You are on page 1of 14

BBD 10102

FALSAFAH PENDIDIKAN

OLEH : Dr Hashima Binti Hamid

1
KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Barat

2
5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
 Falsafah ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang
muncul dalam masyarakat di barat. Aliran fahaman pendidikan
ini termasuklah Esensialisme, Perenialisme, Progresivisme,
Rekonstruksionisme dan Eksistensialisme.

 Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan


falsafah-falsafah pendidikan;
 Pragmatisme - progresivisme & rekontruksionism
 Idealisme & realisme - esensialisme
 Idealisme - perenialisme

 Falsafah Pendidikan, selain daripada bertanyakan soalan


berkaitan metafizik, epistimologi dan aksiologi ia juga
bertanyakan berkaitan dengan soalan-soalan pendidikan.

 Ahli-ahli falsafah ini juga cuba memberi makna kepada konsep-


konsep sejagat yang mendifinasikan proses pendidikan seperti
konsep pendidikan, pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.

3
5.1 ESENSIALISME
 Di bentuk oleh William C. Bagley 1938. Ahli2 lain
ialah:
 Thomas Briggs
 Frederick Breed
 Issac L. Kandel

 Ia menjadi amalan dan budaya di AS dan juga


seluruh dunia.

 Antara kajian tumpuan bagi ahli falsafah ini ialah:


 Mengkaji semula perkara-perkara perlu dimasukkan ke
dalam kurikulum sekolah
 Membezakan diantara program-program sekolah yang
penting dengan yang kurang penting
 Membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah
(Kneller, 1971)

4
 Falsafah ini merupakan falsafah tradisional atau konservetif maka
ia telah menarik perhatian kepada mereka yang mempercayai
tentang kebaikan untuk mengekalkan tradisi dan tamadun
sesuatu masyarakat.
 Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan boleh didapati
daripada pengetahuan semasa dan juga pengetahuan masa
lampau. Bagi mereka tumpuan utama dalam kurikulum ialah
perkara2 yang dianggap penting dan benar2 diperlukan.
 Sekolah rendah – penting ialah pembacaan, penulisan, percakapan,
ejaan, dan ilmu kira-kira dan barulah diperkenalkan sejarah, ilmu
alam, sains fizikal dan biologikal dan bahasa asing, yang kurang
diperlukan ialah kesenian, muzik & pendidikan jasmani.
 Sekolah Menengah – perkara penting di peringkat sekolah rendah
dikembangkan diantaranya ialah ilmu kira-kira menjadi ilmu hisab
(algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus), sains fizikal menjadi
fizik, kimia dan geologi, yang kurang penting ialah kesenian, muzik
dan pendidikan jasmani serta ditambah dengan subjek vokasional.
Semua bentuk kokurikulum diterima tetapi tidak diberi tumpuan.
 Nilai-nilai masyarakat juga diajar sepanjang kurikulum
persekolahan (sosial & kebudayaan golongan atasan) nilai-nilai
poliktik & cendikiawan serta nilai-nilai penulis-penulis terkenal.
5
 Ahli2 falsafah ini berpegang kepada pendekatan tradisional
terhadap pendidikan iaitu 3M (membaca, menulis & mengira).

 Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan serta


berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai2 tradisional
masyarakat.

 Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal, berpengetahuan,


memahami secara mendalam psikologi kanak2, seorang yang
boleh menyampaikan fakta2 dan keunggulan kepada generasi
muda, seorang yang menggunakan asas2 falsafah dan sejarah
pendidikan serta seorang yang tekun melaksanakan tugas.

 Oleh itu ahli2 falsafah ini menganggap inisiatif pendidikan


terletak dibahu guru bukan pada pelajar. Bagi ahli2 ini
pembelajaran memerlukan pelajar berusaha bersungguh2 dimana
ia memberi penekanan kepada kepentingan disiplin kendiri.

6
5.2 PERENIALISME
 Ia juga membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan
tradisional. Bagi mereka manusia adalah makhluk yang rasional dan
sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk
membentuk manusia menjadi rasional.
 Menurut Johnson & rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran terletak
dalam aktiviti2 untuk mendisiplinkan akal, mata pelajaran yang boleh
digunakan ialah matematik, bahasa, logik dan buku ternama.
 Tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencari dan menyebarkan
kebenaran. Bagi mereka kebenaran adalah sama dimana-mana. Oleh itu
pendidikan mestilah sama diseluruh dunia. Maka kurikulum sekolah
perlu menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema kehidupan
manusia yang tetap. Subjek-subjeknya ialah kognitif, moral, estetika dan
prinsip-prinsip agama.
 Ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedah-kaedah pengajaran seperti
ingatan, pembacaan, penulisan latih tubi dan ulangkaji. Ahli-ahli ini juga
mempercayai pendidikan mestilah diberikan kepada pelajar-pelajar yang
pandai sahaja dan kepada yang kurang pandai diberi latihan vokasional.

7
 Bagi ahli-ahli falsafah ini bagi mereka sekolah tidak diwujudkan
untuk melatih tugas-tugas pekerjaan. Tugas-tugas melatih ini
diserahkan kepada pekerja-pekerja didalam berbagai-berbagai
bidang pekerjaan. Begitu juga sekolah bukan tempat untuk
memperbaiki semula masyarakat. Bagi ahli-ahli ini demokrasi akan
maju jikalau masyarakat di didik dengan betul.
 Ahli-ahli ini juga menyarankan pelajar belajar hasil-hasil karya
orang-orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah
dan sains.
 Bagi ahli-ahli falsafah perenialisme pelajar dapat mendisiplinkan
akalnya dengan bersungguh-sungguh mempelajari perkara-perkara
yang dianggap penting pada masa lampau, tetapi masih lagi brguna
pada hari ini.

 Mereka juga berpendapat bahawa kesedaran kendiri memerlukan


disiplin kendiri dan disiplin kendiri dapat diperolehi hanya melalui
disiplin luaran.

8
5.3 PROGRESIVISME
 Ia dibentuk di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-
an, falsafah pendidikannya mengambil asas daripada falsafah
umum pragmatisme yang dipelopori oleh Charles Pierce, Charles
Darwin, Wiliam James, Wiliam Kilpatrick dan John Dewey,
namum penulisan John Dewey banyak mempengaruhinya.

 Menurut falsafah ini sekolah adalah sebagai unit masyarakat


yang bersifat demokratik.

 Kelahiran individu manusia ke dunia ini adalah bersifat suci


seperti kain puteh justeru itu persekitaran serta masyarakat
banyak mempengaruhinya.

 Diantara prinsip terkandung dalam falsafah ini ialah pendidikan


sebagai proses yang mencorakan manusia mengikut
persekitaran yang ada. Pelajar berperanan dalam aktiviti
pembelajaran manakala guru menjadi pembimbing dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

9
 Kurikulum yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan adalah
berkisar kepada pengalaman peribadi dan sosial pelajar.
Dimana kurikulum berteraskan kepada subjek sains sosial.

 Walaubagaimanapun kurikulum bersifat merentas disiplin adalah


diperlukan kerana dalam kehidupan aktiviti penyelesaian
masalah adalah melibatkan kemahiran komunikasi, kemahiran
menggunakan logik matematik dan proses inkuiri saintifik.

 Sumber muktamad bukanlah daripada buku, sebaliknya buku


hanyalah sebagai alat dalam proses pembelajaran

 Ahli-ahli ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran,


berbeza dengan esensilisme dan perenialisme yang memberi
perhatian kepada mata pelajaran.

 Mengikut fahaman mereka guru bukanlah sebagai pendeta yang


menguasai dan membekalkan segala ilmu tetapi bagi mereka
guru adalah pembimbing pelajar kerana pelajar berkeupayaan
memikir, meninjau dan membuat penerokaan mengikut minat
masing-masing.

10
5.4 REKONSTRUKSIONISME
 Aliran ini dikatakan pecahan daripada mazhab falsafah pragmatisme
yang muncul sekitar tahun 1920-an sebagai yang dicadang oleh
John Dewey dalam bukunya Reconstruction in Philosophy.
 Mengikut fahaman ini masyarakat adalah sebagai matlamatnya.
Tokoh2nya adalah seperti George S. Counts dan Harold O.Rugg
mereka adalah penyokong kuat kepada John Dewey.
 Aliran ini adalah lanjutan daripada aliran progresivisme, ini kerana
mengikut pendokong aliran ini pembentukan semula masyarakat
adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera. Perkembangan
yang pesat dalam bidang teknologi mendesak akan perlunya order
baru dalam masyarakat.
 Aliran ini juga berpendapat pelajar perlu disedarkan dengan
masalah sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus
berkembang.
 Guru dan pelajar adalah agen pembaharuan dan agen penyelesaian
masalah sosial. Matlamat pendidikan adalah ke arah pembentukan
masyarakat baru, masyarakat global yang saling bergantung antara
satu sama lain.

11
 Prinsip-prinsip terkandung dalam falsafah ini bahawa pendidikan
bertujuan untuk pembaharuan perkara-perkara yang terdapat
dalam sistem sosial. Sekolah adalah sebagai permulaan kepada
pembaharuan yang perlu dalam sistem sosial.
 Kandungan kurikulum terdiri daripada pelbagai masalah sosial,
ekonomi, politik yang dihadapi oleh manusia dan meliputi juga
masalah peribadi dan sosial yang dihadapi oleh pelajar.
 Guru hendaklah menyedarkan pelajar kepada masalah yang
dihadapi manusia, membantu mereka mengenal pasti masalah
yang ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan tentukan bahawa
pelajar mempunyai kamahiran yang akan membolehkan mereka
mengatasi masalah tersebut.
 Guru hendaklah menggalakan pencapahan pemikiran sebagai
kaedah untuk menghasilkan penyelesaian altenatif.
 Mengikut mazhab ini sekolah merupakan agensi utama bagi
menggerakan perubahan sosial, politik dan ekonomi dalam
masyarakat.

12
5.5 PENUTUP
 Sebagai rumusannya dapat dikatakan mazhab yang dikemukan
mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Mazhab-
mazhab ini juga banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan
di seluruh dunia.
 Tetapi tidak ada persetujuan yang dicapai oleh pembuat dasar,
perancang kurikulum, pentadbir sekolah, guru, pelajar dan
masyarakat umum mengenai falsafah pendidikan mana satu yang
diamalkan.
 Di malaysia contohnya falsafah pendidiknya tidak berlandaskan
kepada mana-mana mazhab secara keseluruhan. Sebaliknya sistem
pendidikan negara adalah berlandaskan kepada dasar-dasar
kerajaan yang memerintah.
 Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan
negara ini mempunyai unsur-unsur falsafah yang telah
dibincangkan. Contohnya ialah sistem 3M (menulis, membaca dan
mengira) yang berlandaskan kepada falsafah pendidikan
esensialisme.

13
Sekian .Terima kasih

14

You might also like