You are on page 1of 43

Bengkel Perbincangan 100

Kesalahan Tatabahasa
Siri Distingtif
CIKGU THEEBAN
PENJERAYAWARA BAHASA MELAYU
KESALAHAN KATA BILANGAN

KESALAHAN 1
Setiap orang murid haruslah mematuhi peraturan sekolah.

JAWABAN
Setiap murid haruslah mematuhi peraturan sekolah.

ALASAN
Kata bilangan pisahan tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
KEKELIRUAN 1
Setiap orang haruslah mematuhi undang-undang kerajaan.

JAWABAN
Setiap orang haruslah mematuhi undang-undang kerajaan.

ALASAN
Orang – tidak merujuk penjodoh bilangan dalam ayat ini tetapi merujuk
khalayak/masyarakat umum. Oleh itu, ayat di atas adalah tidak salah
KESALAHAN 2
Beberapa buah cadangan dikemukakan dalam mesyuarat tergempar itu.

JAWABAN
Beberapa cadangan dikemukakan dalam mesyuarat tergempar itu.

ALASAN
Kata bilangan tak tentu tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
KESALAHAN 3
Beberapa burung hinggap pada dahan pokok rambutan itu.

JAWABAN
Beberapa ekor burung hinggap pada dahan pokok rambutan itu.

ALASAN
Hanya kata bilangan tak tentu ‘beberapa’ wajib diikuti oleh penjodoh bilangan sekiranya
kata nama konkrit ditulis selepasnya
konkrit – dapat dilihat/nyata
KESALAHAN 4
Ketiga-tiga murid itu dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar.

JAWABAN
Ketiga-tiga orang murid itu dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar.

ALASAN
Kata bilangan himpunan yang bermula dengan ‘ke’ dan digandakan wajib diikuti oleh
penjodoh bilangan sekiranya kata nama konkrit ditulis selepasnya
KESALAHAN 5
Ketiga-tiga buah cadangan itu telah ditolak oleh anggota mesyuarat.

JAWABAN
Ketiga-tiga cadangan itu telah ditolak oleh anggota mesyuarat.

ALASAN
Kata bilangan himpunan yang bermula dengan ‘ke’ dan digandakan tidak boleh diikuti
penjodoh bilangan sekiranya kata nama abstrak ditulis selepasnya abstrak – tidak dapat
dilihat/ bukan nyata
KESALAHAN 6
Sebahagian hartanya telah disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim itu.

JAWABAN
Sebahagian daripada hartanya telah disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim itu.

ALASAN
Kata bilangan pecahan ‘sebahagian’ wajib diikuti oleh kata sendi nama “daripada”.
KESALAHAN 7
Semua guru-guru diminta supaya menghadiri mesyuarat itu di bilik guru.

JAWABAN
Semua guru diminta supaya menghadiri mesyuarat itu di bilik guru.

ALASAN
Kata nama yang mengikuti kata bilangan tak tentu yang membawa maksud jamak tidak boleh
digandakan
KESALAHAN 8
Semua kanak di taman rekreasi itu sedang bermain dengan gembiranya.

JAWABAN
Semua kanak-kanak di taman rekreasi itu sedang bermain dengan gembiranya.

ALASAN
Kata ganda semu yang mengikuti kata bilangan tak tentu (semua) yang membawa maksud
jamak perlu ditulis dengan penuhnya
TAKRIFAN
kata ganda semu – kata ganda yang tidak dapat dipisahkan kerana sekiranya dipisahkan kata
ganda tersebut tidak akan memberikan maksud

biri-biri labah-labah kunang-kunang

rama-rama kura-kura kelip-kelip


KESALAHAN 9
Ramai orang telah menghadiri temu duga dalam talian itu.

JAWABAN
Banyak orang telah menghadiri temu duga dalam talian itu.

ALASAN
Perkataan ‘ramai’ merupakan kata adjektif yang membawa maksud keadaan bising.
Manakala. perkataan ‘banyak’ merupakan kata bilangan tak tentu.
KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA KERJA
KESALAHAN 1
Pakaian sekolahnya masih belum terbasuh.

JAWABAN
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh.

ALASAN
Kata kerja tak transitif pasif yang berawalan ‘ber’ sama ertinya dengan kata kerja pasif yang
berawalan ‘di’
berbasuh=dibasuh
berjawab=dijawab
bersusun=disusun
Kata kerja jenis ini lazimnya diawali oleh kata bantu sudah, belum, atau telah
KESALAHAN 2
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh oleh ibunya.

JAWABAN
Pakaian sekolahnya masih belum berbasuh.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai kata kerja pasif yang berawaln ‘ber’ tidak mementingkan binaan
oleh + FN
KESALAHAN 3
Ali kena dirotan oleh ibunya.

JAWABAN
Ali kena rotan oleh ibunya.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai perkataan ‘kena’ wajib diikuti oleh kata kerja dasar tanpa
imbuhan awalan

kena dimaki ❌ kena dikurung❌ kena ditampar❌

kena maki✔️ kena kurung✔️ kena tampar✔️


KESALAHAN 4
Ali kena rotan ibunya.

JAWABAN
1. Ali kena rotan oleh ibunya.
2. Ali kena rotan.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai perkataan ‘kena’ boleh ditulis

1. dengan binaan oleh + FN


2. tanpa binaan oleh + FN
KESALAHAN 5
Tiang lampu di bahu jalan terlanggar lori pasir yang sarat muatan.

JAWABAN
Tiang lampu di bahu jalan terlanggar oleh lori pasir yang sarat muatan.

ALASAN
Ayat pasif yang mempunyai kata kerja pasif yang berawalan ‘ter’ wajib diikuti kata sendi
nama ‘oleh’.
Sekiranya kata sendi nama ini (oleh) digugurkan, maksud ayat tersebut akan terjejas.
KESALAHAN 6
Pihak kerajaan haruslah menghidupkan semula budaya permainan tradisional di negara kita.

JAWABAN
Pihak kerajaan haruslah menghidupkan budaya permainan tradisional di negara kita semula.

ALASAN
Kata kerja transitif wajib diikuti oleh objek kata nama.
semula – kata adverba yang menerangkan kata kerja transitif ‘menghidupkan’
KESALAHAN 7
Encik Ali menyatakan beliau akan mempengerusikan mesyuarat agung persatuan penduduk
itu.

JAWABAN
Encik Ali menyatakan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat agung persatuan
penduduk itu.

ALASAN
Frasa komplemen (bahawa) berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.
KESALAHAN 8
Inap desa di perkampungan orang Asli itu dibina dengan berkonsepkan pada ciri-ciri
ketimuran.

JAWABAN
Inap desa di perkampungan orang Asli itu dibina dengan berkonsepkan ciri-ciri ketimuran.

ALASAN
Kata kerja tak transitif yang berapitan ‘ber…kan’ wajib diikuti oleh kata nama dan
bukannya kata sendi nama

berlandaskan pada agama❌ berdasarkan kepada peta❌ bercirikan dengan


kemelayuan❌
berlandaskan agama✔️ berdasarkan peta✔️ bercirikan kemelayuan✔️
KESALAHAN 9
Kelawar-kelawar bergantungan pada dinding gua itu.

JAWABAN
Kelawar bergantungan pada dinding gua itu.

ALASAN
Kata kerja tak transitif yang berapitan ‘ber…an’ membawa maksud subjek yang banyak .
Oleh itu, subjek ayat tidak perlu digandakan kerana ayat itu akan menjadi lewah.
KESALAHAN 10
Amalan saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat majmuk wajarlah dipupuk oleh
kerajaan kita.

JAWABAN
Amalan saling membantu/bantu-membantu dalam kalangan masyarakat majmuk wajarlah
dipupuk oleh kerajaan kita.

ALASAN
Kata ganda yang menunjukkan perbuatan antara dua pihak tidak boleh diawali oleh kata ‘
saling’.
KESALAHAN PENGGUNAAN
FRASA SENDI NAMA
KESALAHAN 1
Hasnul membuang sampah sarap yang terdapat di atas lantai di dalam tong sampah.

JAWABAN
Hasnul membuang sampah sarap yang terdapat di atas lantai ke dalam tong sampah.

ALASAN
Frasa sendi nama ‘di dalam’ membawa maksud sesuatu/seseorang yang sudah berada di
kawasan yang mempunyai ruang.

di dalam kelas
di dalam rak buku
KESALAHAN 2
Adriana mengharungi sungai yang deras itu dengan berpaut kepada ranting-ranting pokok.

JAWABAN
Adriana mengharungi sungai yang deras itu dengan berpaut pada ranting-ranting pokok.

ALASAN
Kata sendi nama ‘pada’ membawa maksud sandaran. Dalam ayat di atas, ‘berpaut pada’
maksudnya ‘berpegang pada’.
KESALAHAN 3
Pihak kerajaan senantiasa memberikan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat.

JAWABAN
Pihak kerajaan senantiasa memberikan perhatian tentang kesejahteraan rakyat.

ALASAN
Kata sendi nama ‘tentang’ wajib diikuti oleh rujukan umum atau mujarad.
mujarad=abstrak=tidak nampak/tidak dapat dilihat
KESALAHAN 4
Tindakan tegas akan diambil kepada murid yang sering ponteng sekolah.

JAWABAN
Tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang sering ponteng sekolah.

ALASAN
Kata sendi nama ‘kepada’ membawa maksud sasaran. Maksud sasaran ini lebih kepada
maksud ‘memberikan sesuatu’.

Dalam ayat di atas, tindakan tegas bukan diberikan kepada murid tetapi murid menjadi
rujukan tindakan itu diambil.
KESALAHAN 5
Semangat cintakan negara harus disemai dalam kalangan anak muda sejak bangku sekolah.

JAWABAN
Semangat cinta akan negara harus disemai dalam kalangan anak muda sejak bangku sekolah.

ALASAN
Kata sendi nama ‘akan’ tidak boleh disingatkan dan ditulis rapat pada kata adjektif
perasaa/emotif.
KESALAHAN 6
Kerja pemasangan paip itu dipantau oleh seorang pegawai dari Jabatan Air Selangor.

JAWABAN
Kerja pemasangan paip itu dipantau oleh seorang pegawai daripada Jabatan Air Selangor.

ALASAN
Kata sendi nama ‘dari’ merujuk ATM manakala dalam ayat di atas pegawai itu bukannya
datang dari Jabatan Air Selangor tetapi pegawai itu mewakili institusi tersebut.
KESALAHAN 7
Cik Humaira membeli beberapa pasang baju Melayu demi untuk adik-adiknya di kampung.

JAWABAN
1. Cik Humaira membeli beberapa pasang baju Melayu demi adik-adiknya di kampung.
2. Cik Humaira membeli beberapa pasang baju untuk adik-adiknya di kampung.

ALASAN
Kata sendi nama ‘untuk’ digunakan bagi merujuk bahagian yang dikhaskan kepada
seeorang .Manakala, kata sendi nama ‘demi’ digunakan bagi maksud tujuan.
KESALAHAN 8
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan sampai ke malam pada hari ini.

JAWABAN
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan sampai malam pada hari ini. ✔️
Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan ke malam pada hari
ini. ❌

ALASAN
Dua kata sendi nama tidak dapat dirangkaikan bersebelahan dalam satu frasa.
Selain itu, kata sendi nama ‘ke’ yang merujuk masa/waktu biasanya berpadanan dengan kata sendi nama
‘dari’

Kelas Bahasa Melayu dalam talian itu akan diadakan dari pagi ke malam pada hari ini.
Alyssa menunggu rakannya di perhentian bas dari pagi ke petang.
KESALAHAN 9
Pasukan badminton sekolah tewas oleh kerana kekurangan latihan.

JAWABAN
Pasukan badminton sekolah tewas oleh sebab kekurangan latihan.

ALASAN
Kata sendi nama wajib diikuti kata nama. Akan tetapi, dalam ayat di atas kata sendi nama
‘oleh’ diikuti kata hubung keterangan musabab ‘kerana’.

Maka, hal ini telah melanggar syarat binaan kata sendi nama.

kata sendi kata nama frasa sendi nama


di sekolah di rumah
kepada guru kepada rumah
untuk ibu untuk ibu
KESALAHAN 10
Cikgu Siva memeriksa karangan para murid dengan teliti.

JAWABAN
Cikgu Siva memeriksa karangan para murid dengan telitinya.

ALASAN
Kata sendi nama wajib diikuti oleh kata nama. Akan tetapi, dalam ayat di atas kata sendi
nama ‘dengan’ diikuti oleh kata adjektif ‘teliti’. Maka itu, kita haruslah menambah kata
pembenda ‘nya’ pada kata adjektif itu untuk menukarkan kata adjektif itu kepada kata nama.

kata sendi kata nama frasa sendi nama


kata adjektif kata pembenda ‘nya’
dengan laju nya dengan lajunya
dengan ligat nya dengan ligatnya
dengan ramah nya dengan ramahnya
KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA HUBUNG

KESALAHAN 1
Justeru itu, kita haruslah belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kecemerlangan
akademik.

JAWABAN
Ali bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan justeru dalam bidang kokurikulum.

ALASAN
Kata hubung gabungan ‘justeru’ sering disalahertikan sebagai penanda wacana ‘oleh itu’.

Pada hakikatnya, kata hubung gabungan ‘justeru’ bermaksud malahan/bahkan.


KESALAHAN 2
Walaupun tewas dalam pertandingan itu, namun Ali tidak berputus asa.

JAWABAN

Walaupun tewas dalam pertandingan itu, Ali tidak berputus asa.(ayat songsang)

Ali tidak berputus asa walaupun tewas dalam pertandingan itu. (ayat biasa)

ALASAN
Namun Ali tidak berputus asa walaupun tewas dalam pertandingan.
(ayat biasa)
Ayat = Subjek + Predikat
KESALAHAN 3
Encik Hussein meletakkan kerusi keselamatan bayi di tempat duduk belakang kerana keluar
bersiar-siar.

JAWABAN
Encik Hussein meletakkan kerusi keselamatan bayi di tempat duduk belakang
ketika/semasa/tatkala/apabila keluar bersiar-siar.

ALASAN
Kata hubung keterangan musabab ‘kerana’ hanya digunakan sekiranya kedua-dua ayat
mempunyai unsur perkaitan sebab dan akibat.

Contoh :
Petani itu menanam jagung kerana menanti padi masak.
Petani itu menanam jagung sementara menanti padi masak.
KESALAHAN 4
Ibu menghiris bawang merah menggunakan pisau yang tajam.

JAWABAN
Ibu menghiris bawang merah dengan menggunakan pisau yang tajam.

ALASAN
Ayat ini mengandungi dua predikat. Predikat kedua tidak boleh dipancangkan/dimasukkan
secara sesuka hati selepas predikat pertama. Maka itu, kita wajib menulis kata hubung untuk
memasukkan predikat kedua dalam ayat tersebut.
KESALAHAN 5
Puan Asyiqeen memberitahu yang kelewatannya ke pejabat pada pagi tadi berpunca daripada
kesesakan lalu lintas.

JAWABAN
Puan Asyiqeen memberitahu bahawa kelewatannya ke pejabat pada pagi tadi berpunca
daripada kesesakan lalu lintas.

ALASAN
Hanya sejenis kata hubung iaitu kata hubung komplemen ‘bahawa’ dapat menjadi objek
selepas kata kerja transitif.
KESALAHAN 6
Azizi akan menyertai ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu jika sekiranya mendapat
keizinan daripada ibu bapanya.

JAWABAN
Azizi akan menyertai ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu jika/sekiranya mendapat
keizinan daripada ibu bapanya.

ALASAN
Kata hubung tidak boleh ditulis bersebelahan dalam frasa yang sama.
KESALAHAN 7
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk agar untuk keharmonian masyarakat terjamin di negara
kita.

JAWABAN
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk agar keharmonian masyarakat terjamin di negara kita.
✔️
Perpaduan yang utuh haruslah dipupuk untuk keharmonian masyarakat terjamin di negara kita.

ALASAN
Kata hubung ‘agar’ merupakan kata hubung keterangan harapan manakala kata hubung
‘untuk’ merupakan kata hubung keterangan tujuan.
KEKELIRUAN 2
Ibu menyatakan bahawa yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

ALASAN
Ayat di atas merupakan ayat yang gramatis.

Ayat asalnya;

Ibu menyatakan bahawa (lelaki) yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

Ibu menyatakan bahawa yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.

Ayat tunggalnya;
1. Ibu menyatakan sesuatu.
2. Yang berbaju kemeja itu ialah rakan sekerjanya.
ALASAN
Dalam binaan ‘FN + yang’, FN dapat digugurkan secara pilihan.

Guru yang garang itu ialah guru Bahasa Melayu.


Yang garang itu ialah guru Bahasa Melayu.
Dengan alasan inilah, ayat yang bermula dengan kata hubung ‘yang’ dianggap gramatis.
KESALAHAN 8
Kami masih bermain di padang apabila hujan turun dengan lebatnya.

JAWABAN
Kami masih bermain di padang semasa/tatkala/ketika/sewaktu hujan turun dengan lebatnya.

ALASAN
Kata hubung ‘apabila’ digunakan untuk menyatakan situasi yang menggambarkan respons
antara ayat pertama dan ayat kedua.

Puan Aminah pengsan apabila mendapat berita kematian suaminya. (menunjukkan respons)
 
Murid-murid berdiam diri apabila dimarahi oleh guru. (menunjukkan respons)
Murid-murid berdiam diri ketika dimarahi oleh guru. (menunjukkan waktu)
LATIHAN UJI MINDA
Kenali kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
NO AYAT KESALAHAN JAWABAN
1 Beberapa ekor rama-rama berterbangan di kawasan
taman bunga itu.

2 Meskipun tidak mendapat biasiswa daripada pihak


kerajan, namun Firdaus tidak berputus untuk
melanjutkan pengajiannya.

3 Kenyataan yang diberikan oleh saksi itu ialah tidak


benar.

4 Buku-buku di atas meja itu tidak terangkat Ali kerana


berat amat.

5 Pemandangan kawasan pergunungan yang indah nian


sekali itu menggamit perasaan pengunjung.

You might also like