You are on page 1of 2

Minggu Praktikum: 4

Tarikh: 29.8.2022

Tajuk Jurnal: Murid tidak memakai kasut ketika bersukan.

1. Isu yang difokuskan:

Pada setiap hari rabu, semua murid tahap 2 menjalani sesi 1 Murid 1 Sukan (1M1S) pada jam
7.45 hingga 8.45 pagi di padang sekolah. Saya mendapati murid sering tidak memakai kasut
ketika menjalankan aktiviti sukan.

2. Analisis isu yang difokuskan:

Hasil daripada pemerhatian saya, hal ini berpunca daripada tindakan murid yang memiliki
pelbagai alasan untuk tidak memakai kasut. Antara sebabnya ialah murid ingin menjaga keadaan
kasut agar tidak rosak apabila bersukan. Selain itu, ada murid yang beranggapan mereka berasa
licin apabila memakai kasut lantas menjadi alasan ingin berkaki ayam. Ada juga di antara mereka
yang merasa memakai kasut mengurangkan reputasi dan ketangkasan mereka apabila
bersukan. Perkara ini akan memberi kesan kepada keselamatan murid kerana beriadah tanpa
memakai kasut.

3. Kajian lampau terhadap isu (pengalaman atau kajian masa lepas)

Menurut laporan berita luar negara daripada akhbar Harian Metro bertarikh 3 April 2019, seorang
kanak-kanak dijangkiti parasit akibat bermain di kawasan lumpur tanpa memakai kasut. Gejala
yang dialami oleh kanak-kanak tersebut sangatlah mengerikan sehingga mengakibatkan
keradangan kulit yang teruk.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

I. Mewajibkan pemakaian kasut dan mendenda mereka yang berkaki ayam.


II. Mengadakan kempen keselamatan sekolah
III. Memberi peringatan tegas kepada murid tentang kepentingan memakai kasut ketika
beriadah.
IV. Melonggarkan peraturan mengenai jenis kasut yang sesuai semasa beriadah seperti
kasut bola apabila bermain bola.

5. Tempoh masa penyelesaian

2 Minggu
6. Tindakan susulan:

Sekiranya murid masih lagi ingkar dengan arahan ini, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa
untuk berbincang tentang tindakan lanjut.

7. Tarikh tindakan susulan

12.9.2022

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian memberi
impak positif oleh semua murid.

9. Kesimpulan refleksi

Hasil cadangan ini agak memuaskan kerana murid dapat mendisiplinkan diri dan menjaga
keselamatan diri.

10. Rujukan

Agensi (2019) Akibat Berkaki Ayam. Harian Metro: daripada URL:


https://www.hmetro.com.my/global/2019/04/440642/akibat-berkaki-ayam pada 29/8/2022

You might also like