You are on page 1of 22

30/10/2023

Bengkel Perbincangan 100


Kesalahan Tatabahasa
Siri Distingtif
CIKGU THEEBAN
PENJERAYAWARA BAHASA MELAYU

KESALAHAN KATA BILANGAN

KESALAHAN 1
Setiap orang murid haruslah mematuhi peraturan sekolah.

JAWABAN
Setiap murid haruslah mematuhi peraturan sekolah.

ALASAN
Kata bilangan pisahan tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan

1
30/10/2023

KEKELIRUAN 1
Setiap orang haruslah mematuhi undang-undang kerajaan.

JAWABAN
Setiap orang haruslah mematuhi undang-undang kerajaan.

ALASAN
Orang – tidak merujuk penjodoh bilangan dalam ayat ini tetapi merujuk
khalayak/masyarakat umum. Oleh itu, ayat di atas adalah tidak salah

KESALAHAN 2
Beberapa buah cadangan dikemukakan dalam mesyuarat tergempar itu.

JAWABAN
Beberapa cadangan dikemukakan dalam mesyuarat tergempar itu.

ALASAN
Kata bilangan tak tentu tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.

2
30/10/2023

KESALAHAN 3
Beberapa burung hinggap pada dahan pokok rambutan itu.

JAWABAN
Beberapa ekor burung hinggap pada dahan pokok rambutan itu.

ALASAN
Hanya kata bilangan tak tentu ‘beberapa’ wajib diikuti oleh penjodoh
bilangan sekiranya kata nama konkrit ditulis selepasnya
konkrit – dapat dilihat/nyata

KESALAHAN 4
Ketiga-tiga murid itu dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar.

JAWABAN
Ketiga-tiga orang murid itu dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar.

ALASAN
Kata bilangan himpunan yang bermula dengan ‘ke’ dan digandakan wajib
diikuti oleh penjodoh bilangan sekiranya kata nama konkrit ditulis selepasnya

3
30/10/2023

KESALAHAN 5
Ketiga-tiga buah cadangan itu telah ditolak oleh anggota mesyuarat.

JAWABAN
Ketiga-tiga cadangan itu telah ditolak oleh anggota mesyuarat.

ALASAN
Kata bilangan himpunan yang bermula dengan ‘ke’ dan digandakan tidak
boleh diikuti penjodoh bilangan sekiranya kata nama abstrak ditulis
selepasnya abstrak – tidak dapat dilihat/ bukan nyata

KESALAHAN 6
Sebahagian hartanya telah disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim
itu.

JAWABAN
Sebahagian daripada hartanya telah disumbangkan kepada rumah anak-
anak yatim itu.

ALASAN
Kata bilangan pecahan ‘sebahagian’ wajib diikuti oleh kata sendi nama
“daripada”.

4
30/10/2023

KESALAHAN 7
Semua guru-guru diminta supaya menghadiri mesyuarat itu di bilik guru.

JAWABAN
Semua guru diminta supaya menghadiri mesyuarat itu di bilik guru.

ALASAN
Kata nama yang mengikuti kata bilangan tak tentu yang membawa maksud
jamak tidak boleh digandakan

KESALAHAN 8
Semua kanak di taman rekreasi itu sedang bermain dengan gembiranya.

JAWABAN
Semua kanak-kanak di taman rekreasi itu sedang bermain dengan
gembiranya.

ALASAN
Kata ganda semu yang mengikuti kata bilangan tak tentu (semua) yang
membawa maksud jamak perlu ditulis dengan penuhnya

10

5
30/10/2023

TAKRIFAN
kata ganda semu – kata ganda yang tidak dapat dipisahkan kerana
sekiranya dipisahkan kata ganda tersebut tidak akan memberikan maksud

biri-biri labah-labah kunang-kunang

rama-rama kura-kura kelip-kelip

11

KESALAHAN 9
Ramai orang telah menghadiri temu duga dalam talian itu.

JAWABAN
Banyak orang telah menghadiri temu duga dalam talian itu.

ALASAN
Perkataan ‘ramai’ merupakan kata adjektif yang membawa maksud
keadaan bising.
Manakala. perkataan ‘banyak’ merupakan kata bilangan tak tentu.

12

6
30/10/2023

KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA KERJA
KESALAHAN 1
Pakaian sekolahnya masih belum terbasuh.

JAWABAN
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh.

ALASAN
Kata kerja tak transitif pasif yang berawalan ‘ber’ sama ertinya dengan kata
kerja pasif yang berawalan ‘di’
berbasuh=dibasuh
berjawab=dijawab
bersusun=disusun
Kata kerja jenis ini lazimnya diawali oleh kata bantu sudah, belum, atau telah

13

KESALAHAN 2
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh oleh ibunya.

JAWABAN
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai kata kerja pasif yang berawaln ‘ber’ tidak
mementingkan binaan oleh + FN

14

7
30/10/2023

KESALAHAN 3
Ali kena dirotan oleh ibunya.

JAWABAN
Ali kena rotan oleh ibunya.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai perkataan ‘kena’ wajib diikuti oleh kata kerja
dasar tanpa imbuhan awalan

kena dimaki ❌ kena dikurung❌ kena ditampar❌

kena maki✔ kena kurung✔ kena tampar✔

15

KESALAHAN 4
Ali kena rotan ibunya.

JAWABAN
1. Ali kena rotan oleh ibunya.
2. Ali kena rotan.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai perkataan ‘kena’ boleh ditulis

1. dengan binaan oleh + FN


2. tanpa binaan oleh + FN

16

8
30/10/2023

KESALAHAN 5
Tiang lampu di bahu jalan terlanggar lori pasir yang sarat muatan.

JAWABAN
Tiang lampu di bahu jalan terlanggar oleh lori pasir yang sarat muatan.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai kata kerja pasif yang berawalan ‘ter’ wajib diikuti
kata sendi nama ‘oleh’.
Sekiranya kata sendi nama ini (oleh) digugurkan, maksud ayat tersebut akan
terjejas.

17

KESALAHAN 6
Pihak kerajaan haruslah menghidupkan semula budaya permainan
tradisional di negara kita.

JAWABAN
Pihak kerajaan haruslah menghidupkan budaya permainan tradisional di
negara kita semula.

ALASAN
Kata kerja transitif wajib diikuti oleh objek kata nama.
semula – kata adverba yang menerangkan kata kerja transitif
‘menghidupkan’

18

9
30/10/2023

KESALAHAN 7
Encik Ali menyatakan beliau akan mempengerusikan mesyuarat agung
persatuan penduduk itu.

JAWABAN
Encik Ali menyatakan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat
agung persatuan penduduk itu.

ALASAN
Frasa komplemen (bahawa) berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.

19

KESALAHAN 8
Inap desa di perkampungan orang Asli itu dibina dengan berkonsepkan
pada ciri-ciri ketimuran.

JAWABAN
Inap desa di perkampungan orang Asli itu dibina dengan berkonsepkan ciri-
ciri ketimuran.

ALASAN
Kata kerja tak transitif yang berapitan ‘ber…kan’ wajib diikuti oleh kata nama
dan bukannya kata sendi nama

berlandaskan pada berdasarkan kepada bercirikan dengan


agama❌ peta❌ kemelayuan❌
berlandaskan agama✔ berdasarkan peta✔ bercirikan kemelayuan✔

20

10
30/10/2023

KESALAHAN 9
Kelawar-kelawar bergantungan pada dinding gua itu.

JAWABAN
Kelawar bergantungan pada dinding gua itu.

ALASAN
Kata kerja tak transitif yang berapitan ‘ber…an’ membawa maksud subjek
yang banyak . Oleh itu, subjek ayat tidak perlu digandakan kerana ayat itu
akan menjadi lewah.

21

KESALAHAN 10
Amalan saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat majmuk
wajarlah dipupuk oleh kerajaan kita.

JAWABAN
Amalan saling membantu/bantu-membantu dalam kalangan masyarakat
majmuk wajarlah dipupuk oleh kerajaan kita.

ALASAN
Kata ganda yang menunjukkan perbuatan antara dua pihak tidak boleh
diawali oleh kata ‘ saling’.

22

11
30/10/2023

KESALAHAN PENGGUNAAN
FRASA SENDI NAMA
KESALAHAN 1
Hasnul membuang sampah sarap yang terdapat di atas lantai di dalam tong
sampah.

JAWABAN
Hasnul membuang sampah sarap yang terdapat di atas lantai ke dalam
tong sampah.

ALASAN
Frasa sendi nama ‘di dalam’ membawa maksud sesuatu/seseorang yang
sudah berada di kawasan yang mempunyai ruang.

di dalam kelas
di dalam rak buku

23

KESALAHAN 2
Adriana mengharungi sungai yang deras itu dengan berpaut kepada
ranting-ranting pokok.

JAWABAN
Adriana mengharungi sungai yang deras itu dengan berpaut pada ranting-
ranting pokok.

ALASAN
Kata sendi nama ‘pada’ membawa maksud sandaran. Dalam ayat di atas,
‘berpaut pada’ maksudnya ‘berpegang pada’.

24

12
30/10/2023

KESALAHAN 3
Pihak kerajaan senantiasa memberikan perhatian terhadap kesejahteraan
rakyat.

JAWABAN
Pihak kerajaan senantiasa memberikan perhatian tentang kesejahteraan
rakyat.

ALASAN
Kata sendi nama ‘tentang’ wajib diikuti oleh rujukan umum atau mujarad.
mujarad=abstrak=tidak nampak/tidak dapat dilihat

25

KESALAHAN 4
Tindakan tegas akan diambil kepada murid yang sering ponteng sekolah.

JAWABAN
Tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang sering ponteng sekolah.

ALASAN
Kata sendi nama ‘kepada’ membawa maksud sasaran. Maksud sasaran ini
lebih kepada maksud ‘memberikan sesuatu’.

Dalam ayat di atas, tindakan tegas bukan diberikan kepada murid tetapi
murid menjadi rujukan tindakan itu diambil.

26

13
30/10/2023

KESALAHAN 5
Semangat cintakan negara harus disemai dalam kalangan anak muda sejak
bangku sekolah.

JAWABAN
Semangat cinta akan negara harus disemai dalam kalangan anak muda
sejak bangku sekolah.

ALASAN
Kata sendi nama ‘akan’ tidak boleh disingatkan dan ditulis rapat pada kata
adjektif perasaa/emotif.

27

KESALAHAN 6
Kerja pemasangan paip itu dipantau oleh seorang pegawai dari Jabatan Air
Selangor.

JAWABAN
Kerja pemasangan paip itu dipantau oleh seorang pegawai daripada
Jabatan Air Selangor.

ALASAN
Kata sendi nama ‘dari’ merujuk ATM manakala dalam ayat di atas pegawai
itu bukannya datang dari Jabatan Air Selangor tetapi pegawai itu mewakili
institusi tersebut.

28

14
30/10/2023

KESALAHAN 7
Cik Humaira membeli beberapa pasang baju Melayu demi untuk adik-
adiknya di kampung.

JAWABAN
1. Cik Humaira membeli beberapa pasang baju Melayu demi adik-adiknya
di kampung.
2. Cik Humaira membeli beberapa pasang baju untuk adik-adiknya di
kampung.

ALASAN
Kata sendi nama ‘untuk’ digunakan bagi merujuk bahagian yang dikhaskan
kepada seeorang .Manakala, kata sendi nama ‘demi’ digunakan bagi
maksud tujuan.

29

KESALAHAN 8
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan sampai ke malam
pada hari ini.
JAWABAN
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan sampai malam pada
hari ini. ✔
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan ke malam pada hari
ini. ❌
ALASAN
Dua kata sendi nama tidak dapat dirangkaikan bersebelahan dalam satu frasa.
Selain itu, kata sendi nama ‘ke’ yang merujuk masa/waktu biasanya berpadanan
dengan kata sendi nama ‘dari’

Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan dari pagi ke malam pada hari ini.
Alyssa menunggu rakannya di perhentian bas dari pagi ke petang.

30

15
30/10/2023

KESALAHAN 9
Pasukan badminton sekolah tewas oleh kerana kekurangan latihan.

JAWABAN
Pasukan badminton sekolah tewas oleh sebab kekurangan latihan.

ALASAN
Kata sendi nama wajib diikuti kata nama. Akan tetapi, dalam ayat di atas
kata sendi nama ‘oleh’ diikuti kata hubung keterangan musabab ‘kerana’.

Maka, hal ini telah melanggar syarat binaan kata sendi nama.

kata sendi kata nama frasa sendi nama


di sekolah di rumah
kepada guru kepada rumah
untuk ibu untuk ibu

31

KESALAHAN 10
Cikgu Siva memeriksa karangan para murid dengan teliti.

JAWABAN
Cikgu Siva memeriksa karangan para murid dengan telitinya.

ALASAN
Kata sendi nama wajib diikuti oleh kata nama. Akan tetapi, dalam ayat di
atas kata sendi nama ‘dengan’ diikuti oleh kata adjektif ‘teliti’. Maka itu, kita
haruslah menambah kata pembenda ‘nya’ pada kata adjektif itu untuk
menukarkan kata adjektif itu kepada kata nama.

kata sendi kata nama frasa sendi nama


kata adjektif kata pembenda ‘nya’
dengan laju nya dengan lajunya
dengan ligat nya dengan ligatnya
dengan ramah nya dengan ramahnya

32

16
30/10/2023

KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA HUBUNG

KESALAHAN 1
Justeru itu, kita haruslah belajar bersungguh-sungguh agar mencapai
kecemerlangan akademik.

JAWABAN
Ali bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan justeru dalam bidang
kokurikulum.

ALASAN
Kata hubung gabungan ‘justeru’ sering disalahertikan sebagai penanda
wacana ‘oleh itu’.

Pada hakikatnya, kata hubung gabungan ‘justeru’ bermaksud


malahan/bahkan.

33

KESALAHAN 2
Walaupun tewas dalam pertandingan itu, namun Ali tidak berputus asa.

JAWABAN

Walaupun tewas dalam pertandingan itu, Ali tidak berputus asa.(ayat songsang)

Ali tidak berputus asa walaupun tewas dalam pertandingan itu. (ayat biasa)

ALASAN
Namun Ali tidak berputus asa walaupun tewas dalam pertandingan.
(ayat biasa)
Ayat = Subjek + Predikat

34

17
30/10/2023

KESALAHAN 3
Encik Hussein meletakkan kerusi keselamatan bayi di tempat duduk belakang
kerana keluar bersiar-siar.

JAWABAN
Encik Hussein meletakkan kerusi keselamatan bayi di tempat duduk belakang
ketika/semasa/tatkala/apabila keluar bersiar-siar.

ALASAN
Kata hubung keterangan musabab ‘kerana’ hanya digunakan sekiranya
kedua-dua ayat mempunyai unsur perkaitan sebab dan akibat.

Contoh :
Petani itu menanam jagung kerana menanti padi masak.
Petani itu menanam jagung sementara menanti padi masak.

35

KESALAHAN 4
Ibu menghiris bawang merah menggunakan pisau yang tajam.

JAWABAN
Ibu menghiris bawang merah dengan menggunakan pisau yang tajam.

ALASAN
Ayat ini mengandungi dua predikat. Predikat kedua tidak boleh
dipancangkan/dimasukkan secara sesuka hati selepas predikat pertama.
Maka itu, kita wajib menulis kata hubung untuk memasukkan predikat kedua
dalam ayat tersebut.

36

18
30/10/2023

KESALAHAN 5
Puan Asyiqeen memberitahu yang kelewatannya ke pejabat pada pagi tadi
berpunca daripada kesesakan lalu lintas.

JAWABAN
Puan Asyiqeen memberitahu bahawa kelewatannya ke pejabat pada pagi
tadi berpunca daripada kesesakan lalu lintas.

ALASAN
Hanya sejenis kata hubung iaitu kata hubung komplemen ‘bahawa’ dapat
menjadi objek selepas kata kerja transitif.

37

KESALAHAN 6
Azizi akan menyertai ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu jika sekiranya
mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

JAWABAN
Azizi akan menyertai ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu jika/sekiranya
mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

ALASAN
Kata hubung tidak boleh ditulis bersebelahan dalam frasa yang sama.

38

19
30/10/2023

KESALAHAN 7
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk agar untuk keharmonian masyarakat
terjamin di negara kita.

JAWABAN
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk agar keharmonian masyarakat
terjamin di negara kita. ✔
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk untuk keharmonian masyarakat
terjamin di negara kita. ❌

ALASAN
Kata hubung ‘agar’ merupakan kata hubung keterangan harapan manakala
kata hubung ‘untuk’ merupakan kata hubung keterangan tujuan.

39

KEKELIRUAN 2
Ibu menyatakan bahawa yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

ALASAN
Ayat di atas merupakan ayat yang gramatis.

Ayat asalnya;

Ibu menyatakan bahawa (lelaki) yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

Ibu menyatakan bahawa yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

Ayat tunggalnya;
1. Ibu menyatakan sesuatu.
2. Yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

40

20
30/10/2023

ALASAN
Dalam binaan ‘FN + yang’, FN dapat digugurkan secara pilihan.

Guru yang garang itu ialah guru Bahasa Melayu.


Yang garang itu ialah guru Bahasa Melayu.
Dengan alasan inilah, ayat yang bermula dengan kata hubung ‘yang’ dianggap
gramatis.

41

KESALAHAN 8
Kami masih bermain di padang apabila hujan turun dengan lebatnya.

JAWABAN
Kami masih bermain di padang semasa/tatkala/ketika/sewaktu hujan turun
dengan lebatnya.

ALASAN
Kata hubung ‘apabila’ digunakan untuk menyatakan situasi yang
menggambarkan respons antara ayat pertama dan ayat kedua.

Puan Aminah pengsan apabila mendapat berita kematian suaminya.


(menunjukkan respons)

Murid-murid berdiam diri apabila dimarahi oleh guru. (menunjukkan respons)


Murid-murid berdiam diri ketika dimarahi oleh guru. (menunjukkan waktu)

42

21
30/10/2023

LATIHAN UJI MINDA


Kenali kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
NO AYAT KESALAHAN JAWABAN
1 Beberapa ekor rama-rama berterbangan di
kawasan taman bunga itu.

2 Meskipun tidak mendapat biasiswa


daripada pihak kerajan, namun Firdaus
tidak berputus untuk melanjutkan
pengajiannya.

3 Kenyataan yang diberikan oleh saksi itu


ialah tidak benar.

4 Buku-buku di atas meja itu tidak terangkat


Ali kerana berat amat.

5 Pemandangan kawasan pergunungan


yang indah nian sekali itu menggamit
perasaan pengunjung.

43

22

You might also like