4.3 Memahami Haba Pendam Tentu

You might also like

You are on page 1of 16

Bab 4 Haba

4.3 Memahami Haba Pendam Tentu

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu

Lengkung Pemanasan

• Pada B, pepejal mula melebur.


• Semasa peleburan, suhu
bahan adalah malar kerana Suhu (°C)

haba yang diserap tidak


Cecair F
menambahkan tenaga kinetik dan gas Gas
Takat didih
molekul. D E
Pepejal Cecair
• Haba yang diserap oleh dan cecair
pepejal digunakan untuk
Takat lebur C
Pepejal B
mengatasi daya tarikan antara Suhu bilik A
molekul-molekul pepejal. Masa (s)
0
• Pada D, cecair mula
mengewap.
• Haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul-molekul
cecair dan mengatasi tekanan atmosfera semasa cecair bertukar kepada gas.

• Semasa pengewapan berlaku, suhu bahan adalah malar kerana tenaga kinetik
molekul tidak bertambah.

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu Pelakuran

Haba Pendam Tentu Pelakuran

 Kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan pada suhu malar apabila bahan
berubah keadaan dipanggil haba pendam.

 Perubahan keadaan daripada (haba pendam


Pepejal
pepejal kepada cecair. diserap)
Peleburan Cecair

 Haba pendam pelakuran ialah


haba yang diserap oleh pepejal
yang sedang melebur.

 Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk
menukarkan 1 kg bahan daripada keadaan pepejal kepada cecair pada takat
lebur (tiada perubahan suhu).

 Contoh
• Haba pendam tentu pelakuran ialah 334000 J kg-1.
• Ini bererti 334000 J haba diperlukan bagi 1 kg ais untuk melebur
sepenuhnya menjadi air iaitu berubah keadaan daripada pepejal kepada
cecair pada takat lebur 0°C.
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Muatan Haba Tentu Pelakuran

Menentukan Muatan Haba Pendam Tentu Pelakuran Ais


Pemanas elektrik
Suis ditutup

Suis pemanas elektrik ditutup (Radas A) :


Ais
Masa yang diambil = t saat
Jisim air terkumpul dalam bikar = mA kg

Bikar A

Suis pemanas elektrik dipasang (Radas B) : Radas A



Kuasa pemanas = P watt
Ais
Tempoh masa pemanas dipasang = t saat
Jisim air terkumpul dalam bikar = mB kg Reostat

Jisim ais cair disebabkan pemanas, m = (mB – mA) kg


Bekalan kuasa
Haba pendam tentu pelakuran ais, (transformer)

Pt Pt
= =
Bikar B
lais
m mB - mA Radas B

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu

Haba Pendam Tentu Pengewapan

Cecair Gas
(Pendidihan)
haba
pendam
diserap

 Haba pendam pengewapan ialah haba yang diserap oleh cecair yang mendidih.

 Haba pendam tentu pengewapan ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk
menukarkan 1 kg cecair kepada gas atau wap pada takat didih tanpa sebarang
perubahan suhu.

 Contoh
Haba pendam tentu pengewapan ialah 2260000 J kg-1. Ini bermaksud 2260000 J
haba diperlukan untuk menukarkan air kepada gas atau wap pada takat didih
dengan suhu malar.

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu Pengewapan

Menentukan Haba Pendam Tentu Pengewapan Air

Ke bekalan kuasa

Bikar
Pemanas rendam

Air

Penimbang elektronik

Kuasa pemanas = P watt


Jisim air semasa mula mendidih= m1 kg
Jisim air selepas pendidihan selama t saat = m2 kg
Jisim air yang berubah kepada stim/wap, m = (m1 – m2) kg
Haba pendam tentu pengewapan air,

Pt Pt
lpengewapan = =
m m1 - m 2
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu

Aplikasi Haba Pendam Tentu

Menyimpan ikan dengan ais

Apabila ais cair, ikan menyerap haba pendam tentu ais


dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan
kesegaran ikan.

Makanan berstim
• Apabila stim terkondensasi, ia membebaskan haba
pendam tentu yang banyak yang kemudiannya
diserap oleh makanan.
• Ini membolehkan makanan dimasak dengan cepat.

Autoklaf
• Autoklaf digunakan untuk mensteril peralatan
perubatan di hospital.
• Haba dalam amaun yang banyak dibebaskan
apabila stim di dalam autoklaf terkondensasi. Haba
yang dibebaskan membunuh bekteria dan
mikroorganisma pada alatan perubatan.
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu

Haba Pendam

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

ANALISIS SOALAN 4.3

HABA PENDAM TENTU

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012


Kertas 1
- - - 1 1 1 1 1

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012


Kertas 2
- - - - - - - -

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012


Kertas 3
- - - - - - - -

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

4.3 Soalan 2012 – Kertas 1

Berapa banyak haba yang perlu dibekalkan untuk mengubah 500 g

blok ais pada 0°C kepada air pada 0°C?

[ Haba pendam tentu pelakuran = 3.36 × 105 J kg-1]

A 6.72 × 102 J

B 1.68 × 105 J

C 6.72 × 105 J

D 1.68 × 108 J

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

4.3 Soalan 2011 – Kertas 1

Haba pendam tentu pelakuran air ialah haba yang diserap oleh

A 1 kg ais semasa melebur tanpa perubahan suhu

B 1 m³ ais semasa melebur tanpa perubahan suhu

C 1 kg air untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C

D 1 m³ air untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

4.3 Soalan 2010 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan proses perubahan keadaan jirim.

Antara proses A, B, C dan D, yang manakah haba pendam pengewapan diserap?

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

4.3 Soalan 2009 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan lengkung pemanasan bagi satu sampel naftalena.

Naftalena mula melebur pada masa

A t0

B t1

C t2

D t3

Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba

4.3 Soalan 2008 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan lengkuk penyejukan suatu bahan.

Pada peringkat manakah haba pendam tentu dibebaskan?

A VW dan XY

B WX dan YZ

C VW dan YZ

D WX dan XY
Fizik Tingkatan 4
TAMAT

You might also like