You are on page 1of 12

Pengenalan Rumusan

1. Bahan petikan
Petikan berdasarkan bahan sumber mempunyai tidak kurang daripada dua fokus.

2. Jumlah bahan
Bahan rumusan terdiri sekurang-kurangnya 2 bahan tetapi mempunyai tema yang sama.
Contoh :petikan prosa, puisi, grafik

3. Tugasan
Tugasan tidak dinyatakan dalam soalan.

4.Bilangan perkataan
Tidak melebihi 120 patah perkataan

Langkah-langkah Penulisan Rumusan

1. Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak
soalan seperti menulis rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

2. Kenal pasti tema dan fokus


Tema :_________________________
Fokus 1 :_______________________
Fokus 2 :_______________________
Fokus 3 :_______________________

3. Menulis rumusan. Terdapat 3 komponen penting


1. Pendahuluan
2. Isi
3. Kesimpulan
*Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea.

4. Kira dan tulis patah perkataan


Kira perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan.

Teknik @ Strategi Menjawab Rumusan

1. Baca
Baca kedua-dua bahan (Bahan tersebut mempunyai fokus yang berbeza tetapi tema yang sama).

2. Garis
Garis isi penting untuk ditulis dalam bentuk isi tersurat. Fokus :

 Punca/faktor/sebab

 Kesan/akibat/implikasi/impak

 Langkah/usaha/cara/strategi

 Faedah/kebaikan/kelebihan/kepentingan/keistimewaan
 Masalah/kekangan/halangan

 Peranan/tugas/tanggungjawab

 Ciri-ciri/kriteria/sifat

Cara Menulis Rumusan

1. Pendahuluan (2 markah)
Sebaris ayat sahaja. Tulis pendahuluan selepas menulis isi dan kesimpulan (mengelakkan kesilapan
menulis fokus).

2. Isi (16 markah)


Isi perlu diambil daripada kedua-dua bahan.

3. Penutup/Kesimpulan (2 markah)
Sebaris ayat sahaja. Merangkumi pendapat, cadangan dan harapan.

4. Kira patah perkataan


Pastikan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cara/petua untuk mengesan isi

Pananda
Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Tambahan pula, Kemudian dll
wacana

Langkah-
Hendaklah, perlulah, haruslah, menggunakan imbuhan meN
langkah

Kepentingan/
Dapat, mampu, boleh, berupaya
kebaikan

Kesan Kesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan

Agihan markah isi

PERINGKAT MARKAH

Pendahuluan 2

Isi (Fokus 1 dan Fokus 2)


16
-(8 isi X 2 markah)

Kesimpulan 2

Jumlah 20

LATIHAN 1 (Rumusan)
Bahan 1- Petikan

Baca petikan dan bahan grafik dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan grafik.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu
merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam
untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Permainan tradisional ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan memupuk semangat
berpasukan. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai
permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan
sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan
pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub
dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari
permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”.
Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin
meningkat.

Dipetik dan diubah suai daripada  “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟ oleh Samat
Buang

Bahan 2- Grafik

Sumber :www-permainan-tradisional.html
PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.

BAHAN 1(TEKS)

FOKUS 1
Kelebihan/
keistimewaan/ FOKUS 2
kepentingan Usaha-usaha/cara-cara/langkah-langkah melestarikan permainan tradisional
permainan
tradisional

1. Pihak sekolah dengan menubuhkan kelab permainan tradisional dalam


1. meningkatkan daya aktiviti kokurikulum.
kreativiti
2. memupuk 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni,
semangat berpasukan warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum
3. menarik 3. penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat
kedatangan perlu dilakukan melalui media massa.
pelancong asing
4. menjana 4. Peranan Jabatan Warisan Negara juga penting dalam usaha memartabatkan
pendapatan negara permainan tradisional dengan lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan
dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional

BAHAN 2(GRAFIK)

FOKUS 1
Kelebihan/
keistimewaan/ FOKUS 2
kepentingan Usaha-usaha melestarikan permainan tradisional
permainan
tradisional

1. Sebagai hiburan
2. Mengisi masa lapang
-TIADA-
3. Warisan budaya
4. Produk Pelancongan

PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha melestarikan permainan tradisional agar permainan ini
dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

RUMUSAN LENGKAP

Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.


Kebaikan permainan tradisinal ialah ……………………………… dan ……………………………. Selain itu,
……………………………… Di samping itu, ……………………………… Kebaikan seterusnya,
………………………………

Usaha mempopularkan permainan tradisional ialah ……………………………… Selain itu 


……………………………… Akhir sekali ………………………………

Kesimpulannya,……………………………… haruslah ……………………………… agar ………………………………

Fokus 1 (Perenggan Ke-2)


Kebaikan permainan tradisional

Fokus 2 (Perenggan Ke-3)


Langkah mempopularkan permainan tradisional

*******

Cara menjawab rumusan Bahasa Melayu SPM seperti di atas (bentuk grafik).
          

You might also like