You are on page 1of 6

“SULIT”

MYANGKASA DIALISIS SDN BHD


(No. Syarikat 201301003059 (1032897-W)
(Ditubuhkan di Malaysia)

MINIT MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH


BIL 2/2023

TARIKH : 19 MEI 2023, JUMAAT


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : i. BILIK MESYUARAT AMANAH (B), TINGKAT 6, WISMA
UNGKU A. AZIZ, JALAN SS6/1 KELANA JAYA, 47301
PETALING JAYA, SELANGOR
ii. APLIKASI ZOOM MEETING

HADIR :

1. Tn. Haji Mansor Bin Ab Rahman Pengerusi Fizikal

2. Tn. Haji Mutadho Bin Bahri Lembaga Pengarah Zoom

3. Tn. Hj Wan Ibrahim Bin Wan Jusoh Lembaga Pengarah Zoom

4. Dr. Ahmad Alias Tajuddin bin Zakaria Lembaga Pengarah Fizikal

TURUT HADIR :

1. Datuk Hj Md. Yusof Bin Hj. Samsudin Penasihat Korporat ANGKASA Fizikal
Sektor Koperasi
Fizikal
2. En. Mohd Rizal Bin Kamarulzaman Wakil PUU

3. En. Afrizal Bin Ahmad Pengurus Besar Fizikal

4. En. Mohd Faiz Bin Mohd Gani Eksekutif Akaun Fizikal

5. En. Muhammad Shahir Bin Nordin Eksekutif Akaun Fizikal

6. Erdy Izwan Asli Wakil Setiausaha Syarikat Fizikal

1
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023
“SULIT”

PERKARA ISU/KEPUTUSAN TINDAKAN

1.0 UCAPAN 1.1 Mesyuarat dimulakan pada jam 2.30 petang dengan Makluman
PENGERUSI / bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah serta ucapan terima
PEMBUKAAN kasih oleh Pengerusi kepada semua yang hadir.
MESYUARAT
Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah kepada
En. Afrizal Bin Ahmad di atas pelantikan beliau
menjadi Pengurus Besar MDSB

2.0 PENGESAHAN 2.1 Mesyuarat Lembaga Pengarah MDSB Bil 1/2023 Pengurusan
MINIT bertarikh 31 Mac 2023
MESYUARAT
LEMBAGA Sebelum minit Mesyuarat diluluskan, Mesyuarat
PENGARAH MDSB bersetuju membuat pindaan berikut :
BIL 1/2013
Pembetulan terhadap senarai kehadiran pada
Mesyuarat Lembaga Bil. 1/2023 iaitu diubah status
kehadiran Tn. Hj Wan Ibrahim Bin Wan Jusoh
daripada tidak hadir kepada hadir dan Tn. Haji
Mutadho Bin Bahri diubah daripada hadir kepada tidak
hadir.

Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah MDSB Bil 1/2023


bertarikh 31 Mac 2023 dicadangkan diluluskan dengan
pindaan di atas oleh Tn. Hj Wan Ibrahim Bin Wan
Jusoh dan disokong oleh Dr. Ahmad Alias Tajuddin bin
Zakaria.

3.0 PERKARA- 3.1 Cadangan Permohonan Pinjaman Perniagaan Pengurusan


PERKARA (Pusat Dialisis Semenyih)
BERBANGKIT
Mesyuarat dimaklumkan Pengurusan MDSB bersama
MHSB telah pun membuat perjumpaan dengan PUNB
berkenaan permohonan pembiayaan.

Pengurusan juga memaklumkan bawah kajian


perbandingan PUNB dengan institusi kewangan lain
turut dibuat dan mendapati PUNB menawarkan faedah
paling rendah.

Keputusan

Mesyuarat bersetuju membuat pembiayaan dengan


PUNB dan pihak pengurusan diminta membuat kajian
tentang jumlah pembiayaan yang perlu dimohon

3.2 Pembelian Pusat Dialisis Pengurusan

Mesyuarat dimaklumkan oleh Pengurusan bahawa


mereka masih menunggu laporan due diligence
daripada Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA
2
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023
“SULIT”

berkenaan.
3.3 Pengurusan
Cadangan Penubuhan Anak Syarikat di bawah
MDSB

Kertas Cadangan Penubuhan Sepuluh Buah Anak


Syarikat Milik MYANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. Bagi
Menjalankan Pusat Dialisis MYANGKASA
dibentangkan dengan intipati berikut :

i. Model-model perniagaan yang dicadangkan :


 Pemilikan penuh MDSB
 Kerjasama dengan koperasi
 Pengurusan Pusat Dialisis
 Pengambilalihan pusat dialisis yang
sudah beroperasi

ii. Jumlah Pelaburan

RM1,500,000 sebuah

iii. Struktur pemilikan


 Syarikat pegangan ini dimiliki 100% Makluman
oleh MDSB
 Syarikat pegangan ini dimiliki 60%
oleh MDSB

iv. Kos projek


 Sepenuhnya oleh MDSB
 Perkongsian bersama dengan
koperasi
 Pinjaman MHSB
 Pinjaman bank

Keputusan

Mesyuarat bersetuju dengan Kertas Cadangan


Penubuhan Sepuluh Buah Anak Syarikat Milik
MYANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. Bagi menjalankan
Pusat Dialisis MYANGKASA

Mesyuarat juga bersetuju akan mengadakan


perjumpaan dengan SKM berkenaan proses kelulusan
untuk MDSB menubuhkan anak syarikat pada 19 Mei
2023..

3.4 Cadangan Pembelian Pusat Dialisis Labuan Pengurusan


(FOMEMA)

Pengurusan membentangkan Dapatan Kajian Pusat


Dialisis Di Wilayah Persekutuan Labuan. Beberapa
perkara ditimbulkan iaitu :

i. Kebimbangan penjualan Pusat ini oleh

3
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023
“SULIT”

Femema disebabkan ia tidak berdaya maju


ii. Kos operasi pusat dialisis ini dan termasuk kos
pemantauan oleh MDSB di Semenanjung
iii. Kesesuaian bentuk dan ruang bangunan untuk
dilaksanakan Pusat Dialisis.
iv. Bilangan pesakit.

Keputusan

Setelah Lembaga berpuas hati dengan penerangan


oleh pengurusan terhadap isu yang ditimbulkan,
Mesyuarat bersetuju untuk membeli Pusat Dialisis ini
dengan perkara berikut :

i. Kos keseluruhan (termasuk ubah suai) adalah


sebanyak RM1,184,000).
ii. ROI adalah selama 4 tahun
iii. Pusat ini akan berada di bawah MDSB
iv. Pihak PUU dimohon untuk menyemak
perjanjian pembelian ini.

4.0 LAPORAN 4.1 4.1.1 Laporan Pentadbiran dan Operasi


PENTADBIRAN & Makluman
OPERASI Laporan Pentadbiran & Operasi dibentangkan dan
diterima oleh Mesyuarat

4.2 4.2.1 Cadangan Majlis Jamuan Raya Untuk Pusat Pengurusan


MYANGKASA Dialisis dan MDSB bagi Tahun 2023

Kertas Cadangan Majlis Jamuan Raya Untuk Pusat


MYANGKASA Dialisis dan MDSB bagi Tahun 2023
dibentangkan

Keputusan

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan pelaksanaan


Majlis Jamuan Raya untuk Pusat MYANGKASA
Dialisis dan MDSB 2023 dengan bajet RM1,500

4.3 4.3.1 Cadangan Pemberian Elaun Pentadbiran Pengurusan


Kepada kakitangan MDSB

Kertas cadangan Pemberian Elaun Pentadbiran


kepada Kakitangan MDSB dibentangkan. Cadangan
pemberian elaun adalah sebagai keprihatinan syarikat
terhadap kakitangan yang menguruskan hal-hal
pentadbiran PDMA Alor Setar. Seramai 4 orang
kakitangan terlibat dengan kos RM500 seorang.
Pemberian elaun ini tidak akan mengganggu aliran
tunai MDSB kerana peruntukan ini diambil daripada
sebahagian pendapatan hasil daripada caj pentadbiran
yang akan dikenakan kepada PDMA Alor Setar nanti.

4
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023
“SULIT”

Keputusan

Mesyuarat bersetuju dengan memberikan elaun


sebanyak RM500 seorang seperti nama berikut :

i. Afrizal bin Ahmad


ii. Muhammad Shahir bin Nordin
iii. Muhamad Hazrie bin Sabu
iv. Mohd Faiz bin Mohd Gani.

5.0 LAPORAN 5.1 5.1.1 Laporan Kewangan Makluman


KEWANGAN
Laporan Kewangan setakat 30 April 2023
dibentangkan dan diterima oleh Mesyuarat

5.2 5.2.1 Cadangan Penjualan Saham PDMA Alor Setar Pengurusan


Kedah

Kertas Cadangan Penjualan Saham PDMA Alor Setar


dibentangkan dengan intipati seperti berikut:

i. Penjualan 5% saham milik MDSB kepada


Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
(KGMKB).
ii. Dengan jualan ini akan mengubah nilai
pegangan saham bagi kedua-dua pihak
menjadi
 MDSB 60%
 KGMKB 40%

iii. Saham dinilai pada RM2.72 seunit dan nilai


5% atau 50,000 adalah sebanyak RM136,000

Keputusan

Setelah berbincang Mesyuarat bersetuju membuat


penjualan sebahagian saham MDSB dalam PDMA
Alor Setar kepada KGMKB dengan harga RM136,000.

Mesyuarat juga bersetuju pihak PUU menyemak draf


‘Share Sale Agreement’ yang diedarkan. ‘

Untuk rekod, semasa perbincangan Tn. Hj Wan


Ibrahim Bin Wan Jusoh keluar daripada Mesyuarat
disebabkan beliau juga adalah Lembaga dalam
KGMKB

5.0 HAL-HAL LAIN -

6.0 PENUTUP Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan


mengucapkan salam terima kasih kepada semua yang
5
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023
“SULIT”

hadir. Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengahari


dengan bacaan Surah Al-A’sr.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

DAYANA BT DIMYATI TN HJ MANSOR BIN AB RAHMAN


Setiausaha Pengerusi
Lembaga Pengarah MyANGKASA Dialisis Sdn
Bhd

Tarikh :

6
____________________________________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah
MYANGKASA DIALISIS BIL 2/2023
19 MEI 2023

You might also like