You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

BANDAR INDERA MAHKOTA


KUANTAN, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMIL


BANDAR INDERA MAHKOTA
BIL. 1/2023

Tarikh : 24 Mac 2022


Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Bilik GERAKAN
Guru Besar : En.A.Uthya Surian (Guru Besar)
Pengerusi : Pn S.Puspavalee (GPK HEM)
Kehadiran : 7/7 orang

1. Pn.N.Thangamani (Guru Kantin)


2. Pn.A.Santhi (Penyelaras RMT)
3. Pn.M.Vasugi (Penyelaras susu)
4. En.S.Krishnan Rau (Guru)
5. En.Mala (Pengusaha kantin)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran guru-guru serta
Ahli Jawatankuasa pada mesyuarat Kantin dan RMT hari ini.

Tindakan: Untuk Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU:

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn.M.Vasugi


Disokong untuk pengesahan oleh : Pn.A.Santhi

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada
4.0 Pembentangan dan Perbincangan

4.1 Pn.S.Puspavalee membincangkan tentang perjanjian kantin.


Makanan dan minuman hendaklah dijual pada harga sebagaimana yang
ditetapkan dalam lampiran D di “Tender kantin“.

4.2 Puan Guru Besar menekankan kepada pihak kantin supaya


keceriaan kantin perlu dipertimbangkan lagi untuk mewujudkan keadaan
selesa dan kondusif.

4.3 Pihak Kantin dikehendaki menyediakan atau mempelbagaikan menu


makanan guru dan murid. Pihak kantin perlu mempertingkatkan kualiti
makanan guru dan murid. Pihak kantin juga meminta merasa dahulu
makanan dan memastikan makanan dalam keadaan baik sebelum dijual
kepada murid dan guru.

4.4 Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan selamat. Lantai, longkang, siling dan dinding
hendaklah sentiasa dibersihkan.Tempat makan hendaklah sentiasa bersih,
teratur dan selamat.

4.5 Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan


pekerja kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak
pemantau.

4.6 Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri
kantin iaitu dua minggu sekali bagi setiap awal bulan. Laporan tersebut
perlu dihantar kepada guru kantin, Cikgu N.Thangamani untuk memeriksa
dan menandatangani laporan tersebut. Setiap hujung bulan laporan
tersebut akan disemak oleh guru Hal Ehwal Murid, Pn S.Puspavalee. Ia
bagi memudahkan pihak sekolah membuat laporan bulanan kantin.

4.7 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan typoid untuk semua


pekerja kantin. Pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan
dan peraturan mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan
yang baik.

Tindakan: Ajk Kantin, RMT & Pihak Kantin


5.0 Hal-hal lain

Tiada hal-hal lain yang berbangkit

6.0 Penutup
Pengerusi mengharapkan semua guru-guru serta AJK Kantin, AJK RMT dan Pihak
Kantin dapat memberikan kerjasama yang padu untuk melancarkan perjalanan
kantin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................... ----------------------------------------
(N.THANGAMANI) (S.PUSPAVALEE)
Guru Kantin GPK HAL EHWAL MURID

Disahkan oleh :

...............................................

You might also like