You are on page 1of 19

PROGRAM

PENDIDIKAN UNTUK
SEMUA DI MALAYSIA
Disediakan oleh : Lee Kwen Yau
Chang kok Hong
Program pendidikan khas
autisme

Kumpulan
Sindrom
berkeperluan down
khas
disleksia
pendidikan khas
◦ Dari segi ketaksamaan peluang pendidikan, memang
wujud kekurangan peluang untuk belajar pada abad
ke -19
◦ Mereka hanya dapat mendapat pendidikan sekolah
rendah sahaja pada masa itu, iaitu di buah tempat
Sekolah Rendah Alma dan Sekolah Puteri Elizabeth.
◦ Mereka tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran
pada peringkat sekolah menengah dalam tempoh
masa sebelum merdeka.
◦ Selepas merdeka, kerajaan telah memainkan peranan yang
aktikf unruk mewujudkan ketaksamaan peluang pendidikan
untuk semua.
◦ Dalam Country Report Malaysia, 2000, kerajaan telah mengakui
kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak untuk
menghadiri persekolahan formal.
◦ Antaranya, ditegaskan bahawa semua kanak-kanak khas perlu
disediakan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi dan sama rata seperti di sekolah formal.
Kini
◦ Kini, Sekolah Pendidikan Khas (SPK) telah disediakan
untuk murid-murid berkeperluan khas.
◦ Kementerian Pelajaran Malaysia mengintegrasikan
program Pendidikan Khas Integrasi dalam sekolah aliran
perdana serta pendekatan inklusif dalam sekolah biasa.
◦ Hal ini selaras dengan hasrat antarabangsa, di mana
pendidikan disediakan untuk semua ( Education For All)
Usaha yang dilakukan
◦ Kemudahan fizikal sekolah dan peralatan khas diubah
suai mengikut tahap dan jenis kecacatan.
◦ Kepakaran guru pendidikan khas, di mana guru dilatih
khas untuk mendidik murid yang berkeperluan khas
supaya dapat menangani masalah pembelajaran
murid.
◦ Penggunaan kurikulum yang bersesuaian dengan murid
berkeperluan khas. hal ini berkaitan dengan
pembentukan dan pembinaan rancangan pengajaran
individu untuk murid-murid tertentu.
Program
◦ rogram Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semenjak tahun
1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah
yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran
iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M).

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang memberi fokus kepada masalah menguasai
kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut
dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang
diwujudkan di setiap sekolah rendah.
◦ Fokus ke arah membasmi masalah 4M ini turut
termaktub di dalam
◦ Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
dan
◦ Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
◦ Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan
dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai
kemahiran asas 4M pada Tahap 1.
◦ KPM telah memperkasakan Program Pemulihan Khas
dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan
menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi
termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
◦ Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital KPM Bil. 4/2011
bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (KPPM).
◦ Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus SDH.
◦ Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam suasana
persekitaran yang kondusif.
◦ Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang dapat
membantu proses penyembuhan murid yang berada di hospital.
◦ Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat
diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
◦ Penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu
inisiatif bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Universiti dan
Yayasan Nurul Yacieen (YNY) terhadap keperluan meneruskan
pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital dan
mempunyai kesediaan untuk belajar.
OBJEKTIF SEK DLM HOSPITAL
◦ Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur dalam
persekitaran yang kondusif secara santai / didik hibur (fun
learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital
◦ Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk
meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam
pelajaran.
◦ Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua
peringkat umur kanak-kanak yang bersekolah tanpa batasan
tem pat dan keadaan.
◦ Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid sakit melalui
pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.

You might also like