You are on page 1of 18

1.

Perniagaan
Keusahawanan
PHYLLIS LIM @ NUR AIN SHAHIRA

18 JANUARI
2021
uat sesuatu pilihan.

Pengenalan kepada Perniagaan


Takrifan Perniagaan
•  Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
• Yang dikehendaki oleh pengguna
• Bermotif untung

- Objektif Perniagaan
-  Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
- Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi.
o Keuntungan
o Kemandirian
o Pertumbuhan
o Tanggungjawab sosial

2
Keuntungan
Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakan organisasi
perniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakan faktor atau daya tarikan
kepada seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan peniaga untuk
mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain itu, keuntungan boleh menjadi pengukur
prestasi sesebuah organisasi perniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal.
Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama dalam
bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaan sanggup berkorban keuntungan
pada jangka masa pendek untuk objektif perniagaan pada jangka masa panjang. Contohnya,
banyak organisasi perniagaan Jepun berjaya bersaing dan memasuki pasaran Amerika Syarikat
kerana mereka sanggup untuk menangguhkan keuntungan pada peringkat permulaan dengan
menawarkan produk yang bermutu dan berharga rendah.
Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yang mengutamakan
keuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritik malah disangsikan oleh
masyarakat umum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan hari ini mengubah
pendirian mereka daripada terlalu mengutamakan keuntungan kepada pertimbangan-
pertimbangan yang dapat diterima oleh masyarakat umum seperti tanggungjawab sosial, kerja-
kerja amal dan sebagainya. 3
oKemandirian
 Merupakan usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal di dalam
pasaran 
 Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan
ekonomi yang tidak stabil, objektif kemandirian (survival) adalah lebih
penting daripada keuntungan.
 Kemandirian tercapai dengan tindakan perniagaan menyedarkan
masyarakat umum tentang kewujudan organisasi perniagaan atau produk
dalam pasaran.
 Organisasi perniagaan harus cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian
masyarakat umum tentang kewujudannya.
 Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian di peringkat
kemandirian tetapi fenomena ini tidak berkekalan.
 Pihak peniaga juga harus memastikan bahawa jangka masa kerugian
yang dialami di peringkat kemandirian adalah singkat dan tidak
berlarutan.
 Jika tidak, kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk
ditanggung oleh organisasi perniagaan yang terbabit. Ini akan
menggagalkan organisasi perniagaan pada akhirnya.
4
oPertumbuhan

 Merupakan usaha sesebuah perniagaan untuk


memastikan perniagaan yang diusahakan berkembang
operasinya. 
 Apabila organisasi perniagaan berjaya
memperkenalkan diri dan menyedarkan masyarakat
umum tentang kewujudannya, maka ia harus berusaha
untuk mengurangkan kerugian yang dialami di
peringkat kemandirian.
 Pada masa yang sama, usaha peningkatan keuntungan
patut ditekankan supaya organisasi perniagaan itu
bertumbuh dan terus membesar dan berdaya saing
dengan organisasi perniagaan lain sama ada organisasi
perniagaan tempatan ataupun
antarabangsa.menggagalkan organisasi perniagaan
5
pada akhirnya.
oTanggungjawab
sosial
 Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuah
organisasi perniagaan dipengaruhi oleh tahap penerimaan
serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi
perniagaan yang berkenaan dan aktiviti-aktiviti
perniagaannya.
 Oleh itu, organisasi perniagaan itu harus memenuhi
tanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-
peluang pekerjaan, menjual barangan yang baik dan bermutu
tinggi, menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh
masyarakat dengan cekap dan pada kadar atau harga yang
berpatutan, membantu negara untuk mempertingkatkan
kedudukan ekonominya.
 Tanggungjawab sosial sesebuah perniagaan boleh
rangkumkan dalam tanggungjawab terhadap ekonomi,
persekitaran dan pendidikan.
6
oKepentingan perniagaan kepada individu, komuniti
dan negara

 Perniagaan merupakan suatu bidang yang


berpengaruh kepada kehidupan seluruh
manusia dan seluruh dunia. Kefahaman
terhadap konsep perniagaan amat penting
untuk kehidupan harian seluruh manusia
kerana ia dapat memberi kesan atau impak
kepada manusia dalam aspek-aspek seperti:-

7
oTanggungjawab
sosial
 Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuah
organisasi perniagaan dipengaruhi oleh tahap penerimaan
serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi
perniagaan yang berkenaan dan aktiviti-aktiviti
perniagaannya.
 Oleh itu, organisasi perniagaan itu harus memenuhi
tanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-
peluang pekerjaan, menjual barangan yang baik dan bermutu
tinggi, menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh
masyarakat dengan cekap dan pada kadar atau harga yang
berpatutan, membantu negara untuk mempertingkatkan
kedudukan ekonominya.
 Tanggungjawab sosial sesebuah perniagaan boleh
rangkumkan dalam tanggungjawab terhadap ekonomi,
persekitaran dan pendidikan.
8
Persekitaran Perniagaan
 Persekitaran umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan
mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung.
Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persekitaran
ekonomi, persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, fizikal,
persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan
dan persekitaran global /antarabangsa.

 Persekitaran pihak yang berkepentingan/tugas

Dalam kegiatan sesuatu perniagaan, terdapat beberapa pihak yang mempengaruhi


operasi, kejayaan atau kegagalannya.
Mereka terdiri daripada pelanggan, pembekal, pembiaya dan memodal, pesaing,
kerajaan dan pekerja.

9
Persekitaran pihak yang
berkepentingan/tugas
 Pelanggan
 Fokus Utama dalam system perniagaan.
 Pengguna produk yang dikeluarkan.
 Pelanggan sesebuah syarikat –individu, kerajaan atau syarikat perniagaan lain.
 Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada pelanggan. Sekiranya pelanggan
terus membeli produk yang disediakan oleh peniaga dapat membekalkan barangan
yang dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.

 Pembekal
 Jambatan/ orang tengah menghubungkan pihak pengeluar dan pelanggan.
 Selain itu pembekal juga bertanggunjjawab membekalkan keperluan bahan mentah,
peralatan, barangan siap dan barangan separa siap sebagai input kepada sesebuah
syarikat perniagaan.
 Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit, agan dan broker.
 Pembekal mesti mempastikan tiada ekurangan barangan, tiada kelewatan
penghantaran & barang yang dihantar mengikut spesifikasi, kualiti, kuantiti dan
10
keperluan pihak pelanggan.
Samb...
 Kegagalam pembekal menepati syarat akan menyebabkan operasi syarikat terganggu
seperti;
 Kos pengeluaran meningkat
Proses pengeluaran terhenti/ terbengkalai
Kepuasan pelanggan terjejas
Syarikat mungkin mengalami kerugian/ kekurangan stok

 Pembiaya & Pemodal


 Merujuk kepada bank syarikat kewangan, syarikat Insuran dan syarikat kad kredit
yang terlibat dalam urus niaga kewangan dan menanggung risiko dalam urusniaga
belian dan jualan.
 Peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya untuk mendapat sumber modal
untuk meningkatkan aktiviti perniagaan mereka.
 Pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian dengan
kad kredit seperti visa dan master kad. Pembeli tidak perlu lagi membawa wang
tunai yang banyak ketika membeli belah

11
Pesaing
 Syarikat-syarikat lain yang wujud dalam industry yang sama.
 Pesaing boleh menghalang usaha-usaha pemasaran syarikat yang sama di peringkat
domestic/antarabangsa.
 Persaingan yang sering wujud ialah persaingan mendapatkan pelanggan dengan
menawarkan harga produk yang murah dan kualiti barang yang lebih baik.

 Kerajaan
 Banyak mempengaruhi keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh
syarikat perniagaan.
 Antara undang-undang yang dibuat ialah berkaitan dengan jenis barangan yang
dijual, waktu operasi perniagaan, lessen perniagaan, tanda harga bagi barangan
terkawal, sukatan dan timbangan, label produk dan sebagainya.
 Akta-akta perniagaan salah satu daripada beberapa halangan terhadap perniagan
untuk menyekat sesetengan aktiviti mendatangkan manafaat kepada ekonomi negara
contohnya logo belilah barangan Malaysia.
 Kebanyakan sekatan kerajaan berkaitan untuk menjaga kepentingan awam
khususnya pembeli/pengguna seperti mengharamkan iklan rokok di tv.

12
Pekerja

 Aset penting bagi sesebuah organisasi. Mereka adalah asset paling hamper dengan
syarikat
 Pekerja dalam syarikat ialah peringkat pengurusan atasan, pengurusan pertengahan
atau peringkat penyeliaan dan pekerja bawahan.
 Sebarang keputusan perancangan perniagaan syarikat perlu mengambil kira
keputusan sumbangan idea yang diberikan oleh semua lapisan pekerja.
 Jabatan yang diwujudkan seperti perakaunan, pengeluaran dan pemasaran –
bekerjasama dan perlu persefahaman membolehkan pencapaian matlamat syarikat.
 Tindak –tanduk boleh mempengaruhi kejayaan/kegagalan sesebuah syarikat. Oleh itu
pekerja perlu diberikan peluang untuk sama-sama terlibat dalam sebarang aktiviti
perancangan syarikat.

13
oEtika Perniagaan
 Maksud Etika Perniagaan
 Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan.
 Ia merupakan satu set nilai danperaturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasiperniagaan.
 Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang
usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah. Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan
Malaysia (EAPM) telah dilancarkanoleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia.
 Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supayamempunyai tanggungjawab moral dan
sosial.
 Etika ini diwujudkan kerana desakanpergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat,contohnya
perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalampasaran.Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan
perniagaan dengan nilaidan jangkaan masyarakat.
 Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta danUndang-undang tempatan.
 Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia
perniagaan.Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan
perniagaan di kemudian hari kelak.
 Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan
yang berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.

14
Tanggungjawab perniagaan terhadap pelanggan, pekerja,
pemiutang, persekitaran dan komuniti

 Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang beroperasi di
persekitaran yang menyokong dan membantu kemajuan perniagaan. Sokongan padu pekerja, pelanggan, orang ramai,
masyarakat dan kerajaan terhadap perkembangan dan kemajuan badan-badan berkenaan merupakan faktor kritikal. Tanpa
sokongan kerajaan dan persekitaran politik yang memberangsangkan tidak ungkin pertumbuhan dan kemajuan perniagaan
boleh dicapai seperti yang dialami pada masa kini.
 Oleh hal yang demikian badan perniagaan dan badan kroporat di negara kita perlulah melihat dan menyedari hakikat bahawa
tanpa sokongan dan kerjasama kerajaan serta masyarak di sekitar mereka, mungkin mereka tidak akan berjaya. Sebagai
menghargai jasa kerajaan dan masyarakat, mereka perlulah melihat kembali apakah peranan atau tanggungjawab sosial yang
boleh dilaksanakan terhadap masayarak.
 Tanggungjawab Sosial
 Tanggungjawab sosial adalah merupakan tanggungjawab moral yang perlu dipikul oleh perniagaan terhadap kepentingan
masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan operasinya. Tanggungjawab dan kewajipan ini meliputi badan-badan
koperat terhadap masyarak yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada peruntukan undang-undang atau kontrak-
kontrak lain di antara pengurusan dengan wakil persatuan-persatuan sekerja.
 Sebenarnya sesebuah perniagaan mempunyai kewajipan ke atas beberapa kumpulan anggota masyarakat antaranya ialah
pemegang-pemegang saham (pemilik perniagaan), pelanggan-pelanggan dan pengguna, pesaing-pesaing, pekerja-pekerja dan
staf, pemiutang-pemiutang, masyarakat tempatan dan kerajaan. 15
Tanggungjawab perniagaan terhadap pelanggan, pekerja, pemiutang, persekitaran dan
komuniti
 Kenapa Tanggungjawab Sosial
 Antara sebab-sebab kenapa perniagaan perlu memahami peranan atau tanggungjawab sosial ialah:
 Tanggungjawab sosial akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik Perubahan-perubahan yang berlaku dalam taraf kehidupan
masyarakat akan lebih menguntungkan perniagaan. Contohnya, jika kaum pekerja menerima gaji dan upah yang mencukupi, kuasa membeli mereka
akan bertambah secara menyeluruh. Dengan meningkatnya pendapatan, akan bertambah permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan baru.
 Perniagaan yang peka terhadap tanggungjawab sosial akan mempunyai imej awam yang positif. Imej awam yang baik terhadap sesebuah perniagaan
dapat mengelakkan perniagaan tersebut dipulau atau disisih oleh masyarakat.
 Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial dapat mengurangkan atau mengelakkan desakan undang-undang dan campur tangan kerajaan
secara langsung.
 Kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dapat meningkatkan kewangan dan peluang- peluang pekerjaan.
 Perniagaan mempunyai aset-aset seperti kilang dan peralatan, sumber kewangan dan juga kemahiran pengurusan yang boleh digembelingkan untuk
mengatasi atau meyelesaikan masalah sosial. Dengan itu masyarakat dapat menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut untuk mengembangkan
kemahiran pekerja, peluang-peluang kepada mereka yang cacat dan lain-lain supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan diri secara produktif
dan bertanggungjawab dalam perniagaan
 Kesimpulan
 Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang memahai dan dapat melaksanakan tanggungjawab sosial, pasti berupaya mewujukan imej
positif di kalangan masyarakat. Imej positif inilah akan membantu mereka meraih kekayaan hasil daripada keuntungan perniagaan yang meningkat
berlipat kali ganda. Dengan hasil keuntungan yang diperolehi, pasti badan-badan perniagaan mampu memperuntukkan sebahagian kecil daripadanya
untuk disalurkan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial.
 Tanpa sokongan masyarakat, persekitaran perniagaan yang sesuai dan dasar-dasar kerajaan yang menyokong kemajuan perniagaan, pastinya kepesatan
kemajuan perniagaan tidak dapat dinikmati. Oleh itu sedikit pengorbanan yang dilakukan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial akan dapat
membalas jasa-jasa masyarakat dan kerajaan yang selama ini telah banyak membantu dan menyokong perniagaan berkembang.

16
oTanggungjawab
sosial
 Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuah
organisasi perniagaan dipengaruhi oleh tahap penerimaan
serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi
perniagaan yang berkenaan dan aktiviti-aktiviti
perniagaannya.
 Oleh itu, organisasi perniagaan itu harus memenuhi
tanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-
peluang pekerjaan, menjual barangan yang baik dan bermutu
tinggi, menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh
masyarakat dengan cekap dan pada kadar atau harga yang
berpatutan, membantu negara untuk mempertingkatkan
kedudukan ekonominya.
 Tanggungjawab sosial sesebuah perniagaan boleh
rangkumkan dalam tanggungjawab terhadap ekonomi,
persekitaran dan pendidikan.
17
THANK
YOU!

You might also like