You are on page 1of 3

TEORI SKINNER

Teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner



B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular
ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan.
Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Dengan ini, beliau menekankan bahawa tingkahlaku
seseorang dipengaruhi melalui modifikasi tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa modifikasi
tingkah laku merupakan suatu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui
pengaplikasian prinsip-prinsip pelaziman.

Bagi membuktikan teori tersebut, Skinner telah menjalankan eksperimen berikut di dalam sebuah
makmal :-

Di dalam sebuah makmal, Skinner memasukkan seekor tikus ke dalam sebuah kotak khas yang
dikenali sebagai Skinner Box yang terdiri daripada- tombol, alat memberi makanan, bekas
makanan, lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan lapar(hunger drive), tikus
berusaha keluar untuk mencari makanan. Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol
secara tak sengaja dan makanan keluar. Sejak itu, tikus mula menekan tombol apabila lapar dan
makanan keluar secara berperingkat berdasarkan peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut ,
proses ini dikenali sebagai shaping. Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan terhadap
tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan bahawa unsur terpenting dalam
pembelajaran ialah peneguhan (reinforcement).
Skinner juga telah mencadang beberapa teknik lain yang amat sesuai diaplikasikan dalam
pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid. Antara teknik-teknik yang dicadangkan ialah peneguhan,
denda dan peneguhan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak(lisan dan bertulis),
kawalan kendiri.

Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu
selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir
ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan. Malah peneguhan itu boleh sama
ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Dalam permulaan
pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang
diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan.
Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan
yang memuaskan berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah
laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang
membuat bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi menambahkan peluang murid
lain untuk meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan
negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai.
Misalnya, mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan
mengubah sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku
operan itu pada masa depan.

Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Tetapi,
ia adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi
semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Skinner juga berpendapat bahawa denda atau hukuman
hanya boleh membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang tidak diingini
biasanya diulangi lagi. Maka, denda atau hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan
dengan peneguhan positif atau negatif yang bertujuan menambahkan kebarangkalian berulangnya
sesuatu tingkah laku sama ada diingini atau tidak diingini.

Kaedah reverse psychology yang menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif juga merupakan salah satu teknik yang dicadangkan oleh Skinner. Kaedah ini
memerlukan kemahiran seseorang guru memahami psikologi murid-murid serta mengenal pasti
sikap, pandangan dan pemikiran dalaman murid tersebut. Teknik reverse psycology juga bertujuan
menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif bagi membentuk
tingkah laku yang baik. Misalnya, apabila ada seseorang murid yang kerap tidur di dalam kelas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P), guru tersebut boleh mencuba kaedah baru iaitu
memyuruh murid itu tidur dalam kelas sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan menyebabkan
murid tersebut terkejut dan pastinya dia tidak akan dapat tidur dalam kelas sebab memikirkan
tujuan cikgu menyuruhnya tidur sebelum memulakan P&P.

Seterusnya ialah teknik shaping. Asalnya, kaedah shaping digunakan untuk mengajar haiwan secara
berperingkat supaya melakukan aktiviti permainan seperti dalam sarkas dan zoo. Kemudian, ahli-ahli
psikologi menyatakan proses shaping juga boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku manusia
yang diingini, di mana peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang
diharapkan. Teknik shaping ini perlu digunakan sekiranya murid tidak melakukan secara sendiri
tingkah laku yang diingini. Maka, sesuatu tingkah laku itu diterapkan secara kerap dan berperingkat
agar murid melakukannya selalu dan menjadi mahir.
Teknik lain yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku murid ialah teknik token economy
yang merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik kepada peneguh
sebenar. Di dalam token economy ini, sesuatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons
terhadap tingkah laku yang diingini. Seterusnya, point merit (token) yang dikumpulkan boleh
ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan. Menurut Skinner, kaedah penggunaan token
economy ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk memodifikasikan sesetengah tingkah
laku supaya membentuk tingkah laku pembelajaran yang sesuai. Misalnya, seorang guru boleh
memberi token seperti bintang kepada murid-murid dalam sesebuah kelas berdasarkan kriteria
seperti kekerapan menjawab soalan, membaca dan sebagainya. Kemudian, pada hujung bulan murid
dengan bilangan token bintang tertentu akan dapat menebus nilai token tersebut peneguh-peneguh
seperti hadiah, dibelanja makan di kantin bersama guru dan sebagainya.

Seterusnya ialah kaedah kontrak yang juga merupakan salah satu cara berkesan untuk
memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada
secara lisan atau menandatangani kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya
Pengetua, membolehkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan
tidak akan berani untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau
masalah disiplin lain lagi.
Tidak ketinggalan juga teknik kawalan kendiri yang dicadangkan oleh Skinner untuk memodifikasikan
tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini melibatkan lima langkah yang patut diberi
perhatian oleh seseorang guru, iaitu langkah pertama di mana seseorang guru perlu menentukan
tingkah laku yang ingin dimodifikasikan terhadap muridnya. Misalnya, seseorang guru ingin
memodifikasikan tingkah laku muridnya yang kerap ponteng kelas. Kemudian, dalam langkah kedua,
guru tersebut perlu mengenal pasti anteseden kawalan, iaitu keberatan kawalan yang perlu
dikenakan terhadap muridnya berdasarkan kekerapan dia ponteng kelas. Guru itu juga perlu
menentukan respons peringkat awal serta mengenal pasti akibat kawalan sebelum melaksanakan
tindakan kawalan terhadap murid tersebut. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu merancang
program tindakan yang sesuai. Misalnya, guru tersebut merancang sesi kaunseling untuk murid
tersebut. Sebagai langkah keempat, guru tersebut perlu mengimplementasi dan menilai program
yang dirancang itu terhadap muridnya. Langkah kelima pula melibatkan penamatan program
sekiranya langkah-langkah awal berjaya dan modifikasi tingkah laku dapat dilihat dalam diri murid
tersebut, iaitu dia tidak lagi ponteng kelas dan sentiasa hadir ke kelas.

Kesimpulannya, sesuatu peneguhan atau pengukuhan yang secara terus menerus akan
menghasilkan keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat
pengukuhan pada setiap masa. Misalnya, dalam kajian kes The Phantom Pregnancy, Barbara
Thompson sebagai seorang guru berperanan untuk memberi peneguhan negatif kepada tingkah laku
muridnya Teri Leigh yang merupakan seorang pelajar bermasalah agar dia dapat menghapuskan
atau menghindari tingkah laku negatifnya, iaitu keinginan untuk melahirkan anak dalam usianya
yang baru 12 tahun itu.

You might also like