Mata Pelajaran: BAHASA MELAYU Kelas: Tahun 5 Tajuk: Unit 8 Prihatin Pasti Selamat –Keselamatan di Stesen Transit Laju Massa(m/s 48) Standard Pembelajaran: 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. Objektif: Pada akhir PdP, murid dapat : Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. Aktiviti PdP: 1. Imbas kembali PdP semalam. 2. Murid meneliti peraturan stesen transit ringan yang dipaparkan . 3. Murid menjawab soalan secara lisan. 4. Murid meneliti teks dalam buku. 5. Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. 6. Murid berbincang tentang maklumat tersirat dan tersurat dalam teks. 7. Murid membentangkan hasil perbincangan. 8. Murid membaca semula teks dengan sebutan betul. 9. Murid memberikan pandangan masing-masing tentang nilai murni dalam teks. Refleksi: 3/5 daripada murid mencapai tahap minimum. 2/5 perlu bimbingan individu.