You are on page 1of 2

Analisakan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan Indonesia terhadap kuasa

Belanda pada abad ke 19.

Peluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke- 19 telah membawa perubahan dan
peraturan baharu dalam beberapa aspek kehidupan di Indonesia Perkara ini bukan sahaja
menjejaskan pemerintah tempatan tetapi kepada masyarakat setempat. Belanda pada awalnya
hanya menjajah Pulau Jawa tetapi telah meluaskan wilayahnya ke pulau lain seperti Sumatera,
Sulawesi dan Borneo. Oleh itu, kebangkitan masyarakat tempatan didorong oleh pelbagai
faktor.

Faktor yang pertama iaitu dari segi ekonomi ialah dasar-dasar ekonomi yang bersifat
menindas. Sistem tanaman paksa yang dilaksanakan pada 1830 ialah salah satu bentuk
penindasan yang kejam. Petani perlu memperuntukkan satu perlima daripada tanaman sawah
untuk tanaman eksport. Perkara ini menyebabkan tanaman untuk keperluan keluarga terabai.
Petani juga dipaksa bekerja lebih daripada 200 hari setahun untuk kerajaan sehingga tiada masa
untuk menanam tanaman sendiri. Akibatnya, berlaku kekurangan beras dan kebuluran berlaku
di Jawa Tengah. Petani juga dikecualikan bayaran sewa tanah jika menanam tanaman eksport
milik kerajaan tetapi syarat ini tidak dilaksanakan Belanda. Selain itu, wujud juga dasar liberal
yang mendatangkan faedah kepada pemodal dari Cina berbanding rakyat tempatan. Jelaslah
bahawa dasar ekonomi yang menindas ini menyebabkan penentangan penduduk tempatan.

Faktor yang seterusnya ialah pengenalan pelbagai jenis cukai. Antaranya ialah cukai
kepala iaitu dkenakan apabila bawa bayi dalam dukungan dan cukai sempadan yang dikenakan
kepada penduduk yang membawa hasil sendiri ke wilayah kerajaan. Bukan itu sahaja, cukai
tanah turut dibuat kepada mereka yang menyewa tanah daripada kerajaan untuk buat tanaman
sendiri dan cukai garam yang dikenakan kepada penduduk tempatan yang beli garam untuk
kegunaan sendiri. Jelaslah tindakan Belanda yang kenakan cukai yang membebankan menjadi
sebab penentangan penduduk tempatan.

Faktor yang berikutnya ialah pembatalan sistem kontrak sewa tanah. Sebelum
pentadbiran Baron Var der Capellan di Pulau Jawa, orang Eropah ada buat perjanjian kontrak
sewa tanah dengan pembesar tempatan. Mengikut perjanjian, orang Eropah boleh kerjakan
tanah itu ikut mereka atau dengan mengupah petani. Tetapi, gabenor Baron Var der Capellan
telah membatalkan kontrak tersebut dan larang rakyat tempatan menyewakan tanah tersebut
kepada orang asing. Hal ini menyebabkan pembesar hilang sumber pendapatan dan mereka
juga perlu memulangkan wang pendahuluan dari penyewa Eropah. Bagi mengatasi masalah
itu, pembesar perlu mengerah tenaga petani dengan lebih untuk meningkatkan hasil tanaman
bagi membayar hutang tersebut. Terbukti bahawa perkara ini menimbulkan kemarahan
penduduk tempatan kepada Belanda.

Faktor ekonomi yang terakhir ialah penindasan orang Cina. Tindakan Belanda yang
memajakkan hak pungutan cukai tol atau sempadan kepada orang Cina menyebabkan tidak
puas hati. Hal ini kerana mereka perlu bayar cukai yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan
Belanda. Orang Cina juga menjadi peminjam wang yang mengenakan kadar faedah yang
tinggi. Orang Cina juga menjadi orang tengah dalam perdagangan garam iaitu membeli garam
dengan harga murah tetapi jual semula dengan harga yang mahal. Maka, sentiment anti-Cina
ini menimbulkan penentangan terhadap Belanda.

Terdapat juga faktor politik iaitu campur tangan Belanda dalam hal ehwal politik
tempatan. Campur tangan ini menyebabkan para pembesar kehilangan kuasa dan pengaruh.
Tindakan itu telah menjejaskan sistem pentadbiran tradisional. Antara isu yang Belanda masuk
campur ialah di Sulawesi, masalah pewarisan takhta di Jogjakarta iaitu dengan Diponegoro dan
di Banjarmasin iaitu melantik Tamjid Ulah sebagai pengganti Sultan yang menyebabkan
perebutan takhta. Terbukti bahawa terdapat juga faktor campur tangan Belanda dalam hal ehwl
politik tempatan.

Akhir sekali, terdapat faktor sosial iaitu pencabulan agama Islam dan budaya tempatan.
Belanda telah mengganggu adat resam, tatasusila, nilai sosial dan agama Islam. Contohnya iala
Diponegoro iaitu orang yang kuat agama, dan dihormati yang dinafikan haknya dalam
pewarisan takhta di Jogjakarta. Belia dikenali sebagai Ratu Adil yang akan bebaskan mereka
dari penindasan. Berdasarkan kepercayaan itu, orang Jawa sangat beri sokongan kepada beliau
untuk lancarkan perang jihad.

Kesimpulannya, terdapat pelbaga sebab kepada penentangan masyarakat tempatan


terhadap Belanda. Hal ini telah mencetuskan beberapa siri penentangan berlaku seperti Perang
Jawa dan Perang Acheh

You might also like