You are on page 1of 5

Definisi Akidah

Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah


Metode Berkaitan Akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah
Penjelasan Menggunakan Uslub Yang Jelas Mudah Difahami
ASWJ
• Akidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah merupakan akidah yang dipegang
oleh generasi sahabat dan orang-orang yang mengikut jejak langkah
mereka dengan baik sehingga ke hari kesudahan.
• Golongan yang berakidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah dipegang oleh
majoriti umat Islam di dunia hari ini termasuk di Nusantara.
• Cuma dalam meletakkan status Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah
sesetengah golongan hanya membataskan kepada golongan Asya'irah
dan Maturidiyyah sahaja, manakala sesetengah yang lain pula
mengfokuskannya kepada golongan yang beraliran salaf dan ahli hadis
sahaja.
• Walau bagaimanapun menurut al-Baghdadi golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah sebenarnya
tidak terbatas kepada golongan Asya'irah dan Maturidiyah sahaja, sebagaimana yang disalahfahami
oleh sesetengah orang, bahkan lebih daripada itu iaitu:

a. Golongan ahli kalam yang bersih daripada tasybih(menyerupakan sifat Allah SWT dengan
makhluk), ta'til (menafikan sifat Allah SWT) dan bidaah golongan Rafidah, Khawarij, Jahmiyyah
dan al-Najjariyah dan seluruh golongan yang mengikut nafsu. Termasuk yang bersih daripada
mengikut nafsu ialah imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi
b. Golongan ahli fiqah termasuk tokoh-tokoh mereka imam fiqah baik yang beraliran al-Ra’yi
mahupun al-Hadis yang bersih daripada tasybih dan ta'til termasuk para sahabat terkemuka,
Imam Malik, al-Syafi'i, Ahmad bin Hanbal, al-Awza'i, al-Thawri, Ibn Abi Laila, dan murid-murid
mereka, ahli zahir dan seluruh fuqaha‘ yang mengisbatkan sifat dan bersih daripada
golonganyang mengikut hawa nafsu
c. Golongan ahli hadis, yang bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu seperti al-
Bukhari, Muslim,al-Tirmizi, Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain.
d. Golongan ahli Bahasa Arab yang bersih daripada golongan yang mengikut
hawa nafsu seperti Khada Farahidi, al-Ala', Sibawaih, al-Akhfasy dan lain-lain
e. Golongan yang pakar dalam lapangan pembacaan Quran, yang menjauhi
golongan mengikut hawa nafsu seperti Hafs, Asim dan lain-lain.
f. Golongan Zuhud dan ahli-ahli sufi, yang berpegana kuatdengan al-Quran
dan al-Sunnah seperti Rabiah al-Adawiyah, al-Fudail bin lyad, Hasan al-Basri
dan lain-lain.
g. Golongan yang berjaga di sempadan negara daripada dicerobohi oleh
musuh.dah. Golongan rakyat jelata yang mengikut ahli al-Sunnah waal-
Jamaah dan di negara mereka berjalan syiar ahli Sunnah waal-Jamaah (al-
Baghdadi, 2008: 253-255).
Akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah begitu penting dalam kehidupan
umat slam. Dalam kehidupan orang Islam kepentingan akidah Ahli al-
Sunnah wa al-Jamaah dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:
a. Membebaskan manusia daripada pengabdian dirikepada yang
lain daripada Allah SWT. Allah SWTmenciptalkan manusia untuk
mengimarahkan bumi danbukan untuk menjadi hamba kepada sesama
manusia.Firman Allah SWT: e

You might also like