You are on page 1of 16

UF

A W
S
TA3 2 2
AN U
2
D P
A 04K 2 /
M

HL 2
AK A
P I
PENILAIAN SEPANJANG SEMESTER 1
SESI 2020/2021

UJIAN KEMAJUAN 1 : 10 %
UJIAN KEMAJUAN 2 : 10 %
KERJA KURSUS:
PEMBENTANGAN : 10%
KERTAS KERJA : 20%
PEPERIKSAAN AKHIR : 50%
OBJEKTIF PELAJARAN
Memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar
tentang konsep dan pengertian Tasawuf ,
kepentingannya dan kedudukannya dalam Islam.

Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan menghayati


sifat-sifat Mahmudah seterusnya mampu menghadapi
cabaran dunia moden dan globalisasi hari ini.

Melahirkan seorang muslim yang berkualiti, tahan uji serta


dapat memberikan sumbangan kepada perkembangan
dakwah Islam masa kini.
PENDAHULUAN

Tasawuf dalam Islam merupakan satu bidang


ilmu agama yang memberikan penekanan
kepada akhlak. Akhlak dianggap sebagai
tunggak utama dan roh Islam. Tasawuf
mempunyai hubungan yang erat dengan
pembentukan akhlak manusia melalui
amalan Tazkiyyah dan Mujahadah.
•Ibn al- Qayyim dalam bukunya “ Madarij al-Salikin”
tasawuf adalah akhlak.

•Al- Qattan pula menggambarkan tasawuf itu adalah akhlak,


“Sesiapa yang bertambah akhlaknya, maka bertambahlah
kebersihan jiwanya”

•Kalabazi berkata dalam kitabnya” al-Ta’aruf”


“Perkara pertama yang mesti bagi seseorang yang menuju
jalan keredhaan Allah ialah mengetahui tentang jiwa ,
penyakit-penyakitnya, amalan dan cara mendidiknya”.
ASAL KALIMAH TASAWUF
Dalam menentukan asal-usul kalimah Tasawuf, para
pengkaji ilmu Tasawuf membahagikannya kepada dua
pendapat .

Pendapat Pertama : Pendapat yang menegaskan bahawa


ia berasal daripada perkataan Yunan. Sofia yang bererti
al-Hikmah. Al-Sufiah ialah para Hukama’ kerana Sofia
dalam bahasa Yunani ialah hikmah. Oleh itu mereka
digelarkan Philosofia yang bererti Pencinta Hikmah.

Pendapat Kedua : Pendapat ini mengatakan bahawa


asal usul perkataan sufi atau Tasawuf adalah daripada
perkataan Arab. Namun pendapat itu pula terbahagi
kepada beberapa bahagian.
(a) Berasal daripada al-Sufah. Al-Sufah ialah gelaran
yang telah diberikan kepada seorang belia Arab
bernama al-Ghauth bin Murr pada zaman Jahilliah.

(b) Berasal daripada perkataan al-Safa yang bererti jernih


dan bersih.

(c) Berasal daripada perkataan al-Suffah iaitu bahagian


belakang masjid Rasulullah s.a.w di Madinah.

(d) Pendapat yang menegaskan bahawa ia berpunca


dari al-Sifah dengan alasan bahawa
golongan Sufi memang menghiaskan diri dengan
sifat-sifat terpuji / Mahmudah dan menjauhkan
diri daripada sifat-sifat keji / Mazmumah.
(e) Berasal daripada perkataan al-Saff iaitu barisan depan
ketika dalam sembahyang berjemaah. Ini kerana
memandangkan bahawa golongan sufi
adalah mereka yang berada dalam barisan pertama
di hadapan Tuhan Rabbul Jalil semata-mata kerana
ketinggian hemah dan kesungguhan mereka
menghadap Allah dengan sepenuh hati dan jiwa.

(f) Pendapat yang menegaskan bahawa ia berpunca


daripada al-Sufanah iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan yang
terlalu kecil dan kerdil kerana golongan Tasawuf sangat
menjaga makan dan minum dalam kadar yang sangat
kecil.Sehingga seolah-olah diserupakan dengan kadar dan
sukatan al-Sufanah.
(g) Berasal daripada al-Suffah yang bererti
secarik daripada kain bulu yang terbuang atau
terbiar di bumi. Ini kerana memandangkan
bahawa golongan sufi terlalu khusyuk dan tawadhu’
di hadapan Allah adalah sama keadaan dan nilainya
dengan al-Sufah tadi.

(h) Berasal daripada perkataan Sufatul Qafa


iaitu kulit tengkuk yang lembut .Ini
memandangkan bahawa ahli sufi itu lemah lembut
tingkah lakunya.

(i) Berasal daripada kalimah al-Suf atau kain kasar


yang dibuat daripada bulu kambing.
DEFINISI TASAWUF
(a) tasawuf ialah pembersihan hati dari
bawaan arus manusia dan memisahkan
akhlak tabiiyyah, memadamkan sifat-
sifat basariyyah, menjauhi pujukan
nafsiyyah menerjuni sifat rohaniyyah
berpegang teguh dengan ilmu hakiki
mengutamakan yang abadi,
menasihati untuk kesatuan umat ,
setia kepada allah dengan sebenar-
benarnya dan mengikuti rasulullah
s.a.w dalam perjalanan syariat.

(b) tasawuf ialah kejernihan diri yang


dikhususkan oleh allah kepadanya.
sesiapa yang membersihkan diri
daripada segala yang selain allah
adalah seorang sufi.

(c) tasawuf ialah kesempurnaan adab.


(d) Tasawuf ialah Allah mengkhususkan anda
dengan kejernihan.
Sesiapa yang dijernihkan daripada segala sesuatu adalah
seorang sufi.

(e) Menurut Ibn Khaldun “ Tasawuf ialah memelihara


kemuliaan adab bersama Allah dalam sesuatu amalan
samada amalan batin atau zahir dengan
meletakkan batas sempadan Nya mendahului kepentingan diri,
menghampirkan diri kepadaNya
dalam keadaan sunyi dan merasa rakus ketika bermunajat”.
KESIMPULAN

Berdasarkan huraian dan perbincangan di atas


dapatlah dirumuskan bahawa Tasawuf
merupakan satu kaedah pendekatan jiwa untuk
mencari keredhaan Allah. Penekanan yang
diberikan dalam mengharungi perjalanan ini ialah
berkaitan dengan persoalan rohani yang
menyentuh unsur kebatinan,persoalan spiritual
yang berkaitan dengan isihati dan perasaan
dalaman manusia.
SUMBER ILMU TASAWUF
• 1) CARA HIDUP RASULULLAH.
• Rasulullah s.a.w telah bertahannuth di Gua Hira’. Baginda
telah menjalani Tahannuth pada setiap tahun sepanjang bulan
Ramadhan.Di sinilah Nabi Muhammad s.aw menjalani hidup
kerohanian yang tulin dan bersih sebersih-bersihnya daripada
lingkungan hidup kebendaan yang tidak dikeruhkan oleh
keseronokan dan kesibukan dunia. Amalan ini diteruskan
oleh nabi Muhammad s.a.w hinggalah usianya 40 tahun.
• Kesungguhan ibadah dan solat tahajjud sehingga ditegah
oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : “ Taha, tidak
Kami turunkan ke atasmu kitab al-Qur`an itu untuk
menyusahkan engkau”.
• Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w solat Tahajjud sehingga pecah-
pecah kakinya. Aku katakan kepadanya : Mengapa sampai
demikian wahai Rasulullah s.a.w sedangkan Allah telah
mengampuni dosamu yang telah lalu dan juga yang akan
datang?. Maka jawab baginda : Apakah tidak boleh aku
menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
SUMBER DARI HADIS

1) Sebuah hadis Qudsi bermaksud :


“ Sesiapa yang memusuhi para wali-Ku , maka Aku izinkan
memeranginya dan tidaklah seorang hamba menghampirkan diri
nya kepadaku dengan amalan-amalan fardhu dan amalan-
amalan sunat sehinggalah Aku mencintainya.
Apabila Aku kasih kepadanya , maka dia mendengar dengan
pendengaran-Ku, melihat dengan penglihatan-Ku,mengambil
dengan tangan-Ku dan berjalan dengan kaki-Ku. Jika dia
memohon kepadaku , Aku kurniakan kepadanya dan jika ia
memohon perlindungan dengan-Ku nescaya Aku lindungkannya.”
Sumber daripada Cara Hidup Para Sahabat.

Kehidupan para sahabat adalah sama dengan kehidupan


yang dipenuhi dengan kezuhudan, wara’ ,
mengutamakan hidup akhirat serta cintakan Allah.

Pertama : Saidina Abu bakar r.a.


Beliau tidak menukar pakaiannya selama enam hari
Beliau juga menahan lidahnya daripada perkataan sia-sia.

Kedua : Beliau yang berjaya membuka empayar Rom dan Parsi


masih hidup dalam kefaqiran walaupun beliau dapat mengaut keuntungan
negara.

Saidina Umar al-Khattab memakai pakaian yang bertampal-tampal


sebanyak dua belas tampalan walaupun memegang jawatan sebagai
khalifah.
Maksud Hadis : Sesungguhnya syaitan akan menyimpang daripada
bayang-bayang Umar.
Ketiga : Saidina Uthman sentiasa melatih
dirinya untuk hidup zuhud. Selalu berfikir dan
sentiasa mengamati al-Qur`an setiap hari.

Keempat : Saidina Ali bin Abi Talib amat


terkenal dengan kezuhudan.Beliau selalu
menampal bajunya.
Ketika ditanya : Mengapa begini wahai Amirul
Mukminin?
Beliau menjawab : Agar hati ini khusyuk
dan diikuti oleh setiap mukmin .

You might also like