You are on page 1of 1

 

SEISMIK

‘Intermittent Fasting’ - Diet


Kuruskan Badan Ikut
Sunnah. Lisa Surihani Pun
Guna Cara Ini!
Intermittent fasting (IF) adalah satu cara diet di
mana anda perlu berpuasa selama 16 jam dan
makan pada 8 jam seterusnya.

By Ashiqin Rosselly


 
 

Cover image via Instagram Lisa Surihani

Sekiranya diet Atkins, Detoks, Paleo,


Vegan mahupun Low-Carb tidak
berkesan buat tubuh anda, inilah
masanya untuk anda mencuba diet
terbaru yang semakin popular iaitu
Intermittent Fasting!

Intermittent fasting adalah diet dengan cara


mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa
cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh
tertentu. Walau bagaimanapun, diet ini
membenarkan pengamalnya untuk minum air
sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan
dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu
mengurangkan pengambilan jumlah makanan
tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan
tempoh ber'puasa'.

Dr. Siti Aniza Basir, pakar dalam bidang


pemakanan dan nutrisi telah membuat satu
perkongsian tentang intermittent fasting dalam
laman Facebook peribadinya.

Dr. Siti Aniza Basir.

Image via Facebook Siti Aniza Basir

Baca perkongsian penuh di bawah:

IF ialah 'Intermittent Fasting'. Telah terbukti dalam


kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Bukan
nak sangkal pasal Paleo diet, Atkins,
Mediterranean, dan lain-lain, tapi in my personal
opinion, kita ada sunnah. Ikut lah sunnah.
Rasulullah SAW banyak berpuasa, dengan pelbagai
sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita
rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud AS, macam tak mampu.


Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam,
pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak
makan. Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru
minggu lepas pergi beli. Kan kan? Siapa sentap
memang kita sama lah.

IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam


masa 12-14 jam. So terpulang you all nak mula jam
berapa. Kalau start 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi
baru breakfast. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi
baru start makan/breakfast.

Image via Harvard Health

Apa kebaikan IF?

Banyak!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN


EARLY”

Biar betul doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani


selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami
makan malam ialah jam 6.30 petang.

‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini,


walaupun anda ‘LOAD' di siang hari anda, akan
membantu anda HILANG LEBIH BANYAK kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah


dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi diet
‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,

Kumpulan Pertama dibenarkan makan sepanjang


hari siang dan malam (healthy, controlled diet)
manakala Kumpulan Kedua hanya mempunyai
akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh
makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya
menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan


Kedua kekal berat badan dan dengan otot (lean
muscles) dan Kumpulan Pertama yang makan &
makan selama mahu menjadi OBES walaupun
keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Image from Sangobion

Image via Sangobion

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam


ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam
9.30/10.30 pagi!

Tatacaranya banyak:

As newbie - Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Kita


boleh start last dinner pukul 6.30 petang, esok
breakfast 6.30 pagi. Bila dah okay, buat 14 jam.
6.30 petang dinner dan 8.30 pagi breakfast. Lepas
itu, teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pukul 6.30
petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30
pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.

It's flexible. Buat ikut keperluan. Contoh, semalam


ada kenduri makan pukul 8.30 malam, esok itu tak
perlu breakfast, terus lunch!

Lapar?

In between itu, anda boleh untuk:

1. Minum air masak.


2. Minum air garam. Garam bukit 1/2 teaspoon with
air mineral.
3. Green Tea.
4. Coffee.
5. Tea.

Image from Archana's Kitchen

Image via Archana's Kitchen

Nombor 3, 4, 5 semua without sugar or susu ye!


Kang Kak Siti cakap tak boleh gula, boleh lah pergi
mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!

Kemudian, IF ini boleh lah buat EOD dulu iaitu


Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi
No Refined Sugar and Processed Food!

Lepas dah okay boleh buat daily.

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin


Malas/Craving/Ketagihan/Sifat nak mengunyah
yang tak habis-habis itu.

ADVERTISING

Image from fbcdn.net

Image via fbcdn.net

Image from fbcdn.net

Image via fbcdn.net

Image from fbcdn.net

Image via fbcdn.net

Pelakon jelita, Lisa Surihani turut


mengamalkan intermittent fasting
untuk kekal cantik dan ramping

Image from Instagram @lisasurihani

Image via Instagram @lisasurihani

Lisa yang tampil lebih ramping ibarat anak dara


setelah melahirkan anak keduanya telah memuat
naik beberapa tips yang diamalkannya bagi
mengurangkan berat badan.

Image from Instagram @lisasurihani

Image via Instagram @lisasurihani

Menurut Lisa, tips yang diamalkannya ini walaupun


berkesan buatnya namun mungkin tidak sesuai
untuk orang lain. Berikut adalah empat tips
kuruskan badan yang diamalkan Lisa Surihani:

*Disclaimer: Untuk makluman, video di bawah


dirakam sewaktu Lisa masih belum berhijab.

1. Bertukar kepada beras herba ponni

Tips 1 Lisa Surihani Kuruskan Badan

hello

00:15

Kebiasaannya umum menggunakan beras biasa.


Namun begitu, bagi Lisa Surihani, dia memilih
untuk menggunakan beras herba ponni dalam
usahanya untuk mengurangkan berat badan. Ini
kerana, beras herba ponni mempunyai kandungan
serat yang lebih tinggi berbanding beras biasa.
Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ia
mampu membuatkan anda berasa kenyang.

2. Mengurangkan gula dalam makanan


dan minuman

Tips 2 Lisa Surihani Kuruskan Badan

hello

00:15

Seperti yang semua sudah maklum, gula


merupakan salah satu penyebab kenaikan berat
badan sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh
sebab itu, Lisa sebolehnya mengurangkan
pengambilan gula dalam makanan dan minuman
hariannya.

3. Mengamalkan intermittent fasting

Tips 3 Lisa Surihani Kuruskan Badan

hello

00:15

Kaedah diet yang mudah dan tidak menyeksakan.


Seperti penjelasan oleh Dr. Siti diatas, apa yang
perlu dilakukan adalah membahagikan masa
selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk
makan. Diet yang fleksibel ini bergantung kepada
keselesaan individu.

Intermittent fasting boleh dilakukan ketika anda


sedang tidur. Sebagai contoh, diet ini dimulakan
pada pukul 8 malam sehingga 12 tengahari
keesokan harinya. 8 jam berikutnya, anda boleh
makan dengan kerap bersyarat dengan kuantiti
yang sedikit dan terkawal. Pada masa yang sama,
perlu kerap minum air kosong dan sebolehnya
elakkan minuman atau makanan yang manis.

4. Melakukan senaman

Tips 4 Lisa Surihani Kuruskan Badan

hello

00:15

Bersenam dalam konteks Lisa Surihani ini bukanlah


bermaksud senaman berat. Cukuplah sekadar
senaman ringan yang anda boleh lakukan agar
kekal fit seperti berbasikal, ber-jogging, lompat
bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya.

Jom sama-sama kita cuba intermittent


fasting diet ini!

Image from Giphy

Image via Giphy

Walau bagaimanapun, IF tidak


semestinya berkesan untuk semua
orang kerana masing-masing
mempunyai jenis badan yang berbeza.

Oleh itu, sebelum berniat untuk


melakukan IF, dapatkan nasihat
daripada pakar pemakanan terlebih
dahulu.

LIKE Facebook dan follow Twitter


SAYS SEISMIK dan temui segala cerita
mesti kongsi sekarang!

Diet dengan cara minum air kosong


sahaja? Boleh baca sini!

Gadis Ini Kongsi Tips Turunkan 20kg


Dalam 2 Bulan. Bagaimana? Hanya
Minum Air Putih!
Air putih juga mampu melancarkan sistem
pencernaan di samping melembapkan kulit.

Read the full story

Lagi tips diet di SAYS Seismik:

Turun Lebih 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10


Tips Kawal Nafsu Makan. Hebat!
Dahulu Jazli mempunyai berat sebanyak
183kg dan obesiti, kini Jazli telah mencapai
berat ideal iaitu 78kg.

Read the full story

Amalkan 'Diet Pisang', Ibu Anak 3 Ini


Berjaya Turunkan 42kg Dalam Masa 8
Bulan. Hebat!
Dalam tempoh lapan bulan, Sophia berjaya
kecilkan pinggang dari 36 kepada 27 inci,
dan berat dari 90 kepada 48 kilogram.

Read the full story

Gadis Ini Berjaya Turun 10kg Dengan


Diet Rendah Kalori, Hanya Dengan 7
Langkah Ini. Mudah!
Kak Xara berjaya menurunkan berat badan
dari 56kg kepada 46kg dengan
mengamalkan diet rendah kalori ini.

Read the full story

Gadis Turun 40kg Dengan Diet Atkins,


'Strict' Namun Berbaloi Bagi Yang Nak
Kuruskan Badan!
Terdapat empat fasa utama dalam diet
Atkins yang perlu diikuti dengan penuh
berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin ...

Read the full story

Stories from New Straits Times

'Malaysia, Singapore should face


common challenges together'

Today's news in pictures - Wednesday,


August 16, 2023

Stories from The Malaysian Reserve

Miss Universe cuts ties with Indonesia


chapter after harassment allegations

Death toll from heavy rain in north


India rises sharply to almost 50

More stories to read:

Increase income in three days?

Instant deposits to your trading accounts


and WalletFast withdrawals taking from a …
Octa_FX | Sponsored

Sweden
This site uses leads thecookies
functional way, when will scripts
and external
to Malaysia?
improve your experience.

Accept
The Rakyat Post | Sponsored Read More

You might also like