You are on page 1of 3

KATA GANDA

 Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian
yang tertentu.

 Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah
bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang
secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

 Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :

o Kata ganda seluruh

 Kata ganda separa

 Kata ganda berentak/berima

 Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH

 Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan
tanpa sebarang perubahan bentuk.

 Contoh kata ganda seluruh iaitu:

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik

Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang

Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

 Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud
jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL

Api-api Banyaknya api Sejenis serangga

Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga

Anak-anak Banyaknya anak mainan

KATA GANDA SEPARA

 Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada
kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf e .Contoh :
KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA
SEPARA

Layang Layang-layang Lelayang

Kuda Kuda-kuda Kekuda

Tupai Tupai-tupai Tetupai

Siku Siku-siku Sesiku

Bola Bola-bola Bebola

Jari Jari-jari Jejari

Langit Langit-langit Lelangit

 Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti
pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

 Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

 Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi
kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja


hujung

Persamaan bunyi di Batu-batan, bukit- Aktiviti gotong-royong akan


pangkal bukau diadakan esok

Persesuaian bunyi Kusut-masai, simpang- Rambutnya kusut-masai kerana


keseluruhan siur ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN

 Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan,
sisipan, atau akhiran. Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

You might also like