You are on page 1of 2

From Tik Tok Video

https://www.tiktok.com/t/ZT8et514S/

Pihak Lelaki:

Saya rasa kita terus sahajalah kepada maksud/pasuk tujuan, perbincangan.


Di mana hajat pihak kelaurga lelaki yang hadir pada pagi ini ingin masuk meminang *Name Perempuan*
bagi pihak *Name Lelaki* dan jika tidak ada keberatan:
Soalan itu juga Kembali, adakah sudi menerima pinangan *Name Lelaki*

Pihak Perempuan:

Sebenarnya saya difahamkan, perbincangan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak,
Cuma kita disini adalah untuk mengesahkan apa yang telah diperbincangkan untuk memberi persetujuan
untuk, dan juga mengisytiharkan ikatan pertunangan InsyaAllah.
Jadi sebelum tu, saya patut nyatakan di sini.
Sekiranya apa yang dibincangkan itu tidak sama denga apa yang saya nyatakan boleh bagitahu saya.
Sememangya permulaan dengan mas kahwin; kita di *Negeri* ikut negeri lah, di mana *RM 300*
Kemudian Wang Hantaran Pula, Duit Hantaran ini adalah sebanyak *RM XX,XXX*.
Tempoh pertunangan adalah 9 bulan. Dan saya diberitahu Tarikh sudah pun
ditetapkan/dipilih/dipersutujui. Saya nak nyatakan di sini, Tarikh pernikahan yang telah ditetapkan
adalah pada *Tarikh Kahwin* dan akan diadakan di *Lokasi*.
Dan tarikh resepsi pula, Tarikh resepsi Pertama adalah pada *Tarikh* di *Lokasi*.
Tarikh Resepsi kedua akan diadakan pada *Tarikh* di *Lokasi*.
Kemudian saya diberitahu, dulang hantaran pun dipersetujui 5 dulang daripada pihak lelaki dan 5 dulang
balasan oleh pihak perempuan.
Jadi oleh itu, saya mewakili *pihak perempuan* dan bersaksi semua yang hadir pada hari ini, dengan ini
menerima pinangan *Nama Lelaki* ke atas *Nama Perempuan*

Pihak Lelaki:

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah, selesai perbincangan ini dan Insya-Allah ikatan
pertunangan akan disempurnakan sedikit masa lagi Insya-Allah. Saya serah kepada juruacara/pengacara
majlis Insya-Allah
Pantun MC selepas perbincangan:

Memasang dukah di pinggir kota,


Dukah dipasang Datuk Laksamana,
Memang sudah bagai di kata,
Kalau jodoh, takkan ke mana.

Alhamdulillah, demikian lah kata janji telah pun disepakati.


Semoga yang dihajati akan termakbul, sama-sama kita doakan Aminn.

You might also like