You are on page 1of 37

KONSEP

TATABAHASA
SECARA UMUM
(Nik Safiah Karim et al., 2004) Tatabahasa dalam
bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu
morfologi dan sintaksis.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna
dan tugas nahu ialah morfem
KONSEP-KONSEP PENTING
TATABAHASA DALAM KBSR DAN
KBSM
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur
perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan
kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit
atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak
akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata
diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem,
iaitu di dan minum.
Jenis Morfem
• Morfem Bebas
• Boleh berdiri sendiri. Contohnya minum, cuti,
sekolah, periksa.
• Mempunyai makna sendiri.

• Morfem Terikat / Imbuhan


• Bentuk imbuhan, iaitu mem, per, kan, ber
• Tidak mempunyai makna, tetapi mengandung
fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh mengubah
makna sesuatu kata, seterusnya makna ayat
Morfem Terikat / Imbuhan
Awalan
ditambah di bahagian depan kata dasar
contohnya: membaca, menghafal
Akhiran
ditambah di bahagian belakang kata dasar
Sisipan
diselitkan antara unsur-unsur kata dasar
contohnya: telapak (tapak)
Apitan
ditambahkan serentak di bahagian awalan dan
akhiran kata dasar
contohnya: imbuhan per…… ...an, permainan
Konsep Perkataan
• Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna
Bentuk-Bentuk Kata

Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.


Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong
dalam kata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada,
tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam
(panggung wayang gambar) dan sebagainya.
Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama
Kata dengan singkatan
Tunggal Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa
perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat
(information technology) dan PM untuk Perdana
Menteri.
Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal
seperti akronim.
Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui
Kata Terbitan proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran,
sisipan atau apitan.
Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata
dasar.
Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh
disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika
dapat disisipkan kata lain dan membawa makna
tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi
Kata Majmuk tergolong dalam frasa.
Misalnya: Budak berlari bukan kata majmuk
kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau
budak yang berlari itu.
Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah
kecuali yang sudah mantap sebagai satu
perkataan.
Kata ganda ialah pengulangan kata
dasar, sama ada dengan mengulang
seluruh kata dasar (penggandaan penuh)
atau sebahagian daripada kata dasar
(penggandaan separa), seperti gila-gila,
Kata Ganda
gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-
rama dan sebagainya.
Contoh penggandaan separa ialah
pepatung, lelabah, sesekali dan
sebagainya.
Proses Pembentukan Kata Selain kata tunggal, maka kata terbitan,
kata majmuk dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan
kata.
Pengimbuhan
• Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan
imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan
perkataan yang berlainan makna serta fungsi
nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada
morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
• Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan –
awalan, akhiran, apitan dan sisipan
• Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat
Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat
Contoh Contoh
Awalan Varian
Perkataan Penggunaan
ke- ke Kekasih, Pasangan kerabat
kerabat diraja itu makan di
warung sahaja.

Maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau


benda dengan memberi tumpuan kepada
maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata
nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau
abstrak.
peN-. pe-... pewangi, peragut, pesalah Orang ramai membelasah peragut itu
.. sehingga pengsan.

  pem-... pemfatwa, pemproses, Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.


pemberontak

  pen-... pensyarah, penswastaan, Pensyarah itu keletihan kerana


penagih, pendapat menyampaikan lima kuliah sehari.

  peng-... pengkritik, pengamal, Pengacau itu mengganggu pengasuh kanak-


   pengkhianat, pengacau, kanak setiap hari.
pengaudit, penghantar,

  penge-. pengecualian, pengeluar, Pengebom berani mati itu terkorban akibat


.. pengesan, pengebom perbuatan sendiri.

  pel-... pelabur, pelajar, pelayar, Pelabur diingatkan supaya menyemak


pelampau, pelakon nombor kad pengenalan sebelum mengisi
borang.

per per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam


purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-... juru-... jurutaip, jururunding, Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga
jurubahasa akhirnya dia meletakkan jawatan.

dwi-(menunjukkan dwi-... dwibahasa, dwifungsi, Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu
bilangan dua bagi kata dwiedaran Tamil dan Inggeris.
dasar)

eka-(menunjukkan eka-...   ekabahasa, ekakaum, Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin


bilangan satu, ekafungsi perpaduan negara
kadangkala dirujuk
juga adi-...)

pra-...(menunjukkan pra-... prasejarah, Ahli arkeologi itu menggali tulang-temulang


makna `sebelum') prakemerdekaan manusia prasejarah.

swa-...menunjukkan swa-... swalayan, swamodal, Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran


maksud `sendiri') swakarya swalayan itu.

Pasca –n(dirijuk Pasca- pascasiswazah Pengajian pascasiswazah merujuk kepaada


kepada ‘selepas’) bidang-bidang sarjana dan kedoktoran
Contoh imbuhan Akhiran Ayat

Akhiran Contoh Perkataan


...-man (menunjukkan sifat seniman, budiman
perkara – sama ada orang
atau benda yang dirujuk)

...-wan (perkara yang olahragawan, usahawan


dirujuk adalah ahli dalam
bidangnya)

...-wati (menunjukkan pragawati, olahragawati.


wanita yang ahli dalam
bidangnya)

...-an pakaian, kudapan, senaman, latihan,


kenalan, jualan
Contoh imbuhan Apitan Ayat

Apitan Contoh Perkataan


ke-....-an kezaliman, kesenangan
pe-....-an peranan, pesisiran,
pelancongan, pekarangan,
peperangan
peN-...-an penyusunan, pengurangan
Contoh imbuhan Sisipan Ayat

Sisipan Contoh Perkataan


...-el-... telunjuk, kelengkeng,
kelabut
...-er-... keruping, seruling,
serabut
...-em-... kemuning, kemuncup,
kemelut
PEMAJMUKAN
- proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi
makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon
terus dail, setiausaha dan sebagainya.

Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan
kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia
akan menjadi frasa. Contohnya:

Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi


 Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung


makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
* Umum
* Istilah
* Kiasan/peribahasa
Penggandaan
Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal,
kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh
digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan
kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu:


i. Penggandaan Penuh;
ii.Penggandaan Berentak;
iii.Penggandaan Separa; dan
iv.Penggandaan Makna.
Penggandaan Penuh
•Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
•Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal,
kata nama terbitan dan kata nama majmuk.
•Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan
sengkang.
Contoh-contoh adalah seperti berikut

KATA NAMA TUNGGAL


Alat Alat-alat
Budak Budak-budak
Rumah Rumah-rumah
Murid Murid-murid
Kura Kura-kura
Makan Makan-makan
Tadika Tadika-tadika
Kata Nama Terbitan

KATA NAMA TERBITAN


Ketua Ketua-ketua
Pekebun Pekebun-pekebun
Makanan Makanan-makanan
Persatuan Persatuan-persatuan
Pejuang Pejuang-pejuang
Kedutaan Kedutaan-kedutaan
Penggandaan Berentak
- Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
- Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu
diulang atau diubah.
- Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata
dasar.
- Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

• Penggandaan Suku Kata Awal


• Penggandaan Suku Kata Akhir
• Penggandaan Konsonan
• Penggandaan Sisipan
• Penggandaan Akhiran
Penggandaan Suku Kata Awal
Vokal dalam suku kata awal diulang dan vokal dalam suku kata akhir
berubah. Contoh:

bukit bukit-bukau
warna warna-warni
batu batu-batan

Penggandaan Suku Kata Akhir


Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh:

sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
lauk lauk-pauk
Penggandaan Konsonan
Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata
dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh:

gunung gunung-ganang
guruh guruh-garah

Penggandaan Sisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas
konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:

tali tali-temali
jari jari-jemari
Penggandaan Akhiran
Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh
menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknanya menjadi pelbagai.
Contoh:

sayur sayur-sayuran
biji biji-bijian
barang barang-barangan
Walau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya
dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi
yang dikeluarkan.
Lihat contoh-contoh berikut. Kata yang digandakan itu
dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

Rentak pada Pengulangan Vokal atau Diftong


RENTAK PADA PENGULANGAN VOKAL ATAU
DIFTONG
cerai cerai-berai
hina hina-dina
sayur sayur-mayur
Penggandaan Konsonan

Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan


dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh:

Rentak pada Pengulangan Konsonan

RENTAK PENGULANGAN KONSONAN


gunung gunung-ganang
bukit bukit-bukau
simpang simpang-siur
Penggandaan Sisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em-


selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:

tali tali-temali
jari jari-jemari
Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar.
Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
Kata tunggal:
Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh.
Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang
diulang dilemahkan: menjadi vokal tengah atau / a /.

Kata Penggandaan
Penggandaan separa
dasar penuh
Laki laki-laki lelaki
Langit langit-langit lelangit
Suatu satu-satu sesuatu
Budak budak-budak Bebudak
Siku siku-siku sesiku
• Kata terbitan
Penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses
pengimbuhan.

•Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara:

Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan di


bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa
depan.

Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di


bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa
belakang. Ia merupakan pengulangan yang dipisahkan dengan
sengkang.
•Imbuhan di depan kata pertama
(penggandaan separa belakang).

Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda


bual ber + bual berbual-bual
cari ter + cari tercari-cari
gila ter + gila tergila-gila
borak ber + borak berborak-borak
akan se + akan seakan-akan
•Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan
separa depan).
Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda


anak ber + anak anak-beranak
kejar men + kejar kejar-mengejar

* Kata ganda boleh didapati dalam golongan


kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Penggandaan Makna

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan


yang sama maknanya. Contoh:

ipar ipar duai


ipar ipar lamai
saudara saudara mara
Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata


nama apabila digandakan, iaitu:

•Menunjukkan Banyak
buku buku-buku
ketua ketua-ketua
jabatan jabatan-jabatan
gunung gunung-ganang
bukit bukit-bukau
• Membentuk Nama Haiwan

biri-biri

kupu-kupu

kunang-kunang
Labi-labi
Kura-kura
• Membentuk Nama Benda Menyerupai

langit langit-langit (menyerupai langit)


siku siku-siku (menyerupai siku)
orang orang-orang (menyerupai orang)
• Menunjukkan Pelbagai Jenis

sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
saudara saudara-mara

You might also like