You are on page 1of 22

PERTANDINGAN BERCERITA

STEM
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI
PULAU PINANG
Maklumat pertandingan:

• Pertandingan Bercerita Sains Sekolah Rendah diadakan


untuk meningkatkan minat murid dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ).
• Aktiviti bercerita dalam pengukuhan STEM merupakan
pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengasah
kemahiran berfikir aras tinggi semasa sesi soalan
spontan (impromptu).
BERCERITA STEM SEKOLAH RENDAH

Sasaran:

• Sekolah rendah (tahun 4 hingga 6)

• Peserta: 1 murid dan 1 guru pembimbing

• Pertandingan ini hanya ditawarkan peringkat negeri


sahaja bagi negeri Pulau Pinang
KAEDAH PERTANDINGAN
• Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian iaitu:

 Bahagian Pertama : Cerita bertema (Tema cerita


berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah Mata
Pelajaran Sains yang ditetapkan oleh penganjur)

 Bahagian Kedua : Cerita spontan (Berdasarkan bahan


rangsangan situasi bergambar)
MASA PERTANDINGAN
• Bahagian Pertama Panjang cerita hendaklah bersesuaian
dengan masa yang diperuntukkan iaitu LIMA (5) minit.

• Loceng akan dibunyikan seperti berikut :


i. Permulaan - 1 kali
ii. Minit keempat - 1 kali
iii. Minit kelima - 2 kali
Bahagian Kedua ( Spontan )

• Bahagian kedua dilaksanakan selepas bahagian pertama


selesai ( secara terus )
• Peserta diberikan ransangan situasi bergambar :
 2 minit : Persediaan
 3 minit : Persembahan cerita

• Loceng akan dibunyikan seperti berikut :


i. Persediaan - 1 kali
ii. Permulaan cerita - 1 kali
iii. Tamat - 2 kali
PPROSEDUR

• Setiap peserta dikehendaki melengkapkan dan menghantar


borang penyertaan berserta salinan sijil kelahiran yang telah
disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah
Pendidikan Negeri.
• Lima (5) salinan (hardcopy) skrip cerita hendaklah diserahkan
kepada urus setia pertandingan semasa hari pendaftaran.
• Skrip cerita perlu disediakan seperti maklumat berikut:
 Tajuk cerita ( huruf besar )
 Menggunakan aksara saiz 12
 Font Arial
 Langkau dua baris ( double spacing )
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
• Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa
Melayu.
• Kualiti cerita :
 Tema cerita hendaklah berdasarkan DSKP
Sains Tahap 2 yang telah ditetapkan pada tahun
semasa.
 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur
STEM, pengajaran dan nilainilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan
Masa pertandingan
• Bahagian 1:
 Lima minit sahaja untuk persembahan cerita
 Markah TIDAK akan diberikan selepas loceng terakhir
dibunyikan.

• Bahagian 2:
 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas
sahaja selesai pertandingan cerita bahagian pertama .
 (Peserta diberi masa selama dua (02) minit untuk persediaan
dan tiga(03) minit untuk persembahan)
 Markah TIDAK akan diberikan selepas loceng terkahir
• Penggunaan komputer, projektor LCD, OHP, props,
muzik, kesan bunyi dan bahan sokongan lain semasa
bercerita adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk
mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga
menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut ).
• Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang
bersahaja, menarik dan memikat penonton. Peserta
bebas melakukan pergerakan dan penggunaan pentas
yang bersesuaian dengan tema cerita yang disampaikan.
Bahagian Kedua (Spontan) :

• Peserta akan menyampaikan cerita secara


spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar yang akan dikemukakan oleh
Pengerusi
• Pertandingan melalui cabutan undi.
• Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing
secara spontan berdasarkan bahan rangsangan
situasi bergambar yang ditentukan oleh penganjur.
• Nombor bahan rangsangan bergambar ditentukan
• Pengacara pertandingan akan membaca nombor tersebut
dan gambar slaid berkenaan akan ditayangkan.
• Masa persediaan 2 minit bermula sebaik sahaja slaid
ditayangkan.
• Pengacara pertandingan akan meminta peserta
memulakan cerita apabila tamat masa persediaan 2 minit.
• Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya
masa bercerita.
• Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa
tamat.
• Peserta TIDAK dibenarkan memulakan cerita spontan
sebelum tamatnya masa persediaan.
KAEDAH PENGHAKIMAN
• Bilangan hakim
 Peringkat daerah/negeri : Tiga orang hakim

• Seorang bidang bahasa -Hakim bidang bahasa mestilah


berpengalaman, mahir untuk menilai persembahan peserta dari
segi ketepatan sistem bahasa, sebutan dan intonasi yang betul.

• Dua orang bidang Sains - Hakim bidang Sains mestilah


berpengalaman dan mahir serta menguasai topik serta istilah
Sains peringkat sekolah rendah.
Kriteria Pemarkahan Bahagian Pertama

 Isi, Fakta Sains dan Pengolahan 40 Markah


 Persembahan 20 Markah
 Bahasa dan pertuturan 20 Markah
 Kreativiti 15 Markah
 Pakaian 5 Markah

 JUMLAH 100 Markah


Kriteria Pemarkahan Bahagian Kedua
• Isi, Fakta Sains dan Pengolahan 20 Markah
• Persembahan dan Kreativiti 10 Markah
• Kelancaran 10 Markah
• Bahasa dan Pertuturan 10 Markah

• JUMLAH 50 Markah
• Penalti pengurangan 5 markah akan diberikan bagi setiap
kesalahan berikut :
 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk melebihi satu
minit daripada keseluruhan cerita.
 Penggunaan komputer, projektor LCD, OHP, muzik,
kesan bunyi, props dan bahan sokongan lain
semasa persembahan.

• Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.


• Pemenang ditentukan melalui jumlah markah
 Bahagian Satu dan
 Bahagian Dua.

• Hadiah disediakan untuk pemenang tempat:


 pertama,
 kedua dan
 ketiga.
BAHAGIAN PERTAMA
BAHAGIAN KEDUA (SPONTAN)
SEKIAN
TERIMA KASIH

SESI SOAL JAWAB

You might also like