You are on page 1of 32

GERAK GEMPUR

SPM 2021
SABTU (13/11/2021)

Bahasa Melayu SPM


K E RTA S 1
K E RTA S 2 : R U M U S A N
KERTAS 1

BAHAGIAN A :
30 MARKAH

MASA YANG DICADANGKAN :


30 MINIT
BAHAGIAN B :
70 MARKAH

MASA YANG DICADANGKAN :


1 JAM 30 MINIT
ARAHAN SOALAN:

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A dan Bahagian B.
 
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada
Bahagian B.
 
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang
disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan
helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
 
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
 
BAHAGIAN C : RUMUSAN

JUMLAH MARKAH :
30 MARKAH

MASA YANG DICADANGKAN :


45 MINIT
PEMARKAHAN RUMUSAN

PENDAHULUAN:2 MARKAH
ISI : 8 ISI X 2 MARKAH = 16 MARKAH
KESIMPULAN : 2 MARKAH

MARKAH BAHASA : 10 MARKAH (SECARA


HOLISTIK)
( CEMERLANG 8-10, BAIK 5-7,
SEDERHANA 3-4, LEMAH 1-2)
PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN:

1. Bahan rumusan terdiri daripada


sekurang-kurangnya dua bahan daripada
sumber yang berbeza ( contoh: petikan
prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai
tema yang sama.
2. Tugasan tidak dinyatakan dalam soalan.
CONTOH SOALAN:

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
3. Calon perlu mengenal pasti
SEMUA FOKUS yang terdapat
dalam SEMUA BAHAN.
4. Rumusan calon mestilah mengandungi
pendahuluan, isi dan kesimpulan.
Pendahuluan :

Isi : Fokus 1
Fokus 2
Fokus 3

Kesimpulan :

Wajib 8 isi:
- Setiap
bahan
- Menyentuh
setiap
fokus
5. Panduan Penulisan PENDAHULUAN

PENDAHULUAN 2 FOKUS:

 Rumusan membincangkan Fokus 1 dan Fokus 2 . (2 markah)

 Rumusan membincangkan Fokus 1 . (1 markah)

PENDAHULUAN 3 FOKUS:

 Rumusan membincangkan Fokus 1 , Fokus 2 dan ,


Fokus 3___ . (2 markah)

 Rumusan membincangkan Fokus 1 dan Fokus 2 .


(1 markah)
7. Panduan Penulis KESIMPULAN

KESIMPULAN:

 Bina 1 ayat sahaja


 Terdiri daripada cadangan + tema + kesan/harapan

CONTOH:
Kesimpulannya, _______cadangan + tema ______ agar
________kesan/harapan _________ .

kesimpulannya, semua pihak perlu menyahut seruan kerajaan


(cadangan)dalam memupuk perpaduan (tema) agar negara terus
aman (kesan/harapan).
CONTOH SOALAN

Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak.

Bahan 1

Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai


daripada generasi terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah
satu daripada identiti negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa
hadapan. Contoh permainan tradisional ialah permain guli, batu seremban, congkak, kaki
gajah dan galah panjang. Antara permainan tersebut, congkak merupakan permainan
tradisional yang paling popular. Walau bagaimanapun, perubahan teknologi telah
mencipta pelbagai jenis permainan digital yang menjejaskan minat generasi
baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak (F2).
Sekiranya diperhalusi, permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu permainan
membolehkan semangat setia kawan dizahirkan (F1: isi1 ) yang menjadi asas kepada kerukunan hidup
bermasyarakat. Di samping itu, permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya
mencerdaskan ketajaman akal (F1:isi 2). Hal ini berkaitan dengan perkataan congkak itu sendiri membawa
maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan bahawa generasi
dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik (F1:isi3). Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai
riadah yang menyeronokkan (F1: isi4). Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah (F1: isi5) .

Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang
dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah sebanyak
mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak menekankan nilai kejujuran
(F1:isi6) apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan
untuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan
congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang (F2: isi7). Tambahan pula, sesetengah ibu bapa pada hari
ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-
anak mereka (F2: isi8). Alangkah ruginya jika warisan dan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai
sehingga hilang dalam arus peredaran masa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memugar Permainan
Tradisional,’ Oleh Nazri Hussein, Dewan Budaya, Bil. 3/2019
Bahan 2
GADIS-GADIS YANG BERSIMPUH DI BERANDA

Semilir angin petang membawa simfoni damai


melodi syahdu dirasakan penuh harmoni
ayu busana dan senyuman lirih kesantunan
gadis-gadis yang bersimpuh di beranda
bermain congkak warisan bonda.

Jari-jemari mengatur buah-buah congkak


bagai lenggang gemalai
di medan persaingan yang menuntut ketekunan
andaiannya menjangkau jauh ke hadapan
menang tidak pernah sombong diri
kalah tiada terlintas rasa iri.
Gadis-gadis yang bersimpuh di beranda
bermain congkak warisan bonda
melestari seni budaya dalam utuh
maruah moyang tercinta
tanpa gundah diri dicerca mundurnya minda.

M.Arif
Jalan Munsyi Abdullah, Melaka
RANGKA JAWAPAN

Bahan 1 :

Fokus 1 : kepentingan / manfaat/ faedah

Fokus 2 : faktor/punca/ sebab

Bahan 2:

Fokus 1: kepentingan / manfaat/ faedah


FOKUS 1 : kepentingan / manfaat/ faedah

BAHAN 1:
1. Permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu permainan
membolehkan semangat setia kawan dizahirkan.
2. Permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan
ketajaman akal.
3. Generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik.
4. Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan.
5. Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang
tidak berfaedah.
6. Permainan congkak menekankan nilai kejujuran.

BAHAN 2:
1. menuntut ketekunan
2. melestari seni budaya
FOKUS 2 : faktor/ punca/ sebab

BAHAN 1:
1. Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan
congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang.

2. Sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan
tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak
mereka.
JAWAPAN LENGKAP:
Rumusan membincangkan kepentingan- kepentingan permainan tradisional (Fokus 1) dan faktor-
faktor permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda (Fokus 2).

Kepentingan (Fokus 1) permainan tradisional ialah permainan ini membolehkan semangat setia kawan
dizahirkan (isi 1: bahan 1). Selain itu, permainan tradisional berupaya mencerdaskan ketajaman akal (isi 2:
bahan 1). Generasi dahulu bukan sahaja didedahkan dengan ilmu matematik, (isi 3: bahan 1) bahkan
permainan ini dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan (isi 4: bahan 1). Permainan congkak turut
menekankan nilai kejujuran (isi 5: bahan 1) dan menuntut pemainnya tekun dalam meneruskan permainan
sehingga berjaya (isi 6: bahan 2).

Faktor (Fokus 2) permainan tradisional semakin dipinggirkan ialah Kegagalan generasi muda memahami
falsafah dalam permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang(isi 7: bahan 1). Selain itu,
sesetengah ibu bapa menganggap bahawa setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan
masa belajar anak-anak mereka(isi 8: bahan 1).

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan (cadangan) dalam melestarikan permainan
J
tradisional (tema) agar warisan budaya ini tidak hilang dibawa arus pemodenan (kesan/ harapan).
(118 patah perkataan)
NOTA:
NOTA:
NOTA: untuk kesimpulan
Skop/Bidang (Rujuk Tema) Cadangan kesan/harapan
Pendidikan Agar/supaya…imej negara di pandang tinggi
…meningkatkan taraf hidup
…melahirkan modal insan yang cemerlang
Ekonomi …negara menjadi semakin maju
…taraf hidup masyarakat meningkat
…ekonomi negara meningkat
Sosial …kemakmuran negara dapat dikekalkan
…masyarakat sejahtera
…negara sentiasa dipandang tinggi
Alam Sekitar … tahap kesihatan rakyat sentiasa terpelihara
…masyarakat hidup dengan lebih sejahtera
…kelestarian alam terjaga
LATIHAN :

Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
 Bahan 1
Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak.
Penggunaan dan kemahiran bahasa sangat penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti
pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Tahap
penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi peneraju ekonomi
negara.
Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia.
Bahasa merupakan medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan
maklumat. Dalam sistem Pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium
penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan
bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuklah dalam pendidikan
Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama mereka. Kepada pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu
ini akan menjadi bahasa kedua mereka. Proses penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar. Antaranya melibatkan sikap dan
motivasi pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pelajar perlulah
mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari.
Sikap positif ini ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang
diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan,
membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan. Pelajar yang mempunyai sikap positif
terhadap bahasa Melayu, maka pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuhkan dan
membaiki kelemahan dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa pertuturan.
Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama dalam kalangan bukan penutur bahasa Melayu adalah amat penting. Kebolehan
untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping
berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.
Bahan 2 – Lirik Lagu
Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita


Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Marilah mari rakyat semua


Buktikanlah taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa

Lirik dan lagu; Dol Ramli


Cadangan jawapan:
 
Rumusan membincangkan kepentingan penguasaan bahasa Melayu dan langkah untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
kepentingan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi menerima dan menyampaikan
maklumat (bahan 1). Selain itu, bahasa Melayu juga sebagai medium penyampaian ilmu dan
dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara (bahan 1). Penguasaan Bahasa Melayu dapat
membantu meningkatkan budaya ilmu (bahan 1) di samping berkebolehan untuk bersaing pada
peringkat yang lebih tinggi (bahan 1). Seterusnya, bahasa Melayu juga mampu menyatupadukan
rakyat berbilang kaum (bahan 2) dan dapat membuktikan taat setia kepada negara melalui
penggunaan satu bahasa (bahan 2).
Langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu ialah penutur berbangsa Melayu
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka (bahan 1). Selain itu, pelajar perlu
mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa (bahan 1).
Kesimpulannya, semua rakyat haruslah menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar
meningkatkan martabat bahasa Melayu di pentas dunia.

You might also like