You are on page 1of 15

SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 (JA232)

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH, PACE UUM

GMGA3063 PERBANDINGAN PENTADBIRAN AWAM

NO. MATRIK: 276235

NAMA: THONY AK SAGING

NO. TELEFON: 0194841072

KUMPULAN: I (KUCHING)

TAJUK: SISTEM WESTMINSTER

TARIKH SERAHAN: 14.1.2024

NAMA PENSYARAH: DR SITI NOOR SHAMILAH MISNAN

TUGASAN INDIVIDU
Pentadbiran:

Markah: Catatan:
SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 CIRI-CIRI UTAMA SISTEM WESTMINSTER 1

3.0 FUNGSI EKSEKUTIF 3

4.0 KETUA NEGARA SERTA PERANANNYA 5

5.0 KABINET KERAJAAN 6

6.0 PARLIMEN DEWAN TUNGGAL DAN DWIDEWAN 7

7.0 KRITIKAN 9

8.0 UPACARA/PROTOKOL 11

9.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13
1. PENGENALAN

Sistem Westminster ialah sistem parlimen kerajaan demokrasi yang diambil dari Parlimen United

Kingdom (UK), Empayar British. Perkataan ini berasal dari Istana Westminster, tempat Parlimen

negara berkenaan bersidang. (Syauyiid Alamsyah, & Nurdin: 2023). Sistem ini merupakan satu

prosedur yang berurutan diperlukan untuk menjalankan fungsi badan perundangan. Ia telah

digunakan oleh kebanyakan badan perundangan negara Komanwel, termasuk wilayah Kanada

sehingga ke tanah jajahan Australia pada pertengahan 1800-an. Sistem Westminster bergantung

pada undang-undang, tradisi dan sejarah Parlimen UK, yang juga dikenali sebagai Perlembangaan

United Kingdom. Perlembagaan negara ini tiada rujukan sumber bertulis jika dibandingkan dengan

majoriti negara-negara Komanwel yang menggunakan Sistem Westminster. Ini bermakna

perlembagaan lama Sistem Westminster tidak menerangkan dengan jelas tentang bagaimana cara

kabinet dan perdana menteri ditubuhkan.

2. CIRI-CIRI UTAMA SISTEM WESTMINTER

Antara aspek penting yang masih kekal dalam setiap sistem asal Westminster adalah seperti

berikut:

i. Seorang raja atau ketua negara yang memegang kuasa eksekutif secara nominal atau teori

memegang beberapa kuasa simpanan dan tanggungjawab utamanya adalah melaksanakan

fungsi tradisional. Sebagai contoh, menjadi raja England, menjadi Presiden dalam

1
kebanyakan negara dan menjadi gabenor negeri dan wilayah dalam sistem federal. Negara

Israel dan Ireland tidak termasuk dalam kategori ini kerana kedua-dua negara tersebut

mempunyai presiden de jure dan de facto.

ii. Ketua negara secara rasminya melantik seorang ketua kerajaan yang dikenali sebagai

Perdana Menteri, Premier atau Menteri Pertama. Ketua kerajaan kebiasaanya dipilih

melalui parti majoriti di dalam parlimen.

iii. Ketua kerajaan akan memimpin sebuah cabang eksekutif de facto terdiri daripada ahli

badan perundangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam kabinet.

iv. Sebuah badan perundangan yang dipilih terdiri daripada dwidewan dan satu dewan

tunggal. Rakyat akan memilih ahli-ahli Dewan Legislatif melalui pilihan raya (kecuali

negara New Zealand, Israel serta Australia yang menggunakan perwakilan berkadar).

v. Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memecat sebuah kerajaan dengan meluluskan usul

tidak percaya atau istilah "menahan Bekalan." Sebuah kerajaan boleh dijatuhkan atau

dipaksa untuk mengadakan pilihan raya umum melalui sistem Westminster.

vi. Parlimen boleh dibubarkan dan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa.

2
vii. Parlimen mempunyai hak istimewa dengan memberi jaminan kepada Badan Legislatif

untuk membincangkan isu yang dianggap relevan tanpa perasaan takut dan bimbang.

viii. Hansard ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan minit mesyuarat.

ix. Mahkamah mempunyai keupayaan untuk menangani kekaburan dalam perundangan

berkanun Parlimen melalui common law.

3. FUNGSI EKSEKUTIF

Gaya fungsi eksekutif Sistem Westminster adalah sangat kompleks. Pada dasarnya, raja atau

presiden, biasanya ketua negara, adalah tokoh budaya yang merupakan sumber kuasa eksekutif

secara teori, formal atau sah dalam sistem. Ketua negara tidak mempunyai kuasa untuk melakukan

tindakan eksekutif, tetapi mereka boleh melakukannya atas nama mereka. Sokongan majoriti

dalam dewan akan diberikan kepada ketua kerajaan, yang dikenali sebagai Perdana Menteri. Jika

Parlimen sebulat suara menolak sesuatu usul tidak percaya seperti rang undang-undang

belanjawan, kerajaan yang terbentuk pada masa itu akan meletakkan jawatan bagi melantik

kerajaan baru dengan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum dan

menyerahkan semula mandat kerajaan.

Kabinet secara amnya memegang kuasa eksekutif dalam sistem Westminster. Walaupun kabinet

dan Perdana Menteri terus memegang kuasa eksekutif, pemerintah beraja secara teorinya

memegang kuasa itu. Sebagai contoh, untuk menjalankan fungsi eksekutif Perdana Menteri dan

3
kabinet memerlukan kebenaran daripada ketua negara. Misalnya, Perdana Menteri British ingin

mengadakan pilihan raya umum dengan membubarkan parlimen, dia secara berperlembagaan

dikehendaki meminta kebenaran raja. Prerogatif raja termasuk kuasa melantik ahli kabinet dalam

pentadbiran, melantik diplomat, pengisytiharan perang atau darurat serta menandatangani sesuatu

deklamasi. Pada zaman moden, raja melaksanakan kuasa ini atas nasihat Perdana Menteri. Raja

England mengikuti nasihat menterinya sebagai seorang raja berperlembagaan kecuali dalam situasi

krisis atau darurat.

Kuasa dan pengaruh pemerintahan tanah jajahan British menyebabkan kemunculan tradisi ini di

negara lain mengamalkan Sistem Westminster. Di negara Komanwel seperti Australia, New

Zealand dan Kanada, apabila Perdana Menteri melaksanakan keputusan eksekutif, mereka

dikehendaki meminta kebenaran gabenor jeneral. Amalan ini juga serupa dengan amalan seperti

di United Kingdom. Situasi yang hampir sama juga berlaku di negara Komanwel yang lain seperti

di India, Trinidad dan Tobago.

Polisi kerajaan juga dikekalkan melalui mesyuarat antara ketua negara dan kabinet, di mana

mereka sebagai penasihat, perunding dan memberi amaran kepada ahli kabinet tentang tindak

tanduk mereka. Ini adalah perkara biasa di India dan Britain. Di Britain, ratu permaisuri akan

mengadakan mesyuarat setiap minggu secara tertutup dengan Perdana Menteri untuk bercakap

tentang dasar pemerintahan dan memberi pendapatnya tentang isu terkini. Di Malaysia, perkara

yang sama berlaku apabila Perdana Menteri menghadap Yang Dipertuan Agong secara

bersendirian mengenai sesuatu perkara. (Padlee, S. F., & Samad, N. A. :2023). Di India, seperti di

Britain, Perdana Menteri diwajibkan secara perlembagaan untuk mengadakan pertemuan tetap

4
dengan Presiden. Secara teori, ketua negara ialah "pemerintah tetapi tidak memerintah."

Kenyataan ini menunjukkan bahawa ketua negara hanya berperanan sebagai lamabang tradisi dan

tidak melaksanakan kuasa eksekutif secara langsung.

Di United Kingdom, susunan eksekutif ini adalah yang pertama. Raja Britain telah memegang

secara terus-menerus kuasa eksekutif sepanjang sejarah. Raja George I dari England ialah raja

pertama yang memberikan Perdana Menteri dan kabinet menteri kuasa eksekutif. Ini menurut fakta

bahawa baginda adalah raja Hanover di Jerman dan kurang memahami berbahasa Inggeris.

Pengaturan seperti itu terus memberikan kuasa eksekutif bagi pihak raja dari semasa ke semasa.

Walter Bagehot mengemukakan idea ini di Perlembagaan Inggeris 1876, yang memberi pandangan

tentang sifat kerajaan yang "bermaruah" dan "cekap". Dalam kenyataan ini, Bagehot berhujah

bahawa raja harus menjadi tonggak utama negara, dan PM serta kabinet harus bertanggungjawab

membuat keputusan eksekutif.

4. KETUA NEGARA SERTA PERANANNYA

Seorang ketua negara atau wakil raja, seperti gabenor jeneral, melantik seseorang yang mempunyai

keyakinan terhadap dewan undangan yang dipilih sebagai ketua kerajaan untuk membentuk

kerajaan. Di Britain, istilah ini dipanggil ‘cium tangan’. Ketua negara bertindak mengikut

kehendak ketua kerajaan melalui konvensyen, sekiranya hendak membubarkan badan

perundangan dan mengadakan pilihan raya baru. Keadaan ini tidak berlaku di negara Republik

Ireland kerana presidennya memperolehi kuasa melalui pilihan raya. Seorang Taoiseach, atau

perdana menteri, harus dipilih oleh Dáil Éireann melalui dewan rakyat secara demokrasi.

5
Sesetengah pihak berkuasa berpendapat bahawa perlembagaan Ireland menyerupai sistem separuh

presiden di Westminster kerana kuasa dan mandat yang mungkin ada di dalamnya.

Raja, presiden dan gabenor jeneral mempunyai kuasa yang sangat besar. Krisis Perlembagaan

Australia 1975 dan Canadian King-Byng Affair 1926 adalah dua contoh penggunaan kuasa.

Prinsip Lascelles merupakan ikthiar untuk mencipta satu konvensyen yang belum diuji dalam

kehidupan sebenar. Presiden, raja-raja, dan gabenor jeneral mempunyai kuasa formal yang berbeza

di setiap negara kerana perlembagaan bertulis mereka tidak sama. Oleh sebab itu, mereka selalunya

terlindung daripada kritikan rakyat kerana menggunakan kuasa mereka sendiri.

5. KABINET KERAJAAN

Dalam perlembangaan Inggeris, Bagehot menerangkan bahawa perlembagaan terdiri daripada dua

bahagian. Mereka ialah komponen bermaruah yang berfungsi sebagai simbol dan komponen cekap

yang berfungsi dan dilaksanakan dengan betul. Baghot menamakan bahagian cekap sebagai

"Kabinet Kerajaan." Walaupun banyak kajian sejak itu menekankan pelbagai aspek "cekap",

namun tiada siapa yang benar-benar serius menyangkal idea Bagehot tersebut yang menyatakan

bahawa terdapat pembahagian dalam sistem Westminster. Israel dan Jepun berfungsi tanpa elemen

"bermaruah" dalam kerajaan mereka.

Secara kolektif, menteri kabinet bertanggungjawab terhadap undang-undang kerajaan. Kabinet

tidak membuat keputusan melalui undian undi. Semua keputusan dibuat melalui persetujuan atau

konsensus. Tidak kira sama ada menteri muda atau menteri kanan dalam Kabinet, setiap orang

6
mesti secara terbuka menyokong dasar kerajaan tanpa mengira kepentingan peribadi mereka.

Memandangkan Perdana Menteri mempunyai satu-satunya kuasa perlembagaan untuk mengawal

pentadbiran dalam kerajaan, apabila berlaku rombakan kabinet, topik utama perbincangan di

kalangan pakar media dan politik ialah siapa yang akan kekal, dimasukkan atau dikeluarkan dari

kabinet.

Dalam kerajaan kabinet, para menteri bertanggungjawab keatas kementerian yang berada dibawah

mereka. Menteri haruslah mempunyai kawalan lanjut terhadap tindakan ahlinya sekiranya terdapat

kesilapan atau mencipta prosedur yang melanggar undang-undang, perletakan jawatan tidak lagi

dianggap sebagai isu. (Redi, A., & Bakry, M. R. :2018). Perdana Menteri di bawah sistem

Westminster menggunakan kuasa utamannya untuk mengambil tindakan dan keputusan terhadap

menteri yang bertanggungjawab terhadap kementerian tersebut. Manakala pula, parti

pembangkang akan membentuk struktur kerajaan kabinet bayangan dan melatik menteri bayangan

mereka sendiri.

6. PARLIMEN DEWAN TUNGGAL DAN DWIDEWAN

Dalam sistem Westminster, ahli parlimen dilantik melalui undi majoriti manakala ahli parlimen

lain juga dilantik secara terus. Kebanyakan parlimen Westminster mempunyai dewan rendah yang

mempunyai kuasa daripada wakil tempatan. Manakala pula, dewan atas merupakan ahli parlimen

yang dipilih dengan berbagai cara. Misalnya, oleh Akta Dewan Pertuanan 1999. Bangsawan yang

terdiri daripada keturunan ini telah dimansuhkan di United Kingdom. Mereka dilantik seumur

hidup sama ada oleh Perdana Menteri, seperti yang berlaku dengan Senat Kanada atau oleh

7
Perdana Menteri seperti yang berlaku dengan kebanyakan ahli Dewan Pertuanan British. Selain

itu, melalui pilihan raya langsung seperti Senat Australia, dan pilihan raya oleh kerajaan kecil

negeri, seperti Rajya Sabha India, dan sistem asal Westminster. Dewan atasan di UK mempunyai

kuasa perlembagaan yang terhad sebagai badan perundingan, manakala dewan rendah bertindak

sebagai badan perundangan de facto. Di negara lain, dewan atas kadangkala mempunyai kuasa

yang sangat besar. Parlimen di New Zealand, Queensland dan wilayah Kanada antara contoh

parlimen gaya Westminster tidak mempunyai dewan yang menjadikan mereka ekadewan.

Manakala yang lain termasuk Parlimen Malta dan Papua New Guinea.

Australia mempunyai banyak persamaan dengan pengaruh Perlembagaan AS dan adat

Westminster. Australia adalah unik kerana Senat memilih sepenuhnya dewan atasan. Belanjawan

perlu diluluskan sebelum Dewan Senat. Memandangkan Dewan Perwakilan Rakyat adalah dewan

rendah kerajaan, pentadbiran memerlukan sokongan Senat. Sebelum enakmen Akta Parlimen

1911, Senat mempunyai kuasa yang sama seperti Dewan Pertuanan British untuk tidak meluluskan

belanjawan. Gabenor Jeneral mempunyai kuasa untuk menggugurkan kerajaan jika ia tidak dapat

memenuhi bekalan belanjawan. Walau bagaimanapun, kerana perbezaan antara idea konvensional

tentang kepercayaan daripada dewan rendah dan keupayaan Senat untuk menyekat belanjawan,

mereka memilih ini sebagai pilihan terakhir mereka, dan keputusan ini sangat dipertikaikan.

Sesetengah ahli sains politik berpendapat bahawa sistem kerajaan Australia direka dengan tujuan

untuk menggabungkan sistem kerajaan Westminster dan AS. Ini kerana Senat Australia ialah

dewan atasan yang berkuasa seperti Senat AS, yang dikenali sebagai "mutasi Washminster."

8
Parlimen di kebanyakan negeri Australia juga mempunyai kuasa dewan atasan untuk menyekat

perbelanjaan. (Trisnawati, S.H., P. A.:2019).

7. KRITIKAN

Walaupun atas sebab yang munasabah, anggota kabinet tidak mempunyai kelebihan dan

kebebasan untuk menentang polisi kerajaan. Sekiranya seorang anggota kabinet menentang

sebahagian daripada agenda kerajaan, mereka mungkin terpaksa meletakkan jawatan. Ini berlaku

walaupun mereka bersetuju dengan pendapat anggota kabinet lain. Kabinet Westminster biasanya

sangat besar. Kabinet adalah nadi pemerintahan yang mempunyai kuasa besar dan pengaruh

tertinggi dalam kerajaan. Maka, sebaik sahaja parti mereka mendapat kuasa, ahli parlimen akan

giat melobi untuk mendapatkan tempat di kabinet. Majoriti ahli kabinet berasal dari parti mereka

sendiri dan sangat dihargai oleh kepemimpin parti.

Dari segi amalan, Kerajaan Westminster tidak mempunyai banyak perbezaan dalam kuasa antara

badan eksekutif, perundangan, dan kehakiman. Presiden, raja, atau gabenor jeneral mempunyai

kuasa nominal untuk "memeriksa" Perdana Menteri, walaupun mereka berkhidmat sebagai ketua

negara. Mereka biasanya dianggap sebagai boneka yang tidak melibatkan diri dengan politik.

Dalam mana-mana sistem Westminster, Perdana Menteri mempunyai kuasa yang mencukupi

untuk memilih hakim, menteri kabinet dan pegawai kanan lain. Walau bagaimanapun, perlu

diingat juga Perdana Menteri biasanya mengambil kira pendapat orang ramai untuk memastikan

keseimbangan di parlimen. Selain itu, bukan mudah bagi perdana menteri untuk memperolehi

9
sokongan dengan majoriti mudah dari parti pembangkang. Dalam kebanyakan parlimen, sistem

yang diamalkan oleh kerajaan adalah kerajaan campuran.

Ahli parti di parlimen biasanya bergantung kepada Perdana Menteri. Secara praktiknya, kerajaan

campuran dalam sistem konsosiasi yang berbeza seperti Belgium dan Belanda. Perdana Menteri

perlu memastikan ahli pakatan mereka menyokong mereka dengan undi percaya. Di sisi lain,

pakatan jarang berlaku di negara-negara yang mempunyai sistem dwiparti yang kukuh seperti

Australia dan United Kingdom. Ia hanya berlaku apabila pihak ketiga menang banyak kerusi

Parlimen. Semua parti boleh bekerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Sering kali, cadangan undi tidak percaya digunakan untuk memberikan kuasa perundangan untuk

menguruskan sistem Westminster. Adat resam politik di negara-negara Westminster sering

menghalang pengamal perundangan daripada menentang parti mereka dalam usaha untuk

mengekalkan keyakinan majoriti dewan. Pengkritik berpendapat bahawa autonomi dan

kepentingan Ahli Parlimen (MP) akan terjejas. Kabinet adalah satu-satunya organisasi kerajaan di

mana pengamal perundangan mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat

oleh kerajaan. Justeru itu, sebarang keputusan oleh ahli Parlimen dalam jawatankuasa asas,

perkara yang paling penting akan dibuat di peringkat kabinet. Ini bermakna kuasa jawatankuasa

akan dikurangkan. Kejayaan dan kekuatan terbesat mereka adalah apabila kerajaan bersedia untuk

mendedahkan maklumat tertentu yang diperlukan.

10
8. UPACARA/PROTOKOL

Fungsi sistem Westminster sangat berbeza kerana ia memasukkan banyak istiadat protokol ke

dalam pentadbiran. Lazimnya, parlimen ialah sebuah dewan segi empat tepat yang besar dengan

dua baris tempat duduk dan sebuah meja di sebelah. Deretan kerusi berhadapan antara satu sama

lain. Dipercayai bahawa aturan ini berasal dari parlimen pertama yang diadakan di sebuah koir di

gereja. (Evans, A: 2022). Secara amnya, deretan kerusi yang diduduki oleh kerajaan berada di satu

sisi, dan deretan kerusi yang diduduki oleh parti pembangkang berada di sisi yang lain. Di lantai

Dewan Rakyat, dewan rendah Westminster, terdapat garisan yang membezakan ahli kerajaan dan

pembangkang. Hanya ahli yang keluar dari dewan boleh melintasinya. Orang ramai sering

mengatakan bahawa jarak antara dua garisan adalah panjang dua pedang walaupun tiada bukti

yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini. Kerusi Speaker Dewan yang besar terletak di hujung

bilik. Speaker di kebanyakan negara memakai rambut palsu dan biasanya memakai jubah hitam.

Selain itu, terdapat kerani parlimen berjubah yang biasanya duduk di meja kecil di antara dua baris

tempat duduk. Sebagai tambahan kepada sistem Westminster, upacara pembukaan sidang

Parlimen yang panjang biasanya termasuk penyerahan cokmar istiadat dan ucapan dari Takhta

tahunan, di mana ketua negara memberikan ucapan khas kepada Parlimen mengenai jenis dasar

yang dijangkakan untuk tahun berikutnya.

11
9. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Sistem Westminster ialah sebuah sistem parlimen yang berasal dari Istana

Westminster, Parlimen United Kingdom. Sistem ini telah diamalkan oleh badan perundangan di

negara-negara Komanwel dan bekas negara-negara Komanwel. Perbezaan sistem Westminster

perlembagaan Britain dengan negara Komanwel yang lain ialah mereka tidak mendokumentasikan

perlembagaan mereka secara bertulis. Ketua negara melantik Perdana Menteri untuk

melaksanakan fungsi pentadbiran negara. Kuasa eksekutif secara dasarnya dijalankan oleh kabinet.

Perdana Menteri berperanan untuk menasihati ketua negara untuk membubarkan parlimen atau

mengadakan pilihan raya. Parlimen gaya Westminster, perlembagaan terdiri daripada dua

komponen iaitu komponen Bermaruah dan komponen Cekap. Kabinet bertanggungjawab terhadap

undang-undang kerajaan. Dewan rendah berfungsi sebagai badan perundangan de facto, sementara

dewan atas pula berfungsi sebagai badan perunding. Perdana Menteri Westminster sering dikritik

kerana mempunyai terlalu banyak kuasa. Seorang ahli kabinet boleh dipecat hanya kerana

menentang satu elemen agenda kerajaan. Kerajaan Westminster juga tidak mempunyai sistem

permisahan kuasa yang begitu ketara dari segi amalannya. Sistem Westminster menggabungkan

banyak tradisi British ke dalam fungsi kerajaan.

12
RUJUKAN

Evans, A. (2022). Public law. Parliamentary Representation at Westminster and Devolution:

From the “in and Out” to LEVEL, 9–18.

Padlee, S. F., & Samad, N. A. (2023). Pengukuhan perkhidmatan penyelidikan bagi

keberkesanan parlimen. Journal of the Malaysian Parliament, 3, 34–53.

Redi, A., & Bakry, M. R. (2018). Independensi dan Akuntabilitas Ombudsman Republik

Indonesia dengan Instrumen Westminster Foundation for Democracy (WFD). Lex

Publica, 5(2), 52–66.

Saari, M. (2023). Sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia:

Penilaian Kritikal terhadap Instrumen Semak dan Imbang Legislatif. Journal of the

Malaysian Parliament, 3, 1–33.

Syauyiid Alamsyah, & Nurdin. (2023). Lembaga Representatif Publik: Relasi Kekuasaan Dalam

Perspektif Perbandingan Sistem Presidensial Vs Sistem Parlementer Studi Kasus

Indonesia Dengan Inggris. Jurnal Adhikari, 2(3), 392–405.

Trisnawati, S.H., P. A. (2019). Sistem Parlemen: Unikameral, Bikameral dan Trikameral. Sistem

Parlemen: Unikameral, Bikameral Dan Trikameral. https://pdb-lawfirm.id/sistem-

parlemen-unikamreal-bikameral-dan-trikameral/

13

You might also like