You are on page 1of 2

4.

0 Perkara Perbincangan

4.1 Pn. Shima pegawai PKG Rembau telah tukar ke unit pra sekolah. Puan Norazah pula
gantikan jawatan sebagai pegawai PKG Rembau.
4.2 Penilaian kendiri PSS tahun 2023 telah dilaksanakan sebelum 15 Disember
2023. Penilaian ini diisi atas talian dan borang manual telah dihantar kepada En. Fairuz
pegawai PKG Rembau pada 12 Disember 2023 yang lalu. PSS Yuk Hua Rembau
mendapat 89.41 markah dalam penilaian tersebut.Ringkasan peratusan markah adalah
seperti jadual berikut:

BAHAGIAN PERATUS PERATUS YANG DIBERI


(sehingga 2 tempat perpuluhan)
A 15 15
B 20 20
C 25 25
D 25 19.10
E 15 10.31
PERATUS KESELURUHAN (A HINGGA E) 89.41

4.3 Pencapaian NILAM dalam penilaian kendiri masih PSS Yuk Hua agak memuaskan.
Pihak sekolah perlu menambah bilangan pembacaan NILAM 10% (4 bintang)
pada tahun 2024.Program galakan dalam kalangan murid amat memuaskan tetapi program
galakan membaca dalam guru kurang memuaskan. Guru penyelaras NILAM perlu
mengambil tindakan untuk penambahbaikan.

4.4 Pengisian Data Nisbah Buku dan Penggunaan PCG PSS Kali ke-2 2023 atas talian telah
diisi oleh Pn Soh pada 1 November 2023 yang lalu. Penggunaan PCG PSS Yuk Hua
Rembau tahun 2023 telah mencapai 90.12%. Nisbah buku Yuk Hua pada tahun 2023 ialah
1: 23.

4.5 Baki PCG pada tahun 2022 ialah RM 37.58,penerimaan PCG tahun 2023 ialah
RM RM2384.50 manakala penggunaan PCG ialah RM 2149.00 , jumlah PCG yang
tertinggal bagi tahun 2023 ialah RM 273.08.

4.6 GPM mendapati masih terdapat sebahagian murid darjah 1 dan 2 belum mahir mengisi
laporan NILAM. Guru kelas digalakkan memberi taklimat lebih lanjut pada tahun 2023.

4.7 Laporan NILAM setiap kelas telah dikumpul dan dihantar kepada guru penyelaras
NILAM.Analisis laporan NILAM bagi setiap kelas telah dihantar kepada pengawai BTPN
sebelum 31 Disember 2023.Guru Penyelaras NILAM mengucapkan terima kasih atas
kerjasama guru kelas yang memberi data NILAM.

4.9 Semua guru kelas dinasihatkan mengumpul buku laporan NILAM murid sebelum sesi
persekolahan 2023 tamat. Buku tersebut boleh diletakkan dalam almari.
4.10 Guru yang meminjam laptop dan projektor sekolah dikehendaki isi borang
yang ada pada guru ICT.

4.11 Guru dikehendaki memulangkan semua bahan bantu belajar ke dalam bilik BBM
sebelum cuti sekolah.

Makluman dan Tindakan:AJK PSS

You might also like