You are on page 1of 7

Falsafah dan Isu Semasa

Tugasan 3: Laporan Bertulis (30%)

• Laporan (25%) + Penilaian Rakan Sebaya (5%)


• CLO 3: Menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas
bagi menjalinkan dialog antara budaya.
_____________________________________________________________________

Ringkasan Tugasan

• Tugasan ini memerlukan pelajar menghasilkan laporan bertulis dalam Bahasa Melayu (25%) dengan minimum
1500 patah perkataan.

• Tugasan ini juga memerlukan pelajar menilai ahli kumpulan yang terlibat dalam laporan bertulis (5%). Setiap
ahli kumpulan hendaklah dinilai secara adil, saksama dan mengambil kira prestasi ahli yang dinilai dalam
penyiapan laporan.

• Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencadangkan topik berdasarkan CLO 3 kursus ini.
o CLO 3 mempunyai beberapa elemen yang mesti diberi perhatian
1. Isu semasa: setiap kumpulan bebas memilih isu semasa
2. Perspektif perbandingan falsafah: kaitkan isu semasa yang dipilih dengan teori-teori falsafah
yang sedia ada. Contohnya isu semasa yang berkaitan dengan postmodernism
3. Asas bagi menjalankan dialog di antara budaya: bagaimana isu semasa yang dikaitkan dengan
falsafah sedia ada dapat menjadi pemangkin di dalam perbincangan di dalam masyarakat yang
berbeza yang menjurus kepada perbincangan yang lebih matang dan mengelakkan konflik.
• Cadangan mesti dibincangkan bersama pengajar sebelum meneruskan laporan bertulis
• Setiap sumber rujukan (citations and references) mesti menggunakan APA edisi ke-7.
• Perlu ada perancangan dan pengagihan tugas yang jelas di kalangan ahli kumpulan yang akan diisi dalam
buku log.
• Penyerahan laporan: 12 Jun 2024( (dalam bentuk softcopy dan hardcopy):

➢ Hardcopy (masukkan ke dalam kotak depan pejabat saya di Aras 2, FEB (Bilik 2068)
➢ Softcopy (Muat naik dalam bentuk PDF di dalam Eleap)

Perincian Tugasan

Makluman:
• Penilaian 2 ialah penghasilan video dan Penilaian 3 ialah laporan bertulis
• Isu semasa adalah pilihan anda. Pilihan Isu akan diluluskan/ditolak oleh pengajar
• Pastikan anda boleh mengaitkan isu semasa dan unsur khusus dari aliran falsafah yang akan menjadi asas
perbincaangan pilihan anda
• Topik untuk kedua-dua penilaian adalah sama

1. Struktur penulisan laporan:

Peringkat Satu:
Kerangka teori Tulis satu perenggan (atau lebih) elemen khusus daripada aliran falsafah pemikiran yang akan menjadi
asas membincangkan isu pilihan anda
Sebagai contoh, anda telah memilih unsur__________________________
Tulis apa yang dimaksudkan dengan pernyataan sebelumnya dengan memberikan definisi, penjelasan
dan penghuraian dengan sekurang-kurangnya lima citations.

1. Pengenalan – isu semasa, kemudian kaitkan dengan unsur falsafah.


2. Konsep.
3. Beri perkaitan dengan isu semasa

Peringkat Kedua: Tulis satu perenggan (atau lebih) tentang isu semasa yang dipilih dan kemudian kaitkannya dengan
Isu/kes semasa elemen khusus daripada aliran falsafah yang akan menjadi asas perbincangan isu pilihan anda

_____. Sokong hujah anda dengan sekurang-kurangnya lima citations.

1. Faktor, kesan, Langkah, jenis, statistik dsb.

Peringkat Tiga: Bina borang soal selidik dengan sekurang-kurangnya 15 pernyataan tidak termasuk demografi. Item
Analisis data dalam soal selidik boleh menjadi gabungan soalan aneka pilihan dan soalan terbuka.

Matlamat utama soal selidik adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada sekurang-kurangnya 30
responden tentang kesan, penyelesaian dan/atau pendapat orang lain tentang isu yang anda pilih.

Responden hendaklah rakan sekelas anda daripada kumpulan lain dan bukannya ahli kumpulan anda
sendiri.

Tulis satu perenggan (atau lebih) tentang analisis data. Untuk bahagian ini tiada petikan diperlukan.
Apabila anda selesai dengan tahap 1, 2 & 3.
Peringkat Empat:
Kompilasi Tulis pengenalan dalam satu perenggan
Tulis kesimpulan dalam satu perenggan
Susunan laporan adalah seperti berikut:
1. Muka depan dengan nama dan nombor matrik setiap ahli kumpulan
2. Pautan ke Video YouTube
3. Pengenalan
4. Objektif
5. Kerangka Teori
6. Isu Semasa
7. Analisis maklum balas responden
8. Kesimpulan
9. Rujukan
10. Lampiran
a. Questionnaire (tanpa jawapan)
b. Peranan terperinci setiap ahli kumpulan dalam jadual (buku log) seperti berikut:
N Name Role
o
1 Socrates Doing literature review

2 Plato Finding the current issue

3 Aristotle Constructing the Questionnaire

4 Heraclitu Construct the powerpoint


s
5 Epicurus Group leader and main editor

2. Format:
• Times New Roman font 12
• 1.5 spacing
• References must be included at the end of the document

Skema Pemarkahan:

Markah Perkara Pencapaian


Pelajar

Struktur (2 Markah)
2-1 ● Maklumat lengkap disusun mengikut urutan yang relevan (Isi Kandungan,
Pengenalan, sub topik-sub topik, kesimpulan, Rujukan, Appendiks *jika ada) dan
mudah untuk dibaca

Bahasa (3 markah)

1-0 ● Cara penulisan yang mudah difahami


1-0 ● Tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan yang boleh menghalang pemahaman
1-0 ● Pengunaan laras bahasa akademik yang konsisten

Isi Kandungan dan Kesesuaian Isi Kandungan (8 Markah)

8 ● Isi kandungan sangat komprehensif (4m) serta mencerminkan idea baru dalam
topik dan konteks yang dipilih dengan cemerlang (4m)
6
● Isi kandungan agak komprehensif (3 m) dan mencerminkan idea baru dalam topik
dan konteks yang dipilih dengan baik walaupun terdapat 1 atau 2 elemen yang
4 tidak dimasukkan (3m)

2
● Isi kandungan kurang komprehensif (2 m) dan kurang tepat dalam mencerminkan
topik dan konteks yang dipilih (2 m)

● Isi kandungan tidak komprehensif (1 m) dan gagal untuk mencerminkan topik dan
konteks yang dipilih (1 m)

Kemahiran Menganalisis (10 Markah)


3-1 ● Analisis pelajar menunjukkan pemahaman yang padu dan penguasaan yang jitu
mengenai konsep-konsep yang dipelajari

4-1 ● Pelajar mampu menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah
sebagai asas bagi menjalinkan dialog antara budaya.

3-1 ● Analisis pelajar mencermikan kematangan akademik dan tahap pemikiran yang
tinggi dalam menyelesaikan masalah masyarakat.

Rujukan (2)
1 ● Lengkap dan mengikut sistem rujukan APA
1 ● Menunjukkan sumber rujukan yang pelbagai (tidak terhad kepada pencarian
melalui internet dan buku sahaja)
Penilaian Rakan Sebaya (5)
5-1 ● Memaparkan nilai, sikap dan profesionalisme yang positif sepanjang menyiapkan
projek

(30) Jumlah markah pelajar

You might also like