambu

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

You might also like