You are on page 1of 9

DEFINISI

KURIKULUM
DEFINISI KURIKULUM
Kamus dwibahasa :
Perkataan Kurikulum bererti bidang
pelajaran di sekolah.
Dari segi sejarah : Perkataan kurikulum
berasal daripada perkataan Latin
“Curriculum “ yang bermaksud “ ruang
tempat di mana pembelajaran berlaku “.
Perkataan ini digunakan sejak zaman
Plato lebih kurang tahun 400SM.
Mengikut perkembangan pendidikan,
pelbagai pengertian kurikulum telah
dikemukakan oleh pakar-pakar
pendidikan :-
 Kerr J.K (1968) : kurikulum – semua pelajaran
yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah sama
Ada dilaksanakan secara individu atau kelompok di
dalam atau di luar sekolah.
 Hirst (1975): kurikulum – 1 program yang
mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun
oleh guru untuk membolehkan murid-murid
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Ada juga pakar-pakar pendidikan mentakrifkan
kurikulum berasaskan rancangan bidang
pendidikan. Contohnya:-
 B.O. Smith, W.D. Stanley dan J.H.Shores dalam buku “
Fundamental of Curriculum Development “ (1957)
mentakrifkan kurikulum sebagai pengalaman yang
dirancang dan ditawarkan kepda murid-murid dibawah
bimbingan sekolah.
 J.G. Saylor dan W.M Alexander dalam buku “Plannning
Curriculum for School”(1974) mentafsirkan kurikulum
sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang
pembelajaran dengan tujuan memperolehi maklumat dan
objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.
 K.Egan dalam bukunya “ What is curriculum “(1978) :-
kurikulum – isi kandungan untuk dipelajari dan
diperkembangkan melalui pedagogi.
Erti kurikulum berasaskan kepada bentuk
dan proses.
 Tyler (1950) berpendapat sesuatu kurikulum
yang lengkap harus mengandungi perkara-
perkara berikut:-
 Matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh
negara atau sekolah.
 Isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif
yang ditetapkan.
 Metodologi digunakan untuk menyusun dan
melaksanakan pengalaman pembelajaran
sehingga mencapai objektifnya.
 Penilaian untuk mengukur keberkesanan
pembelajaran.
A.S Robinson dalam buku “Curriculum
Building” (1971):
memberi pengertian kurikulum lebih
lengkap dan menyeluruh. Ia berpendapat
bahawa kurikulum harus mengandungi
matlamat, objektif, isi kandungan, proses,
sumber dan cara penilaian semua
pengalaman pembelajaran yang telah
dirancangkan untuk murid-murid
di dalam dan luar sekolah seperti lawatan,
latihan amali dan aktiviti ko kurikulum.
Takrif Kurikulum
oleh Awang Had Salleh:

Segala pengalaman pengajaran dan


pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan di dalam dan luar bilik
darjah. Kegiatan pendidikan di luar
bilik darjah termasuklah kegiatan sukan,
pasukan pakaian seragam, lawatan
sambil belajar dan lain-lain.
Buku Laporan JK Kabinet (1979):
Kurikulum ditakrifkan sbg segala rancangan
yg dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau
institusi pelajaran utk mencapai matlamat
pendidikan.
Mengikut Pusat Perkemb. Kurikulum:
K’kulum-semua kegiatan yg melibatkan
kanak2 di bawah naungan sekolah.Ini meliputi:
i. Apakah yg dipelajari oleh murid?
ii. B/mana mereka mempelajarinya?
iii. B/mana guru membantu?
Kesimpulan

 Pengalaman-pengalaman pembelajaran yang


dirancang dan dibimbing serta hasil
pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk
secara sistematik dengan pembinaan semula
ilmu dan pengalaman, di bawah naungan
sekolah, bagi aspek kecekapan sosial peribadi
secara berterusan dan bersungguh-sungguh.
 Rancangan yang dibuat untuk membimbing
pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub
dalam sesuatu dokumen.

You might also like