You are on page 1of 18

APAKAH ITU REKA BENTUK EKPERIMEN?

 Reka bentuk bersifat positivist yang direka khas untuk menilai

keberkesanan atau kesan sesuatu program. (Chua Yan Piaw,

2011).

 Tujuan:

Mengkaji hubungan antara dua pemboleh ubah yang diukur

dalam keadaan terkawal dan di bawah pemerhatian.

 Memberikan penekanan kepada perbandingan antara dua atau

lebih set data-data.

1
BAGAIMANAKAH IA DILAKSANAKAN?

 Contoh kajian: Mengkaji keberkesanan teknik pembelajaran


koperatif dalam meningkatkan motivasi murid untuk belajar
Bahasa Inggeris.
 Dua kumpulan pelajar diwujudkan – kumpulan A dan kumpulan
B.
 Kumpulan A (Rawatan - teknik pembelajaran koperatif) dan
kumpulan B (Kawalan - teknik pembelajaran ‘tradisional’).
 Kedua-dua kumpulan mempelajari topik dan ‘content lesson’ yang
sama, tetapi keputusan menunjukkan pelajar di dalam kumpulan
A telah menunjukkan minat untuk belajar lebih tinggi.

2
JENIS REKA BENTUK EKPERIMEN

Reka bentuk
eksperimen benar

Reka bentuk
quasi-eksperimen
3
REKA BENTUK EKSPERIMEN BENAR

Dalam reka bentuk ini responden-responden diagihkan secara rawak ke


dalam kumpulan-kumpulan responden untuk membuat perbandingan.

Pengagihan subjek secara rawak kepada kumpulan kawalan dan


kumpulan rawatan (Noraini, 2013).

Kedua-dua kumpulan dikatakan seimbang dan mempunyai ciri yang sama


(Kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan).

Dengan ini, pengkaji yakin bahawa kesan kepada kumpulan rawatan


hanya disebabkan oleh rawatan yang diberikan dan bukan oleh faktor-
faktor lain-lain.
4
PEMILIHAN KUMPULAN SECARA RAWAK
Matching Process Based on
Gender
John
Jim Experimental
James Group
Josh
Jackson
Jane
Johanna
Julie
Control
Jean
Group
Jeb

5
JENIS REKA BENTUK EKPERIMEN
BENAR

1 Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Pascaujian Sahaja

2 Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Pra dan Pasca


Ujian

3 Reka Bentuk Solomon Empat Kumpulan

6
REKA BENTUK KUMPULAN KAWALAN
PASCAUJIAN SAHAJA

7
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Pascaujian
Sahaja

 Reka bentuk eksperimental yang paling ringkas tetapi mempunyai kesahan dalaman
yang tinggi.
 Melibatkan dua kumpulan.
 Subjek diagihkan secara rawak kepada kumpulan, menerima rawatan (X) dan
pascaujian (O) dijalankan.
 Tiada praujian. (Kedua-dua kumpulan responden dianggap mempunyai ciri-ciri yang
sama di bawah pengagihan rawak).
 Pascaujian digunakan untuk membandingkan keberkesanan rawatan.
 Subjek diagih secara rawak kepada dua kumpulan (Olahan/Rawatan dan Kawalan).
 Pasca ujian dijalankan kepada kedua-dua kumpulan bagi membandingkan
keberkesanan olahan/rawatan.

8
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Pascaujian
Sahaja

Subjek Olahan Pasca ujian


Kumpulan X1 O
Rawatan
Kumpulan X2 O
Kawalan

di mana:
X = Rawatan
O = Dapatan (Pemboleh ubah bersandar)
X1 = Pemberian rawatan baharu kepada kumpulan eksperimen
X2 = Pemberian rawatan tradisional kepada kumpulan kawalan
REKA BENTUK KUMPULAN KAWALAN
PRA & PASCAUJIAN

10
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan
Praujian-Pascaujian

 Melibatkan sekurang-kurangnya dua kumpulan yang diagihkan secara rawak.

 Kedua-dua kumpulan diberi praujian (O1).

 Kemudian, pelaksanaan kaedah baru (X1) kepada kumpulan rawatan.

 Kaedah tradisional (X2) kepada kumpulan kawalan.

 Akhir sekali, kedua-dua kumpulan diberi pascaujian (O2).

 Reka bentuk ini disyorkan berbanding dengan reka bentuk kumpulan kawalan

pascaujian sahaja kerana melibatkan praujian.

 Ini dapat membantu menangani masalah mortaliti eksperimen dalam reka bentuk

kumpulan kawalan pascaujian sahaja.


11
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan
Praujian-Pascaujian

Kump. Pra ujian Olahan Pasca ujian

Rawatan O1 X1 O2

Kawalan O1 X2 O2

di mana:
X = Rawatan
O1 = Praujian
O2 = Pasca ujian
X1 = Pemberian rawatan baharu kepada kumpulan eksperimen
X2 = Pemberian rawatan tradisional kepada kumpulan kawalan 12
REKA BENTUK
SOLOMON EMPAT KUMPULAN
(Solomon four-group design)

13
Reka Bentuk Solomon Empat Kumpulan

 Reka bentuk Solomon empat kumpulan (1949) direka untuk mengenal pasti kewujudan
kesan pengujian.
 Diagihkan kepada empat kumpulan secara rawak.
 Kumpulan rawatan – satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi tidak
 Kumpulan kawalan – satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi kumpulan tidak.
 Semua kumpulan melalui pasca ujian
 Rekabentuk ini mengawal pemboleh ubah luaran (ancaman) dengan baik dan
mempunyai kesahan dalaman yang tinggi
 Gabungan antara reka bentuk pertama dan kedua (reka bentuk kumpulan pasca ujian
sahaja dan reka bentuk kumpulan kawalan pra ujian-pasca ujian)
 Kelemahan – memerlukan sampel yang ramai untuk diagihkan kepada empat
kumpulan

14
Reka Bentuk Solomon Empat Kumpulan

Kump. Pra ujian Olahan Pasca ujian

Rawatan O1 X1 O2
Kawalan O1 X2 O2
Rawatan - X1 O2
Kawalan - X2 O2

di mana:
X = Rawatan
O1 = Praujian
O2 = Pasca ujian
X1 = Pemberian rawatan baharu kepada kumpulan eksperimen
X2 = Pemberian rawatan tradisional kepada kumpulan kawalan
15
PERBANDINGAN ANTARA REKA BENTUK
EKSPERIMEN BENAR

16
PERBANDINGAN

Reka Bentuk Eksperimen Perbezaan Persamaan


Benar
Reka Bentuk Kumpulan Bermula dengan rawatan diikuti dengan
Kawalan Pascaujian Sahaja pascaujian.
- Subjek dipilih
Bermula dengan praujian diikuti dengan
Reka Bentuk Kumpulan secara rawak.
Kawalan Praujian-Pascaujian rawatan.
Akhir sekali diberi pascaujian
- Mempunyai
2 kumpulan rawatan kumpulan
(1 kumpulan – praujian) rawatan dan
(1 kumpulan – tiada praujian) kumpulan
kawalan.
Reka Bentuk Solomon Empat- 2 kumpulan kawalan
Kumpulan (1 kumpulan – praujian) - Mempunyai ciri-
(1 kumpulan – tiada praujian) ciri yang
seimbang
Semua kumpulan diberi pascaujian

17
KESIMPULAN

 Reka bentuk penyelidikan ini dilakukan apabila


penyelidik ingin menentukan kewujudan hubungan
antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar.

 Penyelidik perlu berusaha mengawal semua pemboleh


ubah luaran atau ancaman yang berpotensi memberi
kesan terhadap pemboleh ubah bersandar. Kawalan ini
adalah penting bagi penyelidik membuat kesimpulan
bahawa hanya pemboleh ubah bebas sahaja yang
menyebabkan kesan tersebut.

18

You might also like